Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Wednesday, July 31, 2013

SHARING TIPS FOR HOUSE – LADDER DAKWAH

Beberapa minggu lepas, seorang ikhwah minta tips bagaimana utk memimpin sebuah kelularga dakwah?..Beberapa kali juga dia tanya, tapi entahlah…masa tu tak ada idea lagi. Jadi, hari ini, sebab agak free Ana akan cuba tuliskan disini…utk manfaat sahabat itu dan juga mereka yang lain
p/s
- Tulisan ini bukannya penulisan ilmiah, tapi cuma perkongsian pengalaman yang jika dirasakan berguna, maka ambillah, jika dirasakan tak berguna, maka boleh dijadikan sekadar penambah pengalaman.
- Sila abaikan ayat yang berterabur dan anggaplah ini macam perbualan sahaja dan pesanan dari ikhwah lain ataupun murabbi anda




Rumahtangga dakwah saya - seorang lagi tak ada


House-ladder dakwah VS house-ladder non-dakwah

Akhi, Ramai ikhwah yang diawal perkahwinan, membayangkan bakal zaujah nanti akan menjadi isteri yang terbaik. Digambarkan nanti zaujah akan menunggu di rumah, melayan suami, memasak untuk suami dan lain-lain. Hujung minggunya boleh bawa family berjalan di taman bunga, pergi shopping mall…dan macam-macam lagi.

Namun, realitinya akhi,
jika Anta mahukan rumahtangga yang seperti itu, maka rumahtangga Anta akan menjadi rumahangga Non-dakwah, kerana itulah sebenarnya ciri-ciri rumahtangga biasa. Adakah ini rumahtangga yang anta mahu dan impikan diawal pertunangan dahulu?

Rumahtangga dakwah, seluruh kehidupannya untuk dakwah. Hujung minggunya penuh dengan program dan aktiviti tarbiyah. Jadi, bagaimanakah Anta nak impikan suasana rumahtangga yang begitu?
Jangan juga membebankan zaujah anta untuk menjadi seperti isteri yang anta bayang-bayangkan didalam kisah telemovie etc, kerana antapun tahu betapa penatnya selepas membawa usrah, apa tanggungjawab dakwah yang dibawanya dan lain-lain lagi. Sudahlah letih kerana dakwah ini, janganlah pula anta bebankannya dengan harapan-harapan Anta yang seperti itu.

Ketika anak sikit, cabarannya berbeza ketika anak dah ramai
TIPS House ladder dakwah 1(tukar persepsi anta)
- berhentilah dari mengimpikan rumahtangga seperti cerita telemovie, kerana nanti anta akan kecewa sendiri
- Terimalah zaujah anta seadanya, kerana bebanan dakwahnya berat, tidak seperti isteri jiran sebelah rumah
-  jika ada masa lapang di hjg minggu, maka ajaklah dia ke taman bunga dan lain-lain, namun pastikan tidaklah sampai mengabaikan dan mengutamakan aktiviti begitu berbanding aktiviti dakwah. Cukup sekadar dapat mengurangkan stress masing-masing.
- Tanamkan azam untuk menjadikan keluarga anta sebagai keluarga Qudwah dakwah yang hebat dakwahnya, hebat hubungannya dengan manusia dan hebat hubungannya dengan Allah.

Ketika keletihan dan taufan Kemarahan mungkin melanda.

Tak ada rumahtangga yang tak pernah berselisih ataupun sentiasa tenang sahaja, kerana itulah adat perkahwinan.  Sedangkan lidah lagi tergigit” – kata-kata yang biasa kita dengar.

Dalam membawa rumahtangga dakwah ini, bebanan bukan sahaja pada kerjaya, rumahtangga, dakwah dan lain-lain lagi. Kadang-kadang anta akan balik dalam keadaan keletihan pukul 1-2 pagi, maka jika ada yang tak kena, Anta mungkin boleh melenting dan mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya dalam keadaaan keletihan dan stress.

Begitu juga,zaujah anta akan balik kepenatan yang bila waktu-waktu kepenatan ini tak dikawal dengan baik, maka berlakulah krisis rumahtangga dakwah. Jadi, carilah cara bagaimaan Anta nak mengawal dan menghadapi suasana begitu

Ketika masa terluang, bawalah anak-anakmu berjalan-jalan
Tips house ladder dakwah 2 (Sebelum syaitan kemarahan mencucuk senjatanya)
- jika anta kepenatan dan banyak masalah, apabila sampai ke rumah, janganlah terus keluar dari kereta. Tapi duduklah dahulu sebentar berehat dalam kereta,( kalau ada Al-quran, bacalah seketika)  dan betulkan niat Anta masuk ke rumah. Selepas itu,  melangkah masuk ke pintu rumah dengan salam dan wajah yang lebih ceria
- jika anta nampak zaujah anta dalam kepenatan selepas program, biarlah dia berehat dan ambillah anak-anak anta, bawalah mereka berjalan-jalan atau jaga mereka sebentar sementara zaujah anta berehat.
- jika ada kelapangan masa, bantulah dia didapur ataupun tolonglah menjaga anak-anak ketika dia menyiapkan kerja-kerja rumahnya.
- turunkan keegoanmu jika berlaku perselisihan, kerana ia tidak menguntungkan apa-apa

“Masa” itu nyawa bagi house ladder dakwah.

Akhi, jika anta rasakan ketika bujang masa untuk dakwah terlalu padat, maka bersedialah untuk menghadapi masa yang “super-padat” selepas berumahtangga nanti. Jika, tidak disusun dengan baik, maka ia akan menjadi satu perkara yang menjadi punca krisis dalam rumahtangga anta.

Zaujah dan anak-anak anta akan komplen dan meleter kepada anta tentang masa anta yang terlalu banyak untuk dakwah (biasalah tu…jangan anta marah pula). Dan dia akan meminta masa yang tidak dapat anta berikan.

Ana percaya, bukannya masa yang tak cukup, tapi pengurusan masa kita yang belum lagi baik selepas berumahtangga. Masa dberikan oleh Allah 24 jam setiap orang itu mencukupi untuk semua tanggungjawab kita.
Gabungkan masa dakwah bersama masa bersama keluarga
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200593100417898&set=a.1007575517589.2000915.1470971227&type=3&theater

Tips House ladder Dakwah 3 (Uruskan masa dengan baik)
- Jadilah seorang “pencuri masa”…yang mampu membuat dua kerja sekaligus, contohnya memandu ke tempat kerja sambil membaca mathurat, menjaga anak sambil mengulang hafazan usrah dan lain-lain lagi
- “curilah msa” – dengan mengupah orang lain membuat kerja-kerja yang remeh seperti memotong rumput, mengurus rumah (pembantu rumah ) dan lain-lain lagi
- Gabungkan aktiviti dakwah dengan aktiviti bersama keluarga –contohnya anta perlu memberi daurah disatu tempat yang jauh, kenapa tidak combinekan dengan percutian keluarga dan ajaklah keluarga anta sekali. Selepas daurah, ajaklah mereka berjalan-jalan sebelum balik ke rumah. Mudahkan….?
- Lengkapkan kereta anta dengan gajet yang memudahkan anta menjaga dan meluangkan masa dengan anak-anak ketika anta terpaksa menjaga mereka didalam kereta.
- Kurangkan masa yang tidak perlu seperti menyembang-nyembang sampai larut malam dengan ikhwah lain atau rakan-rakan lain dan baliklah ke rumah awal.
- Janganlah memandu dengan diam sahaja didalam kereta ketika bersama keluarga tetapi gunakan peluang semua berada didalam kereta untuk bersembang, bergurau senda dan bertanya khabar.
Masa bersama anak-anak
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200335630421309&set=a.1007575517589.2000915.1470971227&type=3&theater
Jangan jadi penghalang kepada dakwah pasanganmu

Berlalunya masa, Anta akan mempunyai anak-anak, kerjaya yang lebih sibuk dan tanggungjawab dakwah yang lebih berat. Masa untuk keluarga menjadi satu permata yang cukup bernilai dalam diri anta satu hari nanti yang sukar untuk anta perolehi. Pada mulanya, zaujah anta mampu memikul bebanan menjaga anak-anak dengan baik, namun apabila anak-anak telah ramai, maka kadang-kadang fokusnya perlu menumpukan kepada pendidikan mereka.

Ada yang memilih, untuk menjadikan zaujah fokus untuk memikul tangungjawab menjaga dan mendidik anak-anak dan hanya suami yang fokus pada dakwah dan urusan luar rumah. Akhirnya, dakwah ini kehilangan satu tenaga yang berpengalaman yang telah ditarbiyah bertahun-tahun yang bernama "zaujah anta"

Kadang-kadang tanpa sedar, Anta juga boleh menjadi penghalang atas jalan dakwah pasanganmu. Dengan menghalang dia pergi program-prgoram dakwah, menggunakan alasan tiada orang untuk menjaga anak-anak, tidak membantu dia untuk pergi program atau menyusun program dan lain-lain lagi disebabkan keegoanmu dan merasa tercabar dengan keaktifannya didalam dakwah.

Tips house ladder dakwah 4
- Latihlah dirimu untuk membantu dan menjadi pendukungnya sebagai seorang daie yang hebat walaupun Anta terpaksa duduk menjaga anak-anak didaam kereta.
- Lengkapkan kereta famili dengan pelbagai gajet untuk melihat TV, Video playe, peti ais dan lain-lain untuk memudahkan anta menjaga anak-anak jika keadaan memerlukan.
- Libatkan diri sebagai pembantu setia dalam aktiviti dan program keakhawatan jika diminta dan diperlukan.
- Buangkan keinginan untuk mendapat dan memperolehi masa yang lebih bersama keluarga.
- Selalulah mentajdid niat dalam memimpin keluarga dakwah ini.

Tips house ladder dakwah mega power!!!!

Dan ingatlah akhi, anta ingin mendirikan sebuah rumahtangga dakwah, bersama seseorang yang juga memahami dakwah ini. Malah diawal perkahwinan, antum berdua dah setia berjanji untuk memastikan rumahtangga ini adalah rumahtangga yang asasnya kerana Allah dan kerana dakwah ini.  

Namun, bersama tribulasi dan rintangan rumahtangga anta, kemungkinan niat itu akan hilang, dilupakan dimamah usia dan dibawa angin. Pertelingkahan dan kata-kata menusuk jiwa akan berlaku. Masa itu, syaitanpun mula mencucuk jarumnya dan jadilah perasaan dendam dan menjauhkan diri. Akhirnya nanti, rumahtangga anta akan bergelora dan menjadi fitnah kepada dakwah ini

Maka pada ketika itu,

Selamilah kembali kedalam jiwa anta, tanylah hati anta? “Apa asas kepada rumahtangga dakwah yang anta dirikan?”

Adakah hanya sekadar didunia dan akhirnya habis begitu sahaja?

Maka, ingatlah akhi,

Asas kepadanya rumahtangga dakwah hanyalah kerana Allah dan dakwah ini.

Dan Ingatkan dan beritahulah pasangan anta dengan ikhlas sambil tersenyum
 “Biarlah kita lelah dan letih didunia ini kerana Allah dan dakwah ini, kerana kebahagian sebenar rumahtangga kita ialah apabila kita bersama-sama melangkah ke syurga Ilahi nanti”

P/s- Tips ini untuk  ikhwah sahaja, kalau pembaca nak tips untuk akhawat pula, kena tanya zaujah Ana..:-)
Ini tips tambahan, sesuai untuk semua ikhwah dan akhawat http://kerol2010.blogspot.com/2012/05/pernah-ada-orang-bertanya-padaku-doktor.html








Thursday, June 6, 2013

Ana ada impian.



Ana ada impian,
Yang satu hari nanti, dakwah ISMA akan terus membumi
Memugar dan menebar ke seluruh bumi kenyalang ini
Cawangan dibuka di Mukah, Bintulu, Sibu dan Miri,
Tarbiyah dan dakwah terkesan ke dalam masyarakat ini.
Ana ada impian,
Dimana sahaja disana ada penduduk pribumi,
Dayak, Iban, Bidayuh ataupun Cina
ISMA sampai untuk menyentuhi hati-hati,
Agar cahaya Islam, menyinari hati mereka.
Ana ada impian,
Apabila ada sahaja borang passing diterima,
Ana boleh jawab ikhwah ada disana, sambil tersenyum ria
Tidak seperti sekarang ini, ikhwah tidak semua pekan ada
Hanya doa mengiringi semoga yang dipasssing imannnya terjaga,
Perkhemahan ISMA Sarawak

Ana ada impian,
ISMA Sarawak menjadi organisasi yang menyebarkan kebaikanNya,
Menunjukkan semua tentang kebaikan Islam sebagai agama,
Berduyun-duyun non-muslim ingin mensucikan fitrahnya,
Dakwah ini sungguh, adalah rahmatan untuk alam semesta

Ana ada impian,
Yang Ana pasti usahakan untuk jadikan ia sesuatu yang nyata,
Kerananya, relaku korbankan harta, peluh dan segala dijiwa,,
Namun, ia memerlukan kerjasama kita seia sekata,
Dalam memacu dakwah dan tarbiyah dibumi tercinta

Ijtimak Ahli-ahli ISMA Sarawak 2013


Terdetik dihati kecil ini,
impian mungkin hanya khayalan semata-mata,
Yang akan layu dan longlai bersama penatnya jiwa,
Kerana jiwa ini hanya satu jiwa yang ada kekurangannya
Yang tak mampu untuk membawa bebanan yang ada.
Ayuh!! Ikhwah wa akhawat,
Pecahkan rantai kelesuan dan keluh kesah dihatimu,
Sudah lama kita hanya asyik membisu,
Memerhati dan melihat umat terus hanyut dan kaku,
Bersama ISMA dan dakwah ini kita terus memacu.


Kukuhkan langkah dan betulkan niatmu,
Jangan bertangguh dan jangan terus ragu,
Pedulikan tohmahan, halangan dan rintangan dihadapanmu,
Kerana hanya redha Allah yang kita mahu.
Dr Mohd Khairol
22 mei 2013 – 8.50am
DASAR 9 - 2013


Thursday, March 7, 2013

Inilah kisah kami........

"Dr, camna nak memudahkan hati Ana nie untuk menginfaq?" 
"kenapa" tanya Ana
"Ana nie susah betul nak infaq, takut duit Ana yang sedikit nie habis, kalau habis camna Ana nak guna untuk kehidupan harian Ana, nak minta dengan ibubapa malu pula. PTPTN pun baru je dapat?" aku hanya tersenyum

"Anggap je infaq anta tu sebagai satu PELABURAN. PELABURAN YANG MAHA LUMAYAN"
"Camna tu?" katanya bingung.

"Kalau kita melabur , kita akan mudah untuk keluarkan wang, kerana kita pasti, satu hari nanti kita akan dapat pulangan yang berganda-ganda. contohnya, kita masukkan RM100 ke dalam ASB, biasanya selepas setahun kita akan dapat keuntungan dalam RM8-10 (keuntungan ASB dalam sekitar 8-10%), Ini dalam masa setahun, kalau 10 tahun? .kalau 20 tahun?" dia mula tersenyum faham.

"Begitu juga jika kita anggap infaq tu sebagai satu pelaburan yg memang dijamin oleh Allah akan dapat untung 10 kali ganda, tentu kita nak bukan?" kalau untung 8-10% kita sanggup tunggu setahun, kalau untung 10 kali ganda dari nilai asal pelaburan, tentu kita sanggup tunggu lagi lama" kataku tersenyum...."hatta sehingga ke pengadilan Allah nanti, bukan?" dia mengangguk kepala tanda faham




Ini kisah benar , tiada yang benar selain yang benar-benar belaka,
Kisah sekumpulan manusia, yang jiwanya hanya untuk Allah dan dakwah ini,
Mereka dididik untuk melihat dunia hanya dengan sebelah mata,
Namun melihat akhirat, sebagai satu impian dan cita-cita yang menggunung tinggi

Satu ketika, mereka diminta untuk menyumbangkan apa yang ada,
demi mencapai satu agenda yang tinggi, untuk menyelamatkan umat ini,
Tapi agenda ini, amat-amat memerlukan sumbangan duit dan harta,
Supaya mesej sampai dan disokong oleh masyarakat yang masih tak memahami,

Mereka melihat sekeliling mereka, apa yang kami ada? Tanya mereka pada hati
Tiada duit yang boleh disumbangkan, tiada harta banyak yang boleh dikorbankan.
Mereka melihat saudara mereka di seberang sana berjuang, dengan penuh rasa irihati,
Ketua merekapun kata, “kita ada tenaga dan masa, maka itu juga satu bentuk kekuatan,

Kisah dadih ajaib dan keropok viral.

Dadih ajaib dan keropok viral inilah yang menjana kentungan RM20-RM40 sekali jualan
 untuk dakwah ini. Walaupun nilainya kecil dimata manusia, namun amat besar dihati kami

“Mari kita tukar masa dan tenaga kita kepada wang”, ujar mereka seia sekata,
Maka bermulalah proses perjuangan yang amat panjang dan memeritkan,
Dikalangan mereka mula merancang, sehabis kuliah terus membuat “dadih ajaib “yang istimewa
Selepas itu, sebahagian lain bertebaran merata kolej membawa dadih ajaib untuk jualan,

Proses ini dibuat saban hari demi hari, namun jumlahnya masih jauh dari mencukupi,
Akhirnya seorang pula berkata, “kita perlu membuat satu anjakan untuk mencapainya”,
Maka terciptalah “keropok viral”, keropok semakin banyak bertukar dan duit diperolehi,
Mereka menjadi begitu amat bersemangat dan perasaan teruja menyelubungi,

Namun,
Setelah diukur dan dikaji, dikira duit dan diamati,
Ketuanya pun berkata dengan penuh sedih dihati,
Jumlah yang kita perolehi masih jauh dari mencukupi
Sesungguhnya kita masih perlu berusaha lagi,

Poket-poket kami dan dompet-dompet kami

Akhirnya penuh rasa keinsafan, mereka memulakan kempen menyumbang,
Diberikan taujihat dan pelbagai amanat yang sungguh mengharukan,
Saudara kita diseberang berjuang dalam jihad siasi dengan penuh cabaran,
Kenapa kita disini masih berdiam diri dan masih berpeluk tangan?

Maka, berduyun-duyunlah tangan ingin memberikan sumbangan,
Dari pelbagai peringkat, semata-mata hanya atas dasar keimanan,
Duit dan wang terus bertukar tangan,
Namun masih jauh dari apa yang diinginkan.


Antara harta yang dijual untuk mendapatkan dana


Barang  yang dimiliki dijual, diberikan dengan penuh kerelaan,
Televisyen , komputer, notebook dan segala macam harta,
Malah ada yang mengiklan di FB, internet dan menemui rakan,
Semuanya dikorbankan untuk satu agenda yang sama,

Perjalanan satu dinar emas

Tahukah anda?,
satu dinar ini dahulu milik salah seorg daripada kita, 
Tujuan asalnya untuk menjadi bekalan dan simpanannya 
Namun dilelongnya dengan penuh kerelaan di jiwa
atas dasar mahu membantu perjuangan yang diyakininya,


Begitulah hati-hati manusia yang ditarbiyah,
Apabila telah memahami, mengerti tujuan hidup ini,
Segala yang dimiliki, hanyalah sekadar pinjaman dari Allah,
Apa yang utama, keredhaan dan akhirnya nanti syurgawi,

Lelong! Lelong! Lelong!

Tiba-tiba, ada satu suara kecil mencadangkan dengan penuh keinsafan,
Kenapa tidak kita buat satu sesi lelongan barang sesama kita?
Pada mulanya dilihat skeptical, Namun sudah tiada pilihan.
Kita semua sudah tiada harta dan ini sahaja jalannya.

Rupanya tercatit satu kisah ukhuwah, keimanan dan pengorbanan,
Barang yang dilelong rupanya bukan barang-barang yang sebarangan,
Jam tangan pemberian saudara, jaket lambang kasih sayang ibubapa.
Malah cincin dari suami tercinta, turut juga dilelongkan,

Namun lelongan tetap perlu dijalankan,
kerana ini niat suci si empunya barang,
Mengorbankan harta yang mempunyai nilai yang tidak terhingga
Yang tidak dapat diukur dengan hanya nilaian dunia,

Atas rasa ukhuwah dan keimanan, ramai yang membida untuk mengumpulkan dana , kerana yakin segalanya adalah pelaburan dan bukannnya satu kehilangan.

Menitislah air mata apabila  menyaksikan, kerna nilai pengorbanan tidak dapat dibayangkan,
Bidaan demi bidaan terus diterima, nilai semakin naik dari semasa ke semasa,
Ada dikalangan mereka yang mula berbincang, barang yang diinfakkan mesti kita selamatkan jua,
Kerana nilainya cukup tinggi, dan amat-amat bernilai dihati saudara kita,
Berebut-rebut untuk membuat pengorbanan yang paling besar, disinilah realiti  dan kesan tarbiyah terpamer  dihadapan kita....

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(2:261)

Akhirnya barangan tersebut berjaya mereka miliki,
Dan dengan ikhwlas barang tersebut dikembalikan pada saudaranya,
Rupanya bukan nilai barang tersebut yang sebenarnya dibida,
Tapi, sebenarnya nilai ukhuwah yang sejati yang tiada nilai dan taranya didunia.

Hasil lelongan rupanya jauh daripada nilai sebenar barangan,
Buka sekali ganda, malah 5 sehingga 10 kali ganda,
Kerana bukan nilaian RM yang sebenarnya dibida,
Tapi nilaian ukhuwah, keimanan dan pengorbanan yang sebenarnya tercerna.


Inilah jam tangan pemberian ibu dan jam tangan hadiah rakan rapat yang diserahkan untuk dibida dan atas dasar Ukhuwah kedua-duanya telah dikembalikan kepada ikhwah dan akhawat yang berkorban 

SAKSIKANLAH!!! WAHAI SEMUA

Namun niat suci dan pengorbanan mereka terus menerus dipersoalkan,
Duit yang dikumpulkan, dituduh hasil dari menjual prinsip perjuangan,
Beberap kali dinafikan dan terus diberikan penerangan,
Namun suara-suara ragu  dan musuh terus-menerus menikam.

Sedih dihati mereka tidak dapat dibayangkan,
Mendengar dan melihat tuduhan demi tuduhan,
Percayalah, fahamilah, sumbangan datang dari hati yang faham,
Atas dasar ukhuwah dan keimanan, barulah semua ini mampu dikumpulkan.

Wahai semua yang mendengar! Janganlah dipertikaikan keikhlasan kami,
Kami sanggup berjaga malam, serta mengosongkan dompet kami untuk umat ini.
Berilah kami peluang dan kesempatan, untuk mendengar penerangan agenda ini ,
Supaya kita berganding bahu bersama, menyelamatkan umat Islam di Malaysia ini.


Hamba Allah
Dr Mohd Khairol bin Jambli  
YDP ISMA Sarawak

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahay-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”..


Inilah Keluarga besar ISMA Sarawak