Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Wednesday, November 30, 2011

Wahai duat, Hanya Allah yang tahu potensi sebenar kita…



“Akhi, Ana tak mampulah buat nie, Ana nie busy sangatlah”
“Akh, anta tengoklah Ana nie, kerja banyak, tanggungjawab bertimbun, camna Ana nak pegang jawatan tu?”
“Ukhti, Ana nak letak jawatan lah, Enti tengoklah Ana nie, nak jaga anak lagi, nak jaga rumah lagi, Masalah keluarga lagi, Ana nak jadi jundi biasa je lah, tak mampu Ana nak pegang jawatan jawatan pimpinan nie”.
“Program dahlah banyak, Ana nie setiap hujung  minggu tak der kat rumah, bising nanti orang rumah dan keluarga Ana nanti”




Iman itu naik dan turun
Pertembungan hati didalam manusia adalah satu perkara yang biasa. Setiap manusia imannya pasti naik dan turun.
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)”. – (As-syams -9-10)
Bisikan-bisikan ini adalah satu perkara yang biasa, bagi hamba yang bernama insan. Terlalai, terlupa, terpengaruh dan larut  adalah istilah-istilah yang menggambarkan fenomena dimana turunnya iman dan kesannya tergambar dalam gerakerja dakwahnya.
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) & sebaik-baik manusia yg membuat kesalahan (dosa) itu ialah org-org yg suka bertaubat" (Riwayat Al-Tirmizi)
Maka, sebagai duat, kita perlulah merenung dalam diri adakah ciri-ciri lemahnya iman ada didalam diri kita yang antaranya
·         Tidak merasa nikmat dalam beribadah, rasa malas jer nak buat sembahyang sunat.
·         Sukar memaafkan kesalahan orang lain
·         Menderita jika orang lain berjaya dan suka lihat orang lain menderita
·         Mudah berkeluh kesah
·         Mudah putus asa
·         Lebih mengutamakan kerja-kerja duniawi dari urusan akhirat.


Apabila bisikan bertukar menjadi tindakan atau alasan.

Walaupun, fenomena naik dan turunnya iman adalah satu pertembungan yang berterusan didalam diri manusia, namun ia hanyalah bisikan selagi mana tidak dilafazakan atau disertai dengan tindakan.

Apabila ungkapan –ungkapan seperti diatas atau seumpamnya dilafazkan, maka ia telah menjadi tindakan yang sebenarnya mencerminkan masalah hati, kefahaman dan keimanan. Maka, pada peringkati ini, syaitan telah memenangi pertembungan didalam jiwa duat.

Setiap duat perlu mengesan awal fenomena ini, yang jika ada didalam hati-hati diri mereka, sebenarnnya mereka telah dihinggapi penyakit awal yang akan membawa mereka menjadi orang-orang yang tersungkur dalam jalan dakwah.

Semuanya bermula dengan lisan – alasan-alasan yang “real” dan ditambah dengan sedikit penegasan, “highlight” dan bukti, untuk meyakinkan ikhwah lainnya tentang “ketidakmampuannya”…untuk menjalankan sesuatu tugasan.

“Anta tengoklah Ana sekarang nie, bukannya macam dulu dah, pagi ke kelas, petang ke library, malam pula ada study group”
“Ana tak dapat tidurlah semalam, anak menangis tak henti-henti, kena beli barang rumah lagi..etc”

Maka, akhirnya pada peringkat ini, syaitan telah menang dalam pertembungan didalan hati duat. Pertembungan seterusnya ialah pertembungan diantara duat dengan murabbia/ahnya ataupun jemaah yang mendukungnya.

Pertembungan ini menyaksikan alasan dikemukakan dengan mudahnya, tugasan di tentang dengan pelbagai alasan urusan duniawi, ibadah-ibadah sunat ditinggalkan dengan senangnya. Ukhuwah dikalangan duat semakin longgar dan tegang.

Akhirnya, diakhir pertembungan ini, jadilah seorang duat itu seorang yang “tersungkur di jalan dakwah”…apabila jemaah tidak mampu lagi bermain tarik tali dengannya kerana perlu fokus kepada tugasan dakwah yang lebih utama.

Jadilah dia sepertimana menumpang di tepian dakwah….usrah kadang-kadang pergi, kadang-kadang tak, disiplin semakin kurang, ibadat semakin jemu dan lesu, iman dirasakan lesu dan tidak bermaya, hujung minggunya penuh dengan program duniawi dan bukan dakwi…dan akhirnya hanyut dibawa arus kenikmatan dunia.



Siapa memerlukan siapa?

Mungkin ada yang menyangka, apabila jemaah memberikan “taklifan’, maka jemaah yang memerlukan duat….Tapi, mari kita berfikir sejenak”

-       Dakwah dan jemaah akan tetap berjalan, samada ada org yg mendokongnya ataupun tidak, kerana dakwah adalah milik Allah
-       Program dakwah dan tarbiyah, akan tetap berjalan, samada seorang akh itu ada ataupun tidak didalam sesuatu program.
-       Duat bersama dengan dakwah  untuk mendapat syurga Firdaus Allah SWT dan itulah yang menjadi impian setiap duat.

Berbahagialah dan berbanggalah kerana Allah S.W.T. telah memilih kita berada di jalan ini. Allah S.W.T. telah memberi keistimewaan kepada kita ketika kita menerima nikmat hidup berjamaah dan ini adalah kurniaan yang terbaik yang kita terima setelah kurniaan keimanan kepada Allah S.W.T.

Kurniaan dan kefahaman yang kita perolehi bukan kerana nasab, status, harta mahupun ilmu tetapi ia adalah semata-mata kurniaan dari Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah, yang menuntun langkah kita hingga sampai di sini, di jalan ini dan pada saat ini.

Allah swt berfirman :
"Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah S.W.T. menyelamatkan kamu daripadanya." [Surah Ali Imran : 103]

Nikmat kefahaman ini tidak boleh direndahkan, diremehkan dan dipermainkan. Kita mesti menjaga dan memelihara nikmat yang teramat agung ini dan kita wajib merasa khuatir andaikata nikmat itu hilang. Jika kita menolak tugasan dakwah dengan alasan yg tidak munasabah, maka sebenarnya kita telah mengabaikan nikmat kefahaman yang Allah berikan.

"Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanalah kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)" [Ali Imran : 8]

Jalan Dakwah mengajarkan bahawa kita sememangnya memerlukan dakwah. Kebersamaan dengan saudara-saudara kita di jalan ini semakin menegaskan bahawa kita mesti hidup bersama mereka di jalan ini agar berhasil dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.



Gain strength from the positive, and don’t be sapped by the negative.

“The most important lesson I have ever learned, is the stupendous importance of what we think. If I knew what you think, I would know what you are. For your thoughts make you what you are. By changing our thoughts, we can change our lives”…Dale Carnegie, great motivator.

Kita adalah sepertimana yang kita fikirkan. Apabila kita fikirkan sesuatu yang negatif, kita akan menjadi seorang yang pesimis, Tapi, jika kita sentiasa memikirkan sesuatu yang positif, maka kita akan menjadi seorang yg positive thinking dalam melihat sekelilingnya.

Semua ini sebenarnya dah ada diajarkan Islam , apabila Allah berfirman

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Bukan cubaan/cabaran yang menimpa kita yang menentukan nasib kita, tapi sebenarnya cara kita memkirkan tentang masalah/cabaran itu yang menentukan tindakan kita. Kita tidak mampu untuk mengubah takdir kita, tapi kita mampu untuk mengubah respon, pemikiran dan tindakan kita terhadap sesuatu peristiwa/masalah itu. (faham ke ?...kalau tak faham, sila baca semula)

Contohnya, jika kereta kita rosak, kita tentu merasa susah hati dan resah gelisah….tapi cuba kita pandang dari sudut lain, dengan rosaknya kereta kita, kita terpaksa menunggu di tepi jalan dan masa yang terluang itu, boleh digunakan untuk membaca quran, melihat alam dll. (positive thinking)

Begitu juga, apabila kita diberikan tanggungjawab/tugasan dakwah. Seorang yang melihatnya sebagai negatif akan melihat tugasan dakwah sebagai
-       Beban
-       Menyusahkan
-       Menyebabkannya mengabaikan tanggungjawab yg lain
-        
Namun, seorang yang melihat tugasan dakwah sebagai sesuatu yang berlainan, akan melihatnya sebagai satu sudut dari sudut pandangan berbeza
-       Peluang untuk mendapat pahala berganda-ganda
-       Mampu mentarbiyahnya menjadi pemimpin yg baik dimasa hadapan
-       Sebagai medan tarbiyah dan dakwah.
-       Meningkatkan peluangnya untuk mendapat syurga firdaus Allah SWT.

Begitu banyak kelebihan tugasan dakwah ini. Jauh berbeza dengan tugasan duniawi yang kita kejar-kejar.  Namun, tugasan duniawi itulah yang kita kejar-kejar dan tugasan dakwah itulah yang kita selalu tolak!!!
­­­

Menyerah kalah sebelum mencuba.

“Tidak mampu”
“Tak ada masa”:
“Banyak kerja”
“Tak sempat”

Adalah luahan-luahan hati yang menunjukkan ketidakmampuan melakukan kerja. Namun kalau kita fikirkan, semua luahan itu dibuat “SEBELUM”  tugasan dijalankan. Menunjukkan bahawa, kita sebagai duat telah menyerah kalah sebelum kita mencuba menjalankan tugasan itu.

Potensi itu sendiri bermakna, kita belum melakukan sesuatu itu lagi, sebab itulah ada istilah “ kamu belum menyerlahkan segenap potensi kamu”…bermakna, kita belum mebuat kerja/tugasan itu lagi. Jadi, kalau belum melakukan tugasan atau kerja itu lagi, bagaimana kita nak tahu potensi dan kemampuan kita?

Teringat saya kata-kata murabbi lama “ Bila dapat tugasan, cuba buat dahulu, kalau tak dapat, baru buat perbincangan dengan jemaah”. Kata-katanya tu dipegang, dan setiap tugasan dibuat sebaik mungkin. Akhirnya , didapati bahawa kebanyakan tugasan itu dapat dilaksanakan dengan baik, Cuma mungkin diri memandang rendah terhadap kemampuan diri sendiri.

Wahai duat, Hanya Allah yang tahu potensi  sebenar kita…
“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)


Wahai Pendokong Dakwah,

Melalui ayat ini, kita memahami dan meyakini bahawa Allah tidak akan membebankan kita melebihi kemampuan kita. Kita juga meyakini, sebagai pencipta kita, Allahlah yang lebih memahami dan mengetahui kemampuan kita yang sebenar, sepertimana seorang pembuat kereta, dialah yang lebih mengetahui tahap kelajuan kereta buatannya. sedangkan kita sendiri tidak mengetahui setakat mana kemampuan kita sebelum kita mencuba.

Jadi, mengapa kita menolak apabila diberikan tugasan yang diamanahkan oleh Allah?
Kenapa kita memberikan alasan demi alasan mengelak amanah yang diberikan?
Kenapa kita takut sebelum mencuba menyelesaikan tugasan yang diberikan?
Malah kadang-kadang, kita sengaja menjauhkan diri daripada ikhwah/at untuk mengelakkan diri daripada diberikan tanggungjawab


Betapa dangkalnya pemikiran kita kerana
-       Memandang tugasan dakwah sebagai tugasan yang diberikan oleh murabbi/pimpinan, sedangkan itu adalah tugasan yang diberikan Allah kerana ia adalah tugas dakwah kepada Allah.
-       Memandang rendah terhadap kemampuan kita sendiri, sedangkan kita memahami Allahlah yg lebih mengetahui kemampuan dan potensi sebenar kita.
-       Menyerah kalah sebelum mencuba melakukan tugasan


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Semua yang kita miliki daripada harta, tenaga, jasad hatta jiwa sekalipun adalah milik Allah, adakah kita masih nak berdolak –dalik ketika si empunya sebenarnya (Allah) memintanya?
Kudrat, tenaga, pemikiran dan jasad kita yang membolehkan kita mencari rezeki dan nikmat di dunia ini milik Allah, adakah layak untuk kita menolak jika pemiliknya meminta sedikit masa dan tenaga untuk menjalankan kerja-kerja dakwahNya?
Allah mengurniakan kita masa, tenaga dan jasad untuk membuat tugas utama sebagai khalifah membela agamanya di dunia ini, adakah layak untuk kita pecah amanah dan menggunakan semuanya itu untuk mencari habuan dunia semata-mata?
Kita mungkin mengatakan kita sibuk dan tiada masa, kerana pelajaran, kerja dan urusan tanggungjawab yang lainnya. Tapi cuba renungkan didalam diri betulkah “kita sibuk?” atau banyak ruang masa yang masih terbuang begitu sahaja oleh perkara-perkara yang sia-sia. Cubalah hitung sendri berapa banyak masa dalam 24 jan sehari yang digunakan untuk perkara- perkara menyelesaikan tanggungjawab kita dan berapa banyak masa yang terbuang kerana perkara yang kecil dan sia-sia.
Kalau kita buat pengiraan yang sejujur-jujurnya (dari dalam hati kita),
sebenarnya kita masih ada masa untuk dakwah.
Kalau kita berbisik dan merenung sendiri ke dalam jiwa kita,
Sebenarnya kita masih ada kudrat dan kemampuan untuk menjalankan tugasan yang diberikan.
Namun,
Pemikiran yang kecil, pasti akan menatijhakan hasil yang kecil
Pemikiran yang besar, pasti akan menatijahkan gagasan yang besar.

Tepuk Dada, Tanyalah iman