Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Thursday, March 7, 2013

Inilah kisah kami........

"Dr, camna nak memudahkan hati Ana nie untuk menginfaq?" 
"kenapa" tanya Ana
"Ana nie susah betul nak infaq, takut duit Ana yang sedikit nie habis, kalau habis camna Ana nak guna untuk kehidupan harian Ana, nak minta dengan ibubapa malu pula. PTPTN pun baru je dapat?" aku hanya tersenyum

"Anggap je infaq anta tu sebagai satu PELABURAN. PELABURAN YANG MAHA LUMAYAN"
"Camna tu?" katanya bingung.

"Kalau kita melabur , kita akan mudah untuk keluarkan wang, kerana kita pasti, satu hari nanti kita akan dapat pulangan yang berganda-ganda. contohnya, kita masukkan RM100 ke dalam ASB, biasanya selepas setahun kita akan dapat keuntungan dalam RM8-10 (keuntungan ASB dalam sekitar 8-10%), Ini dalam masa setahun, kalau 10 tahun? .kalau 20 tahun?" dia mula tersenyum faham.

"Begitu juga jika kita anggap infaq tu sebagai satu pelaburan yg memang dijamin oleh Allah akan dapat untung 10 kali ganda, tentu kita nak bukan?" kalau untung 8-10% kita sanggup tunggu setahun, kalau untung 10 kali ganda dari nilai asal pelaburan, tentu kita sanggup tunggu lagi lama" kataku tersenyum...."hatta sehingga ke pengadilan Allah nanti, bukan?" dia mengangguk kepala tanda faham




Ini kisah benar , tiada yang benar selain yang benar-benar belaka,
Kisah sekumpulan manusia, yang jiwanya hanya untuk Allah dan dakwah ini,
Mereka dididik untuk melihat dunia hanya dengan sebelah mata,
Namun melihat akhirat, sebagai satu impian dan cita-cita yang menggunung tinggi

Satu ketika, mereka diminta untuk menyumbangkan apa yang ada,
demi mencapai satu agenda yang tinggi, untuk menyelamatkan umat ini,
Tapi agenda ini, amat-amat memerlukan sumbangan duit dan harta,
Supaya mesej sampai dan disokong oleh masyarakat yang masih tak memahami,

Mereka melihat sekeliling mereka, apa yang kami ada? Tanya mereka pada hati
Tiada duit yang boleh disumbangkan, tiada harta banyak yang boleh dikorbankan.
Mereka melihat saudara mereka di seberang sana berjuang, dengan penuh rasa irihati,
Ketua merekapun kata, “kita ada tenaga dan masa, maka itu juga satu bentuk kekuatan,

Kisah dadih ajaib dan keropok viral.

Dadih ajaib dan keropok viral inilah yang menjana kentungan RM20-RM40 sekali jualan
 untuk dakwah ini. Walaupun nilainya kecil dimata manusia, namun amat besar dihati kami

“Mari kita tukar masa dan tenaga kita kepada wang”, ujar mereka seia sekata,
Maka bermulalah proses perjuangan yang amat panjang dan memeritkan,
Dikalangan mereka mula merancang, sehabis kuliah terus membuat “dadih ajaib “yang istimewa
Selepas itu, sebahagian lain bertebaran merata kolej membawa dadih ajaib untuk jualan,

Proses ini dibuat saban hari demi hari, namun jumlahnya masih jauh dari mencukupi,
Akhirnya seorang pula berkata, “kita perlu membuat satu anjakan untuk mencapainya”,
Maka terciptalah “keropok viral”, keropok semakin banyak bertukar dan duit diperolehi,
Mereka menjadi begitu amat bersemangat dan perasaan teruja menyelubungi,

Namun,
Setelah diukur dan dikaji, dikira duit dan diamati,
Ketuanya pun berkata dengan penuh sedih dihati,
Jumlah yang kita perolehi masih jauh dari mencukupi
Sesungguhnya kita masih perlu berusaha lagi,

Poket-poket kami dan dompet-dompet kami

Akhirnya penuh rasa keinsafan, mereka memulakan kempen menyumbang,
Diberikan taujihat dan pelbagai amanat yang sungguh mengharukan,
Saudara kita diseberang berjuang dalam jihad siasi dengan penuh cabaran,
Kenapa kita disini masih berdiam diri dan masih berpeluk tangan?

Maka, berduyun-duyunlah tangan ingin memberikan sumbangan,
Dari pelbagai peringkat, semata-mata hanya atas dasar keimanan,
Duit dan wang terus bertukar tangan,
Namun masih jauh dari apa yang diinginkan.


Antara harta yang dijual untuk mendapatkan dana


Barang  yang dimiliki dijual, diberikan dengan penuh kerelaan,
Televisyen , komputer, notebook dan segala macam harta,
Malah ada yang mengiklan di FB, internet dan menemui rakan,
Semuanya dikorbankan untuk satu agenda yang sama,

Perjalanan satu dinar emas

Tahukah anda?,
satu dinar ini dahulu milik salah seorg daripada kita, 
Tujuan asalnya untuk menjadi bekalan dan simpanannya 
Namun dilelongnya dengan penuh kerelaan di jiwa
atas dasar mahu membantu perjuangan yang diyakininya,


Begitulah hati-hati manusia yang ditarbiyah,
Apabila telah memahami, mengerti tujuan hidup ini,
Segala yang dimiliki, hanyalah sekadar pinjaman dari Allah,
Apa yang utama, keredhaan dan akhirnya nanti syurgawi,

Lelong! Lelong! Lelong!

Tiba-tiba, ada satu suara kecil mencadangkan dengan penuh keinsafan,
Kenapa tidak kita buat satu sesi lelongan barang sesama kita?
Pada mulanya dilihat skeptical, Namun sudah tiada pilihan.
Kita semua sudah tiada harta dan ini sahaja jalannya.

Rupanya tercatit satu kisah ukhuwah, keimanan dan pengorbanan,
Barang yang dilelong rupanya bukan barang-barang yang sebarangan,
Jam tangan pemberian saudara, jaket lambang kasih sayang ibubapa.
Malah cincin dari suami tercinta, turut juga dilelongkan,

Namun lelongan tetap perlu dijalankan,
kerana ini niat suci si empunya barang,
Mengorbankan harta yang mempunyai nilai yang tidak terhingga
Yang tidak dapat diukur dengan hanya nilaian dunia,

Atas rasa ukhuwah dan keimanan, ramai yang membida untuk mengumpulkan dana , kerana yakin segalanya adalah pelaburan dan bukannnya satu kehilangan.

Menitislah air mata apabila  menyaksikan, kerna nilai pengorbanan tidak dapat dibayangkan,
Bidaan demi bidaan terus diterima, nilai semakin naik dari semasa ke semasa,
Ada dikalangan mereka yang mula berbincang, barang yang diinfakkan mesti kita selamatkan jua,
Kerana nilainya cukup tinggi, dan amat-amat bernilai dihati saudara kita,
Berebut-rebut untuk membuat pengorbanan yang paling besar, disinilah realiti  dan kesan tarbiyah terpamer  dihadapan kita....

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(2:261)

Akhirnya barangan tersebut berjaya mereka miliki,
Dan dengan ikhwlas barang tersebut dikembalikan pada saudaranya,
Rupanya bukan nilai barang tersebut yang sebenarnya dibida,
Tapi, sebenarnya nilai ukhuwah yang sejati yang tiada nilai dan taranya didunia.

Hasil lelongan rupanya jauh daripada nilai sebenar barangan,
Buka sekali ganda, malah 5 sehingga 10 kali ganda,
Kerana bukan nilaian RM yang sebenarnya dibida,
Tapi nilaian ukhuwah, keimanan dan pengorbanan yang sebenarnya tercerna.


Inilah jam tangan pemberian ibu dan jam tangan hadiah rakan rapat yang diserahkan untuk dibida dan atas dasar Ukhuwah kedua-duanya telah dikembalikan kepada ikhwah dan akhawat yang berkorban 

SAKSIKANLAH!!! WAHAI SEMUA

Namun niat suci dan pengorbanan mereka terus menerus dipersoalkan,
Duit yang dikumpulkan, dituduh hasil dari menjual prinsip perjuangan,
Beberap kali dinafikan dan terus diberikan penerangan,
Namun suara-suara ragu  dan musuh terus-menerus menikam.

Sedih dihati mereka tidak dapat dibayangkan,
Mendengar dan melihat tuduhan demi tuduhan,
Percayalah, fahamilah, sumbangan datang dari hati yang faham,
Atas dasar ukhuwah dan keimanan, barulah semua ini mampu dikumpulkan.

Wahai semua yang mendengar! Janganlah dipertikaikan keikhlasan kami,
Kami sanggup berjaga malam, serta mengosongkan dompet kami untuk umat ini.
Berilah kami peluang dan kesempatan, untuk mendengar penerangan agenda ini ,
Supaya kita berganding bahu bersama, menyelamatkan umat Islam di Malaysia ini.


Hamba Allah
Dr Mohd Khairol bin Jambli  
YDP ISMA Sarawak

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahay-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”..


Inilah Keluarga besar ISMA Sarawak