Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Tuesday, November 27, 2012

Akhi, boleh Ana ambik bukan akhwat sebagai pasangan hidup Ana?


“Akhi ! boleh Ana tanya sesuatu?”
“Aha! Apa dia? “ kataku sambil memusingkan kepala untuk memberikan perhatian.
“Boleh ke Ana ambik bukan akhawat sebagai pasangan hidup Ana?” Aku hanya tersenyum.
“ Kenapa anta nak ambik risiko tu?” tanyaku pula
“ Risiko apa?” katanya termangu-mangu
“Risiko  yang satu hari nanti boleh mengalihkan anta dari jalan dakwah ini?”
Dia terdiam dan mula termangu-mangu dengan jawapanku.



Daie yang mengikat hidupnya dengan Jemaah
As-Syahid Hasan al-Banna berkata:
Sesungguhnya Islam berhajat kepada individu mempunyai perasaan yang peka merasai kecantikan dan keburukan, ketajaman akal yang sahih mampu mengenal betul dan salah, kemahuan yang tegas, tidak lemah dan berlembut dalam soal kebenaran dan jasmani yang sejahtera mampu melaksanakan bebanan kewajipan kemanusiaan dengan sebaik-baiknya. Dia menjadi alat yang baik untuk merealisasikan kemahuan yang baik, membantu kebenaran dan kebaikan”


Seorang ikhwah yang telah mengorbankan dirinya untuk dakwah ini perlu memastikan segala urusan peribadinya seperti pekerjaan, tempat tinggal, perkahwinan, permusafiran dan lain-lain adalah tunduk kepada kepentingan da’wah, di mana semua perkara tersebut tidak melemahkan produktivitinya untuk da’wah.

Dia juga perlu menyiapkan diri dalam segala aspek dan elemennya agar menjadi alat yang efektif dan baik untuk jama‘ah merealisasikan objektif dan cita-cita yang diidamkan iaitu cita-cita Islam itu sendiri

Bukan sedikit ikhwah yang memang komited dalam dakwah, sanggup ke sana ke mari semata-mata untuk dakwah dan apabila berkait dengan pasangannnya, maka dia mengikut perasaannnya sendiri.


Fenomena perkahwinan ikhwah dan bukan akhawat

Sudah banyak cerita yang kudengar tentang ikhwah yang mengambil bukan akhawat. Pada awal perkahwinannya ok je, tapi apabila sudah ada anak, maka ikhwah tersebut mula turun produktivitinya.

            Mungkin pada awal perkahwinan, belum ada anak lagi dan tanggungjawab isteri tak begitu berat lagi. Maka bolehlah suami ke sana ke mari keluar dari rumah menjalankan tugasan dakwah. Tapi, apabila anak-anak dah ada satu, dua dan tiga, isteri dah mula rasa berat tanggungjawabnya dan mula meminta bantuan suami. Ikhwah yang sibuk dengan kerja-kerja dakwah, terpaksa menurunkan produktiviti dakwahnya kerana rayuan dan pujukan isteri yang meminta bantuan menguruskan anak-anak.

            “Sudah jodoh Ana rasanya” alasan yang biasa kudengar. Namun bila diselidiki, rupanya dia tak pernah isi borang bait muslimpun dan memang tiada niat untuk mengambil akhawat. Kalaulah dia dah berusaha untuk mengambil akhawat dan selepas berusaha, jodohnya masih bukan akhawat, mungkin alasan ini relevan. Tapi, kalau sebaliknya,…Entahler!!! Jodoh itu tetap ditangan Allah. SWT.
            Ada juga ikhwah yang diawal perkahwinannya, (untuk menyedapkan hatinya), menerima bukan akhawat dengan alasan nak tambahkan bilangan akhawat. Diapun meminta jemaah untuk mengajak bakal zaujahnya mengikuti program. Maka, berusahalah jemaah untuk menarik hati bakal zaujahnya yang entahkan dapat entahkan tidak. Kalau tak dapat, maka berkekalanlah zaujahnya menjadi bukan akhawat.

Persoalannnya…adakah ikhwah itu sanggup mengambil risiko berkenaan?

Namun, tak dinafikan juga ada yang apabila mengambil bukan akhwat, isterinya akhirnya mengikuti program dan kemudian menjadi akhawat. Tapi, rasanya teramat kurang berlaku demikian walaupun tiada statistik mengenainya.


Akhawat bukannnya “ perfect”

Ada juga yang beralasan, “ akhawatpun bukannnya “perfect”. Ana tengok dengan ikhwah baik je tunduk muka…, tapi bila bercakap dengan bukan ikhwah, pandang je muka malah siap bergurau lagi. Akhawat camna tu!!!”…katanya sambil mencemik muka.

“Ada juga yang siap tanya lagi, apa jaminan anta yang dia akan menjadi isteri yang terbaik untuk membantu dakwah Ana nanti?, entah-entah jadi lain “

Sungguh akhi,

Ana tak dapat nak memberikan jaminan apa-apa yang dia akan menjadi pendokong terbaik untuk anta. Malah, Ana akui disana ada kelemahannya juga sepertimana firman Allah

Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14) 

Namun,

Paling kurang dia memahami dan mengenali apa itu dakwah dan tarbiyah. Paling kurang dia redha jika anta keluar berdakwah. Maka dengan redhanya itu, Anta boleh keluar berdakwah dengan hati yang tenang dan dapat memberikan tumpuan terbaik untuk menjalankan kerja-kerja anta.

Apabila seorang wanita menunaikan kewajipannya terhadap Tuhannya, mentaati suaminya dan menggerakkan peralatan tenunannya, maka seolah-olah ia membaca tasbih kepada Allah terus menerus. Dan selama mana berkekalan alatan tenunan itu pada tangannya maka seolah-olah ia sembahyang berjemaah. Apabila ia menjerang periuk untuk memberi makanan kepada anak-anaknya nescaya Allah menggugurkan segala dosanya (selain daripada dosa besar).” (Riwayat Abu Hurairah)



Cuba anta bayangkan, anta keluar je dari rumah untuk berdakwah, isteri Anta terus merungut anta selalu tiada di rumah, selalu je keluar di hujung minggu.  Kalau Anta tetap keluarpun, pasti dia akan mencari pelbagai alasan untuk Anta tak keluar dengan menggunakan alasan anak-anak sakit ke atau tak larat melayan anak-anak. Maka, anta sebagai suami mithali, duduklah dirumah membantu menguruskan rumahtangga.

Risiko yang tak berbaloi

Sungguh akhi,

Inilah risiko yang tak berbaloi yang Anta akan ambil. Yang sebenarnya boleh mengalihkan anta daripada dakwah yang Anta cintai ini. Jadi rancanglah masa depan Anta dengan baik. Pilihlah akhawat dengan serba kekurangannya, maka Anta sebenarnya menjadi “penyelamat” seorang akhwat yang telah ditarbiyah dengan susah payahnya daripada dilamar bukan ikhwah.

Tapi satu perkara yang pasti, mereka pasti menepati syarat minima seorang isteri pendakwah, iaitu mereka redha suaminya keluar berdakwah dan menjaga maruah dan rumahtangga suaminya.

Maka, dengan syarat inilah, Anta boleh keluar berdakwah dari rumah dengan penuh tenang dan gembira.

DAN BUKANKAH ITU YANG ANTA MAHU?” kataku sambil mengakhiri perbualan. Diapun menganguk-anggukkan kepalanya tanda faham dan setuju.

Selepas bersalaman, akhirnya aku meniggalkannya memikirkan balik pertanyaannya tadi

Wallahualam.

Dr mohd Khairol