Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Monday, January 26, 2009

Mampukah kita bersara....?

Dua malam lepas, saya dan isteri pergi ke kedai makan untuk menikmati makan malam .Kebetulan malam tu tak bekerja...lagipun isteri nak makan nasi ayan penyet...nak juga terasa.. lagipun kami nie jarang makan di luar. Jadi pergilah ke kedai yg menjual raja ayam penyet...
Bila sampai disitu..punyalah ramai orang..penuh meja..kebanyakannya org-org muda yg bersama kawan2.....lagipun gaji baru dapat beberapa hari sebelum itu. Ada yg bercouple dan ada yg bersama kawan2...sampai ke satu rombongan. nie kalau buat TT nie, mesti jenuh tauke dibuatnya. Ada juga yg semua lelaki tapi tup! tup! ada seorang perempuan...menggeleng saya dibuatnya...nie ker org2 muda skrg nie...mana dia mak bapak budak perempuan nie...nielah kot yg selalu jadi perbuatan yg tak senonoh nie...entahler.....
Tapi, yg paling menarik perhatian saya ialah seorang nenek tu..mungkin dalam sekitar 60an yg pergi dari satu meja ke satu meja menunjukkan sekeping kertas menu. Seorg demi seorg menolak untuk tidak memesan menu yg dijualnya. Kesian juga hati melihatnya...isteri sayapun melihatnya juga...
Tiba-tiba, seorang pakcik tua menghulurkan menu yg bertulis ringkas...hanya print sahaja kepada kami sambil berkata..order encik. Sayapun tengok...ooo dia menjual cucur udang goreng, tauhu goreng dsbnya. Saya menolak dgn baik sebab kami dah merancang untuk makan nasi malam tu. Saya terus perhatikan nenek tu. Last2 sekali ada juga yg order.
Lepas mendapat order, nenek tu pun berjalan ke arah pakcik yg memberi saya kertas menu sebelum ini, dan pakcik tu terus memotong cucur, tauhu dsbnya untuk dihidangkan. Saya dan isteri terus berpandangan..kesianpun ada...insafpun ada. Kenapa pada usia ini mereka masih bekerja? Adakah disebabkan bebanan kewangan? Anak2 tak ada ke? Ataupun kerana mereka ini tak betah duduk kat rumah?
Sayapun terus kata kat isteri...saya tak mahu jadi camtu...Dalam usia begitu, saya nak menumpukan masa untuk beribadat, pergi ke masijd dsbnya. Kalau saya nak bekerja, itu adalah option saya samada nak bekerja atau tidak dan bukan kerana bebanan kewangan atau untuk menyara hidup....isteri sayapun setuju juga..
Teringat saya buku yg tengah saya baca skrg nie..."Kaya tanpa Riba". Didalamnya mengatakan, usia persaraan bukan masa untu kita berhenti bekerja dan islam tidak pernah menetapkan usia persaraan. Itu hanyalah rekaan kapitalis untuk membuatkan ekonominya terus running dengan adanya org berhenti dan org yg masuk ke alam pekerjaan. Tapi, pada masa yg sama, islam menggalakkan untuk mereka yg sudah berumur melebihkan masa untuk beribadat daripada bekerja.
Sejak itu, saya pasangkan azam untuk memastikan pada usia 55 tahun, (bukan masa bersara), saya sudah mempunyai pasif income yg selesa untuk menyara saya dan isteri setiap hari hingga akhir hayat kami. Duit pencen itu, dikira sebagai duit ekstra. Saya tak mahu berhenti kerja pada usia itu, tapi paling kurang saya mempunyai pilihan untuk menentukan masa untuk bekerja atau beribadat tanpa ada bebanan untuk memenuhi keperluan harian.

Saturday, January 17, 2009

Makan gaji umpama time bomb!!!!

Pagi tadi pergi ke kedai buku sinar suci....belek punya belek, terus ke sudut motvasi/kewanga. Kenapa saya berminat dengan sudut nie, entahler..mmg dah nature saya kot..he! he! lepas beberapa lama, berminat dengan buku Makan gaji tetapi kaya karangan Shamsuddin Abd Kadir. tak mahlpun ...RM13 je....apalah nilainya berbanding ilmu yg dicurahkan. Baru je baca dalam 20 mukasurat sambil2 tunggu wife keluar dari opis. (masa nak ambil dia td.
Sempat sampai ke bahagian time bom nieler...he!.....mengikut pengarang, kerja makan gaji nie macam time bomb ...bila2 masa boleh meletup. Ini disebabkan kita terlalu bergantung kepada dahan gaji bulanan....saban waktu, kita tambahkna beban ke dahan gaji bulanan ini dengan kereta baru, rumah mahal22, pembelian sewa beli dll. kredit kad pun sama. lama-lama, dahan inipun boleh snap!...apa jadi masa tu...entahlah labuuuu,,,he!!!
Sebelum snap!!!---patah ler.... dahan ini boleh melentur dulu...ia makin berat...hasilnya...simpanan menurun, byrn hutang bulanan bertambah, belanja bertambah. kalau ia masih dapat hold...ok ler....cuma kita akan ada defisit dalam belanjawan je...
Tapi, katakan ia terus patah...!!!!!maksudnya kita tetiba dibuang kerja...seperti skrg nie ekonomi tak elok.....apa akan jadi... mahu demam kepialu dibuatnya....jadi apa akan berlaku pada rumah...DILELONG, kereta....DITARIK....barang letrik ---DITARIK BALIK.....entah2 jad imuflis......hai......mmg gelap masa depan...
apa yang boleh kita buat....setakt yg baca ler..untuk suggestion semua.....
1. listkan belanjawan kita...- cuba minimumkan belanjawan seminimum yg boleh...jgn jadi kedekut dah ler....
2. semua pinjaman tu, kena ada insurans...mcm rumah...MRTA ke...etc.......manalah tahu..kalau pada]m nanti.
3. Jadilah pekerja yg berfikiran bhw majikan adalah rakan kongsi...bukannya pekerja kolot. maksudnya...macam rakan kongsi ler...kita willing to do extra untuk kerja kita...terlebih sikit ke waktu ofis hour..extra job...sth - nie utk mengelakkan kita daripada dibuang kerja...lebih awal drpd org lain.
4. Binalah pendapatan tambahan/sampingan....cth internet ke, MLM ke, insurans ke...etc...
5. Binalah empayar pasif income anda....- kalau boleh sampai ke peringkat pasif income sama dengan belanjawan anda..masa tu..baru anda ada independence kewangan. baru best..

lastly...good luck kepada sesiapa yg telah melangkah ke arah ini, jgn jadi pekerja yg kolot..he!!!

Sunday, January 11, 2009

Hujan Emas di negeri org, Hujan batu dinegeri kita, Hujan Bom dinegeri Palestin.











Hari ini hujan memanjang.....daripada malam sampai ke pagi..sampai ke petang...seharian. sudah dua hari hujan turun. Sekejap slow...sekejap lebat...memanjang je hujannya. Sampaikan kawasan rumah terkena banjir kilat jugak. Tak sangka pulak,biasanya sekejap je banjir kilat di sekitar rumah, tapi, kali nie dekat nak 3 kali sejak pagi tadi. Walaupun camtu....takderler sampai air masuk rumah, kalau rumah org lain tu ada yg sampai masuk air ke dalam rumah. Tak dapat ler nak keluar rumah....ingat nak tidur je.he!!! malas betul..
Walaupun begitu, teringat nasib bumi Palestin, kita nie hujan air, mereka dihujani bom daripada Yahudi Laknatullah Baru-baru nie, lepas sebahyang Jumaat....terdetik untuk mengikuti sekali sembahyang solat hajat untuk mereka2 yg berada di Palestin...setakat nie, sudah hampir 600 org yg terbunuh sejak 2 minggu lepas. Terjatuh air mata bila mengenangkan nasib mereka. Tergenang di kelopak mata. Hanya doa dan sedikit sumbangan dapat diberikan kepada mereka. Dari dulu lagi, kalau teringatkan Palestin, mesti hati rasa sayu je.....mungkin sebab, kita nie terasa sangat lemah untuk mempertahankan saudara kita sendiri.
Teringat satu hadis Rasulullah...siapa yg tidak berazam untuk berjihad dan memasang niat untuk berjihad, dia mati dalam keadaan sia-sia. ...Jadi pembaca sekalian, pasangkanlah niat untuk berjihad, kalau tak mampu berjihad untuk perang, berjihadlah dari segi ekonomi. Mari kita pulaukan produk2 yg menyokong yahudi...antaranya ialah - McDonalds, Coca Cola dll. Ada terima banyak mesej daripada rakan2 yg menyeru untuk memboikot barangan mereka ini. Harap, semua diantara kita ada menerima sms seperti ini.
Selepas ini, ingat nak menyumbang didalam tabung palestin melalui ISMA. Semoga sumbangan yg tak seberapa dapat diterima oleh Allah nanti. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Lihatlah gambar2 dibawah untuk keinsafan kita....









































Thursday, January 8, 2009

ASB dividen

Mungkin dalam minggu nie akan pergi ke ASB untuk update buku ASB. Berapa agaknya Dividen tahun nie..entah ler..anggaran dalam bawah 1k je, sebab baru nak mula. Mungkin selepas itu akan cuba penuhkan ASB wife sebanyak 20k lagi dan convert kepada Overdraf balik. Selepas nie, kalau urusan selesai, mungkin akan ada OD sebanyak 36k. Bolehlah membantu untuk projek membeli rumah di KL/Selangor under pengurusan PMC. Kalau berjaya, boleh menambahkan pasif income balik. Tak sabar rasanya nak tahu berapa dah dapat.
Saya aim, bukannya nak dapat bulan2 banyak sangat, tapi aim untuk mendapat pasif income...kalau dapat pasif income, tentulah best gegiler rasanya. Skrg nie, pasif income tak banyak lagi, satu rumah sewa, sewa van sikit2, dividen dll. Tak banyak rasanya...tak sampai seribupun sebulan..very small compare dgn perbelanjaan hampir RM5k setiap bulan....
Semua org tahu tak apa itu pasif income....? Ia adalah bila pendapatan tanpa perlu kerja melebihi belanja. Bila dah jadi macam tu, maknanya kita boleh berhenti kerja bila2 masa, kerana pendapatan pasif kita akan dapat menampung perbelanjaan kita sampai bila2. Bestnyer.........memanglah susah, gegiler...tapi I believe it can be done. Saya dahpun ada plannig untuk melakukannya......cuma tercapai atau tidak ...tak tahu lagi....
Sekarang nie, saya tengah fikir macam mana nak achieve aim-aim itu...Apa aim saya, rahsiaaaaaaa....!!!!!!takler jugak....saja je....Apa Aim anda?. Kalau anda belum ada aim, cuba-cubalah buat skrg nie..dan cuba aim yg mudah dahulu, bila dah tercapai, baru aim kepada yang lebih besar, kalau dan tercapai, baru aim lebih besar lagi....he!!! dan terus ke langit yang biru...
Macammana nak tetapkan aim....kalau saya akan menggunakan teknik ini. mungkin berguna...mungkin tidak...tapi oklah sebagai panduan..
- Saya cuba bayangkan dan tulis impian saya sedetail yang mungkin, lepas tu, tengok relevan ke tidak, achievable ke tidak.....kalau nak jadi Superman..nie tak achievable..he!!!
- Letak tempoh masa yang berpatutan - tak terlalu cepat/lambat. Kalau cepat sangat, nanti kena stresss lak..he masuk hospital bahagia nanti..kalau terlalu lama sangat, nanti dok lengang-lengok si Minah!!!! malas pulak karang...tak mencabar diri.
- Dividekan nya kepada beberapa bahagian...contohnya saya divide kepada Aim kewangan, Aim kerjaya, Aim spiritual, Aim Simpanan dan sebagainya...pastikan semua aim ini boleh diukur..kalau boleh...cthnya....menjelang 2 thn lagi boleh simpan dalam 100k katakan...ha!!!! baru kita boleh monitor dengan baik
- Lepas tu,dividekannya kepada beberapa fasa..katakan satu fasa 6 bulan, satu kalau nak achieve 100k dalam 2 tahun, kenalah dapatkan 25k dalam masa 6 bulan...he!!! giler betul...almost 5k /month...makan megi le gamaknya....nioe contoh je, mungkin kurang sikit dari itu....
- Lepas tu buat carta dan aimkan setiap fasa tu. So, setiap 6 bulan buat azam baru, akan achieve apa yang dirancang untuk fasa tu...so, barulah tak rasa berputus asakan?

Bagusnya membahagikan aim kepada beberapa fasa ini adalah
1. Anda dapat monitor progress sendiri
2. Kalau rasa masa dah nak habis,bolehlah pulun habis untuk fasa tu.
3. Memmotivasi kita untuk berfikir untuk mencapai apa yang diazamkan.
4. Org pasang azam setiap tahun, kita pasang azam setiap 6 bulan.
5. Boleh memotivasikan kita......bila kita berjaya achieve aim fasa itu..he!!! seronoknya...kalau saya, saya akan celebrate dengan family.

Tu lah serba sedikit, apa azam tahun baru anda...?

5 Tip menggunakan minda untuk berjaya dalam bisnes

Kali ini saya ingin berkongsi satu benda yang paling POWERFUL yang dikurniakan oleh Allah, iaitu minda kita. Ini adalah the greatest tools untuk leverage kehidupan kita. Dengannya kita boleh mengubah dunia dan mengalihkan gunung. Iaitu minda.
Saya ingin berkongsi artikel yg saya dapat dari internet untuk kebaikan kita bersama.....

5 tip menggunakan psikologi untuk berjaya dalam bisnes

Berpandukan kepada Prinsip 'law of attraction' apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. JIka anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..".JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. JIka anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.
__________________

Monday, January 5, 2009

Apabila anda mula memakan ubat darah tinggi/kencing manis...anda perlu memakannya seumur hidup..

Ramai pesakit yang membuat tanggapan bahawa apabila mereka mula memakan ubat darah tinggi, mereka perlu memakan ubat darah tinggi seumur hidup mereka. Ini menyebabkan kadang-kadang mereka agak sukar untuk memulakan makan ubat dan apabila mula didiagnos sebagai pengidap penyakit ini, mereka mencuba ubat alternatif daripada memakan ubat yang diberi oleh doktor.
Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Sebab kenapa KEBANYAKAN pesakit hypertension dan diabetes terus perlu memakan ubat adalah kerana mereka mengabaikan terus aspek lain untuk mengawal penyakit mereka. Contohnya....senario yang selalu berlaku ketika pesakit diberitahu tenhtang penyakit mereka (berdasarkan pengalaman)
1. Denial - masa ini mereka mula rasa takut kerana perlu memakan ubat seumur hidup...ada yang mengelakkannya dan terus mencuba ubat-ubatan tradisional. Natijahnya...ada yg berjaya...ada yang penyakitnya/kontrol gula di dalam darah terus meningkat. Apabila mereka bertemu dengan doktor selepas itu, kandungan gula, ataupun tekanan darah..menjadi begitu tinggi. Masa ini, mungkin kerosakan organ dalaman sudah berlaku maka rawatan lebih diperlukan
2. Accept - mereka akan terus memakan ubat dan terus mengabaikan perubahan gaya hidup yang dianjurkan oleh doktor...hasilnya..mereka terus bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidup mereka. Dan seperti yang diketahui, jenis ubat mereka semakin bertambah tahun ke tahun.
3. Accept and ready to tackle the problem - ini adalah apa yang ingin saya beritahu kepada semua pesakit saya. Mereka perlu makan ubat-ubatan untuk mengawal penyakit diperingkat awal dan mengelakkan komplikasi, pada masa yang sama terus menjaga diet mereka, melakukan senaman 3 kali seminggu dan mengawal stres. Selain daripada itu mereka mula mencari makllumat ttg penyakit ini dan mencuba alternatif medicine yang ada research - itupun selepas mendapat pandangan doktor mereka. Mereka ini adalah mereka yang biasanya selepas beberapa bulan memulakan ubat-ubatan, tekanan darah dan gula didalam darah berkurangan dan akhirnya doktor perlu memberhentikan ubat mereka. Selepas itu mereka terus mengamalkan cara hidup yang sihat.
Malangnya, perkara 3 ini jarang betul berlaku. Setakat jadi doktor nie, cuma ada 3 org je yg saya betul-betul berhentikan ubat mereka berbanding dengan beratus-ratus yang saya mulakan ubatan mereka. Dan semuanya adalah daripada bangsa cina. Kenapa perkara ini berlaku?. Adakah pesakit di Malaysia terlalu ignorant untuk menjaga sakit mereka?
Mungkin apa yang berlaku boleh juga kita katakan adalah salah doktor sebab tidak memberikan penerangan yang jelas sebelum memulakan ubat. Apa yang dititit beratkan adalah untuk makan ubat...makan ubat...makan ubat....seperti makan ubat adalah penyambung nyawa mereka. Kenapa tidak diberikan penekanan supaya mengamalkan cara hidup sihat, lakukan senaman dan sebagainya.
Walaupun begitu, pesakit juga perlu peka ttg kesihatan diri. Kalau mereka tidak jelas, tanyalah doktor...kdg2 ada juga doktor yg marah He!!!! nie exceptional case...mungkin beban pesakit yg terlalu ramai. Internet juga boleh menjadi sumber maklumat yg baik disamping mendapat nasihat doktor...
OK, that is my 2 cents...harap membuka minda....