Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Monday, January 26, 2009

Mampukah kita bersara....?

Dua malam lepas, saya dan isteri pergi ke kedai makan untuk menikmati makan malam .Kebetulan malam tu tak bekerja...lagipun isteri nak makan nasi ayan penyet...nak juga terasa.. lagipun kami nie jarang makan di luar. Jadi pergilah ke kedai yg menjual raja ayam penyet...
Bila sampai disitu..punyalah ramai orang..penuh meja..kebanyakannya org-org muda yg bersama kawan2.....lagipun gaji baru dapat beberapa hari sebelum itu. Ada yg bercouple dan ada yg bersama kawan2...sampai ke satu rombongan. nie kalau buat TT nie, mesti jenuh tauke dibuatnya. Ada juga yg semua lelaki tapi tup! tup! ada seorang perempuan...menggeleng saya dibuatnya...nie ker org2 muda skrg nie...mana dia mak bapak budak perempuan nie...nielah kot yg selalu jadi perbuatan yg tak senonoh nie...entahler.....
Tapi, yg paling menarik perhatian saya ialah seorang nenek tu..mungkin dalam sekitar 60an yg pergi dari satu meja ke satu meja menunjukkan sekeping kertas menu. Seorg demi seorg menolak untuk tidak memesan menu yg dijualnya. Kesian juga hati melihatnya...isteri sayapun melihatnya juga...
Tiba-tiba, seorang pakcik tua menghulurkan menu yg bertulis ringkas...hanya print sahaja kepada kami sambil berkata..order encik. Sayapun tengok...ooo dia menjual cucur udang goreng, tauhu goreng dsbnya. Saya menolak dgn baik sebab kami dah merancang untuk makan nasi malam tu. Saya terus perhatikan nenek tu. Last2 sekali ada juga yg order.
Lepas mendapat order, nenek tu pun berjalan ke arah pakcik yg memberi saya kertas menu sebelum ini, dan pakcik tu terus memotong cucur, tauhu dsbnya untuk dihidangkan. Saya dan isteri terus berpandangan..kesianpun ada...insafpun ada. Kenapa pada usia ini mereka masih bekerja? Adakah disebabkan bebanan kewangan? Anak2 tak ada ke? Ataupun kerana mereka ini tak betah duduk kat rumah?
Sayapun terus kata kat isteri...saya tak mahu jadi camtu...Dalam usia begitu, saya nak menumpukan masa untuk beribadat, pergi ke masijd dsbnya. Kalau saya nak bekerja, itu adalah option saya samada nak bekerja atau tidak dan bukan kerana bebanan kewangan atau untuk menyara hidup....isteri sayapun setuju juga..
Teringat saya buku yg tengah saya baca skrg nie..."Kaya tanpa Riba". Didalamnya mengatakan, usia persaraan bukan masa untu kita berhenti bekerja dan islam tidak pernah menetapkan usia persaraan. Itu hanyalah rekaan kapitalis untuk membuatkan ekonominya terus running dengan adanya org berhenti dan org yg masuk ke alam pekerjaan. Tapi, pada masa yg sama, islam menggalakkan untuk mereka yg sudah berumur melebihkan masa untuk beribadat daripada bekerja.
Sejak itu, saya pasangkan azam untuk memastikan pada usia 55 tahun, (bukan masa bersara), saya sudah mempunyai pasif income yg selesa untuk menyara saya dan isteri setiap hari hingga akhir hayat kami. Duit pencen itu, dikira sebagai duit ekstra. Saya tak mahu berhenti kerja pada usia itu, tapi paling kurang saya mempunyai pilihan untuk menentukan masa untuk bekerja atau beribadat tanpa ada bebanan untuk memenuhi keperluan harian.

No comments: