Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Wednesday, May 2, 2012

Pesanan Bonda




Pernah ada orang bertanya padaku” Doktor, camna caranya nak mendidik isteri saya doktor?”
Tekedu juga rasa hati, tak pernah orang tanya bab rumahtangga padaku. Kalau tanya bab kesihatan selalulah yang bertanya” Maksudnya?” aku bertanya balik
“Saya tengok, keluarga doktor bahagia sahaja, tak pernah bergaduh. Tapi saya nie, isteri asyik minta tu lah, minta inilah. Baru je balik kerja, isteri dah minta macam-macam dan membebel macam-macam. Tolong kemaskan rumahlah, tolong kemaskan dapurlah dan lain-lain”.ujarnya sambil meluahkan perasaan.
“Kadang-kadang tu terfikir juga, takkanlah dia tak faham yang saya baru balik kerja. Bagilah berehat sekejapun jadilah. Tu yang rasa malas je nak balik rumah”. Saya hanya tersenyum.”Sebab tulah, biasanya kalau habis kerja, saya akan duduk-duduk dahulu, tak balik terus, sebab kalau balik mesti kena buat kerja. Baik lepak dengan kawan-kawan”. ujarnya sambil tersenyum .
Tersenyum juga saya. Tak ramai suami yang memikirkan masalah rumahtangga. Tapi, kalau dia memikirkan masalah rumahtangganya dan berusaha mencari penyelesaiannya, bermakna dia seorang suami yang hebat dan prihatin. Bertuah sungguh siapa yang menjadi isterinya.

PESANAN BONDA

Semasa mula-mula nak berkahwin dulu, selalu je ibu ajak duduk-duduk sambil sembang- sembang. Cuma bila nak dekat waktu untuk mendirikan rumahtangga nie, topik perbualan lebih kepada pesanan-pesanan ibu tentang bagaimana untuk menguruskan rumahtangga. Alhamdulillah, sehingga sekarang,Ibu menjadi penasihat setiaku dalam mengharungi kehidupan ini.
Mungkin generasi sekarang ramai yang duduk jauh daripada ibubapa. Malah, mendirikan rumahtangga jauh daripada mendapat panduan dan tips-tips yang berguna daripada mereka yang lebih berperanan dan berpengalaman dalam mengharungi arus rumahtangga. Disini saya ingin sharing sikit tips-tips rumahtangga yang ibu turunkan.

Ibu selalu kata” Duit suami adalah hak suami dan isteri, tapi duit isteri, adalah hak isteri sahaja. Hanya boleh diambil dengan keizinan isteri”

Dalam perkara ini, suami yang sepatutnya memberikan nafkah tempat tinggal, kenderaan, belanja anak-anak dan sebagainya.  Jadi, dari situ, saya melihat keperluan untuk saya berusaha mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga
Namun, pemberian nafkah untuk perkara-perkara demikian bergantung kepada kemampuan suami dan perkara-perkara asas sahaja. Kalau isteri mahu yang lebih baik, maka isteri bolehlah “top-up” duitnya pula. Urusan sewa rumah, pembelian rumah pertama, pembelian kereta yang pertama, perbelanjaan anak-anak yang asas, itu adalah tanggungjawab suami.  
Tapi, katakanlah jika suami hanya mampu membeli satu kereta yang boleh digunakan untuk keperluan urusan rumahtangga, maka jika isteri nak kereta sendiri juga (untuk keperluan dirinya sendiri), maka isterilah yang perlu membelinya sendiri menggunakan duitnya sendiri. Begitu juga dalam perkara seperti pembelian pakaian, peralatan rumah dan lain-lain.
Semasa kecil selalu melihat ayah dan ibu berbincang. Ayah biasanya akan menyelesaikan semua urursan bil-bil rumah, sewa rumah ,pinjaman pembelian rumah, perkara-perkara asas yang memang wajib diperlukan untuk kehidupan rumahtangga. Ibu pula menggunakan duitnya untuk pembelian perabot rumah dan perkara-perkara yang menjadi “aksesori” kepada rumahtangga.




Ibu ada berpesan “Jika isteri membantu melebihi tanggungjawabnya, maka berikanlah dia upah, walaupun sedikit, sebagai tanda penghargaan terhadap kesudiannya membantumu”

Jika isteri membantu suami didalam perniagaannya/ kerjanya, maka upah juga perlu diberikan. Isteri biasanya tidak mengharapkan gaji yang banyak, tapi cukuplah sebagai tanda penghargaan suami buat isterinya.
Kita sanggup memberikan upah kepada rakan yang membantu kita, kenapa tidak kita berikan upah kepada isteri kitakan? Malah dalam islam, lebih baik memberikan sedekah kepadamereka yang rapat dengan kita.
Sejak itulah , jika isteri membantu dalam kerja-kerja pendapatan sampinganku, akan kuberikan upah sepertimana aku memberikan upah kepada orang lain. Malah, jika dia berjaya mendapatkan pelanggan untukku, maka aku akan memberika komisen sebagaimana aku memberikan kepada orang lain yang mendapatkan pelanggan untukku.


Ibu juga berpesan ”duit gaji isteri, biarlah dia yang uruskan sendiri, tapi tak salah baginya untuk menyumbang dalam pengurusan rumahtangga”

Ada dikalangan keluarga, yang menggabungkan gaji kedua-dua suami dan isteri, dan kemudian seorang diamanahkan untuk menguruskannya.  Ibu mengajar, duitku dan duit isteri perlu diasingkan. Aku perlu memastikan duit kami tidak bercampur aduk. Tapi, jika disana suami/isteri ada keperluan untuk duit lebih, maka bolehlah meminjam daripada isteri atau isteri.
Mungkin agak pelik juga rupanya sebab suami boleh meminjam duit isteri dan perlu dibayar pula, sedangkan merekakan dah sehidup semati.? Ini juga persoalanku sahulu. Tapi, bila difikirkan, mana ada rumahtangga yang tak bergelora, tapi sekurang-kurangnya, punca perselisihan itu, bukan disebabkan oleh kewangan. Jadi, apabila hak-masing-masing terjaga, maka bila perselisihan berlaku, duit bukan menjadi perkara yang diungkit-ungkit.
Tapi, sejak mendirikan rumahtangga, kami dah mengasingkan duit gaji masing-masing. Duitku akan digunakan untuk perkara-perkara asas/keperluan dalam rumahtangga seperti pinjaman kereta pertama, rumah pertama, pendidikan anak-anak dan lain-lain. Dan jika isteri  nak membelikan perlara-perkara yang aksesori/penghias rumahtangga, maka dia akan gunakan duitnya sendiri.  



Ibu selalu berpesan” Asingkan duit gajimu setiap bulan untuk memberikan nafkah bulanan kepada isterimu walaupun hanya dengan nilai yang kecil”
Duti gaji suami memang sudah sedikit disebabkan perlu membayar keperluan asas untuk dapur, belanja anak-anak dan lain-lain. Namun, disana isteri juga perlu diberikan nafkah kewangan bulanan sebagai tanda terma kasih kepada khidmat isteri sepanjang bulan itu. Walaupun dengan hanya RM50, bolehlah dihulurkan untuk keperluan peribadinya.
Isteri akan lebih menghargai suami, jika pemberian itu diberikan khas untuknya dan bukan untuk keperluan dapur rumah atau anak-anak semata-mata.  Pernah juga mendengar, isteri yang menjadi serba salah untuk meminta kepada suami wang, walaupun itu adalah keperluan peribadinya. Jadi, dengan cara memberikan nafkah kewangannya secara bulanan, maka bolehlah duit itu dibelanjakan untuk keperluannya sendiri tanpa dia teragak-agak untuk meminta kepada suaminya setiap kali dia perlu membeli keperluannya.
Aku sendiri telah mengamalkan perkara itu, sejak dari mula perkahwinan lagi. Walaupun sedar, jumlah yang diberikan memang tidak mencukupi, namun isteri  tetap bersyukur dan menghargainya sebagai pemberian ikhlas dari suaminya. Namun, banyak kali aku tengok, duit yang diberikan, akhirnya  akan kembali kepada anak-anak atau keperluan rumahtangga yang lainnya.

Ibu juga berpesan: Ketika marah, diamkan diri dan duduk, kerana jiwa perempuan cukup terkesan dengan muka marah suaminya, apalagi jika kekerasan fizikal digunakan”

Jiwa wanita adalah jiwa yang cukup lembut dan mudah terkesan dengan sikap suaminya. Seorang isteri yang solehah takkan mengangkat suaranya melawan suaminya walaupun tahu dia berada di pihak yang benar
Dalam perselisihan rumahtangga, tak ada pihak yang betul. Kedua-duanya bersalah walaupun puncanya daripada salah seorang, kerana perselisihan biasanya akan melibatkan soal hati dan berkait dengan reaksi dan respon terhadap sesuatu perkara.  Jadi, tak perlu diperjuangkan siapa yang benar dan betul
Jadi, jika ada rasa nak marah, diamkan diri sahaja dan kalau tak tahan juga, pergilah ke tempat yang lain. Kalau nak menegurpun, janganlah dibuat masa itu, buat lah semasa tengah sejuk dan tak marah. Sejak itulah sudah menjadi satu budaya, jika berlaku sedikit perselisihan, kami akan mendiamkan diri dan hanya berbincang selepas itu sahaja.
Islam juga mengajar, jika hendak menegur isteri ada peringkat-peringkatnya. Yang pertama perlu dinasihati, jika tak mendengar juga, perlu diasingkan tempat tidur dan jika tak mendengar juga, maka barulah dipukul dengan pukulan yang tiada kesan di kulit. Namun ramai suami yang melangkau peringkat-peringkat ini dan terus memukul isterinya da kadang-kadang pukulan yang kuat sehingga mendera isteri



Rumahtangga dakwah : Realit yang pahit ditelan tapi syurga Allah menjadi sandaran

Dalam meniti kehidupan sebagai daie dimuka bumi, semuanya bermula dengan pembinaan bait muslim yang sebenarnya dimulakan dengan pemilihan pasangan yang solehah. Namun, ramai daie yang tertipu dan hanya memberikan fokus kepada pemilihan yang baik, namun tidak sedar pentingnya pembentukan peribadi dan ilmu yang mantap dalam rumahtangga.

Pembinaan rumahtangga dakwah sebenarnya tidak semudah seperti yang disangka. Malah, persediaan itu perlu sebelum mendirikan dan memilih bakal pasangan lagi. Ramai dikalangan duat yang mengharapkan bakal zauj/zaujahnya akan menjadi zauj/zaujah yang lebih baik daripada orang kebanyakan.
Akhawat  akan mengharapkan mendapat  suami yang boleh membawanya keluar berjalan-jalan ditaman-taman, supermarket dan lain-lain setiap minggu. Dibayangkan bahawa zaujnya akan menjadi suami yang soleh yang boleh mengimamkan mereka sekeluarga setiap kali solat fardu, yang akan menjadi suami yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.

Ikhwah pula akan mengharapkan isteri yang menunggunya dengan setia dimuka pintu menyambut kedatangannya balik kerja atau program-program dakwah, melayannya dengan baik, menyediakan makan minumnya dengan baik dan sebagainya. Menunaikan haknya sebagai suami dengan baik dan sebagainya.
Namun sebenarnya, apabila hendak mendirikan rumahtangga dakwah, beberapa impian tersebut terpaksa dikorbankan. Cuba bayngkan seorang zauj yang sibuk berdakwah setiap hari, balik dari kerja sahaja terus bergegas ke usrah atau daurah dan lain-lainnya. Hujung minggunya penuh dengan program dakwah fardiah, ceramah, daurah dan mukhayam. Masa cutinya digunakan untuk rehlah dan perjalanan ke tempat program-program dakwah. Jadi, bilalah lagi masanya untuk membawa isteri berjalan? Sedangkan masa terluangnya itu, lebih disukainya untuk berehat mengumpul tenaga utk kerja-kerja dakwah yang lainnya pula.

Begitu juga, seorang zaujah yang sibuk menguruskan anak-anak, disamping itu memikirkan tentang program-rgram dakwah, membawa usrah dan lain-lain, disamping kerjayanya sendiri, tentulah penat dan letih. Bagaimanakah dia nak menunggu dengan setia dirumah melayan suami setiap hari?

Jadi, ikhwah/at yang ingin mendirikan rumahtangga dengan ikhwah/at yang lain, sepatutnya menyediakan hati masing-masing bahawa beberapa perkara yang orang kebanyakan dapat dalam rumahtangga perlu dilepaskan denga redha.


Semasa hujung minggu, orang lain boleh pergi ke taman bunga membawa anak-anak, keluarga dakwah hujung minggunya akan sibuk pergi ke program-program dakwah dan tarbiyah

Semasa hari bekerja, orang lain terus balik ke rumah dan berjumpa dengan keluarga, sebuah keluarga dakwah selepas habis bekerja, malam-malamnya penuh dengan usrah dan katibah.

Orang lain mengambil cuti untuk bersama keluarga/honeymoon dan sebagainya, keluarga dakwah memahami mereka menyimpan cuti untuk pergi ke mukhayam, rehlah dan sebagainya.

Orang lain berbincang suami -isteri tentang anak-anak, rumahtangga dan sebagainya, sebuah keluarga dakwah bukan sahaja berbincang tentang keluarganya, tapi juga berbincang bagaimana nak melicinkan perjalanan program dan juga masalah umat dan masyarkatnya.

Namun sebuah keluarga dakwah adalah keluarga yang paling bahagia dalam kesibukannya kerana:

Tujuannya kerana keredhaan Allah semata-mata, maka cinta dan kasih sayangnya adalah yang paling sejati, kerana ia adalah kurniaan Allah semata-mata

Masing-masing rela melepaskan hak masing-masing kerana dakwah dan menyedari kehidupan bersamanya yang abadi hanyalah disyurgawi.

Tanggungjawab ditunaikan dengan sebaik mungkin, kerana perjalanan rumahtangga dibawah bayangan dan naungan syariat Allah yang maha adil.

Orang lain bersama hanya ketika cuti bersama keluarga atau honeymoon semata-mata, keluarga dakwah bersama lebih banyak lagi dari itu (ketika program bersama, didalam kereta ke tempat program bersama) dan bersama-memikirkan masalah dakwah, masyarakat dan ummahnya.