Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Tuesday, December 30, 2008

Dipersimpangan jalan

Kadang-kadang kita berada dipersimpangan jalan untuk memilih jalan yang perlu kita ikuti. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa yang kita mahu. Memang ada perbezaannya.
Itulah perbezaan antara kita dan haiwan. Kita mempunyai pilihan untuk melakukan apa sahaja. Haiwan apabila dia lapar, dia akan makan tak kira apa. Tapi, kita pabila kita lapar, kalau makanan tak sedap, tidak semestinya kita akan makan. mungkin kita akan tangguhkan dan makan kemudian atau makan diluar.
Begitu jugalah dalam kehidupan kita. Setiap hari kita membuat keputusan. Sedar atau tidak, setiap keputusan kita menentukan bentuk kehidupan kita, paling kurang untuk hari yang sama ataupun hari esoknya. Contohnya, pagi tadi saya membuat keputusan untuk pergi kerja dengan van, natijahnya ialah saya selamat daripada hujan. Kalaulah saya membuat keputusan untuk menggunakan motor seperti biasa, tentulah saya basah kuyup semasa dalam perjalanan pulang. Itulah keputusan yang perlu kita pilih.
Sebab itulah kita diberikan pilihan. Jika kita memilih untuk tidur selama 10-12 jam hari ini, kita akan kerugian masa dan jika kita memilih untuk tidur 6 jam sahaja hari ini, mesti lebih baik kerja yang dapat kita lakukan. - mengikut kajian manusia memerlukan 4-6 jam sahaja masa tidur yang berkualiti setiap hari. Jadi sedar dan tidak sedar, kita membuat keputusan hampir sepanjang masa, dan natijahnya kadang-kadang diperolehi terus dan kadang-kadang dirasai dimasa yang lain.

Monday, December 29, 2008

Journey to Bumi Di bawah bayu

Last week, saya pergi ke Sabah untuk menghadiri majlis kahwin kakak di sebelah pihak lelaki....pergi dekat satu minggu. Tapi, pergi awal sebab nak bawa isteri pergi honeymoon...
So, first two days, pergi ke labuan, jalan-jalan. Ambik flight from Kch-KK. stay di tune hotels KK. Ok lah jugak, sebab kena bayar dalam RM41.22 sahaja (early booking) dan ia berada di hypermarket yang terbesar di malaysia timur. Malam tu shopping sikit-sikit kat 1Borneo.
Next day, ambik kereta abang ipar dan terus ke Menumbok (bukan penumbok ye). try2 je jalan. sesat le sekali dua. dalam 3 jam perjalanan sebab tak tahu jalan. Dari situ terus naik speedbot ke labuan dalam setengah jam. Wife mabuk laut selepas itu dan terlantar hampir dua hari. Jalan-jalan dengan anak je lah masa tu. Balik, naik feri dekat nak 2 jam baru sampai Menumbok balik. Kesian isteri, tak boleh nak jalan sangat. mungkin sebab musim tengkujuh kot.
Samapai KK, family lain dah ada. Stay di KK selama 2 hari jalan2 sambil membeli mutiara dan sebagainya. Mutiara kalau nak murah, beli kat pasar malam. Pasar Filipina, ada mahal sikit. Rasanya kat pasar malam itu yang paling murah. Dua hair lepas tu ke Tawau untuk ke majlis.
Majlis di Tawau meriah juga. Ramai yang datang. Saya diberikan satu kereta dan bolehlah jalan-jalan bandar Tawau. Tawau is beautiful. Bandar di tepi laut. Boleh makan seafood di tepi laut.
Sempat ke pasar gantung, pasar tanjung dan parkway. Shopping, mungkin kurang sikit berbanding KK.
Bila dah balik nie, malas pula nak kerja. selepas nie kena bersihkan rumah selepas renovation hari tu.

Monday, December 15, 2008

Majlis kahwin kakak

Hari ini baru berehat selepas bekerja keras menguruskan majlis kahwin kakak semalam. Lenguh betullah, macam2 kena buat...hampir 3 hari lamanya nak prepare segalanya termasuklah menyambut penganti lelaki, kenduri, majlis persandingan dan macam-macam lagi...semalam tak rasa letih sangat hari ini, lenguh semacam je....semalam baru hantar rombongan pengantin lelaki ke airport...tahu brp org rombongannya....dkt nak 40 org dari Sabah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik je.

Hari ini, malas nak buat kerja apa-apa...rileks je.....lagipun, dapur dah nak habis renovation hari ini atau esok..so, kemaskan brg-2 je lah. lepas nie, projek lain pula untuk cantikkan rumahku syurgaku.

Jumaat nie akan pergi ke Sabah untuk majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki.pergi sana seminggu...sambil jalan2. Lagipun nak bawak isteri jalan2. lama dah tak bawa jalan2. Nanti saya akan buat catatn pengembara di bumi kenyalang..

kerajaan tengah kempen menderma organ..korang nak tak?...ingat nak mendaftar ler..nanti cari info..bolehlah mendaftar ramai2...

Thursday, December 11, 2008

Hukum Merokok...haram atau makruh

Sepanjang menjadi doktor nie, ramai sudah mereka yang bertanya apa hukum merokok. Saya selalu berpegang kepada hukumnya haram kerana mengetahui dan melihat banyak mereka yang sakit disebabkan oleh merokok. Malah banyak kajian yang dijalankan, tidak mendapati bahawa merokok membahayakan kesihatan. Tapi, timbul pula persoalan..nie yg patient yang merokok banyak tanya apabila saya beritahu hukum merokok adalah haram....


1. kalau rokok membahayakan, kenapa tidak dihukumkan haram dari dahulu lagi?
2. Kenapa pak haji yg duduk di masijd merokok juga? ...nie seorang yg muda tanya.....terkejut juga.
3. Kenapa kerajaan tak umumkanpun hukum merokok nie haram macam yoga baru-baru nie?


Jadi, untuk menjawabnya kita kena ketahui sejarahnya dahulu (saya ada terbaca power point presentation ttg sejarah rokok nie). Rokok nie mula di komersilkan dizaman era akhir abad ke 18 sehinggalah sekarang nie. Pada mula2 kajian, tidak banyak yang diketahui ttg kesan merokok nie dan kebanyakan kajian dijalankan/dibiayai oleh syarikat2 rokok. Jadi, ulamak2 terdahulu, menghukumkannya makruh hanya disebabkan oleh baunya, sama seperti hukum petai dan seangkatan dengannya.

Tapi, satu kejadian berlaku di Amerika pada awal 80an yg mengubah segalanya iaitu apabila keputusan mahkamah meminta semua syarikat rokok membenarkan hasil kajian disebarkan/diberikan kepada umum. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa syarikat2 rokok telah lama mengetahui kesan buruk merokok seperti lung cancer, mati pucuk dsbnya tapi dirahsiakan didalam gudang mereka.


Disebabkan itulah,banyak ulamak di negara Islam telah mengkaji semula hukum merokok ini dan ianya diikuti oleh Malaysia pada tahun 1990an. Rasanya cerita ini telah menjawab soalan pertama.


Kenapa rokok tidak diwartakan haram di Malaysia walaupun ulamak telah mengatakan haram, kerana pengaruh syarikat2 rokok terhadap ekonomi negara telah terlalu mendalam dan menebal. Sebab itu tak ada poster ttg hukum merokok haram..tapi dadah memang ada diumumkan haram (kalau perasan ada poster disetiap masjid..Dadah adalah Haram)


Pasal yang pak-pak haji merokok di surau dan membuat bad impression tu..no komen....mungkin mereka belum tahu ataupun buat2 tak tahu, Semuanya bergantung pada diri masing2.


Antara kesan yang diketahui ialah kanser perut, hati, paru-paru, hidung, mati pucuk, menambah risiko untuk terkena penyakit seperti angin ahmar, sakit jantung, dan seribu satu macam penyakit.


Nasihat saya, berhentilah merokok...tak der faedahnya disamping membazirkan duit je. Mari kita buat calculation.Katalah seorang merokok sekotak sehari semenjak umur dia 17 tahun (nie umur tipikal start merokok..lepas habis sekolah.) dan skrg dia dah nak pencen ( umur 58 tahun)
katalah harga sekotak dalam RM10 (memudahkan calculation)

RM10 X 365 hari X (58-17 tahun)
RM3650/tahun X 41 tahun
= RM149,650 ...wow!!! dekat nak 150k....sama dengan sebuah rumah sederhana yang kita boleh tinggal persaraan..nie tak campur interest lagi kalau simpan kat ASB...mahu sampai 250-300k...kalau ada nie, bolehlah jadikan pasi income secara bulanan seperti pencen.
cakaplah "TAK NAK!!!"

Saya ada file berkenaan hukum merokok nie yg lebih terperinci dalam 4 mukasurat oleh Dr Danial...sesiapa yang nak, boleh bagi emai kat ruang comment.

Wednesday, December 10, 2008

Passive income...cptlah dapat

Hari ini letih betul, pagi tadi start kerja pukul 8-12.30, lps tu lunch kejap kemudian sambung balik dari pkl 2-10pm ini. Lenguh2 rasanya badan..biasaler...keja doktor nie bukannya rehat sangatpun macam org selalu fikir. Tanggungjawab besar dan berat

bila kena kerja panjang macam nie, terfikir lak betapa pentingnya passive income. kalaulah ada passsive income yang boleh bawa kepada financial independence...bagi yg tak tahu financial independece..maksudnya passive income (duit yg masuk tanpa perlu kerja)sama dengan belanja bulanan kita..bukan ke best. Boleh lah pilih nak kerja ataupun tak...

Memang minat kerja jadi doktor nie..dpt bantu org dsbnya. ...tapi lebih seronok lagi kalau kita dpt bantu lebih drpd itu lagi. makcik!!!! ambik ubat nie..tak payah bayar ...he!!! angan je tuh...

skrg tengah mengorak langkah untuk ke passsive income nie....tadi..htr email kat pie2020 untuk mintak beli rumah yg ada pasif income dan positive CF di KL..KL pun KL ler...selalu juga pergi ke KL setahun ada ler 3-4 kali...

So, road to financial freedom.....
1. beli rumah with positive CF every year....under PMC management - Tq pie. aim- 4 house with positive CF - niepun kalau bank benarkan.
2. cuba pulihkan CF - rumah yg duduk skrg nie tinggal 5 tahun lagi..ingat nak habiskan in 2010, supaya boleh beli another house. - kurang sikit monthly commitment...kalau habis nie..tak perlu ler byr RM1.5k sebulan ---nie boleh grab 2 rumah lagi. ataupun boleh refinance je, lock inperiod habis 2010 nie ..tengoklah dulu nanti.
3. cuba penuhkan ASB by 2011...200k..he!!!! dapat ke.....belum cuba belum tahu.
4. Diversify - pelaburan Emas, CPO dll. main thing is...ASB dulu.

Banyak dah korang tahu....persoalannya apa aim kewangan Anda?

Tuesday, December 9, 2008

Modified Dapur

Saya nak cerita sikit pasal renovation rumah nie....skrg nie saya tengah renovate dapur...
tujuannya hanyalah kerana isteri dah mintak dan saya dah janji.he!!!!

So, saya bahagikan kepada 2 fasa. sebelum nie dah habis fasa 1.

Fasa 1, melibatkan extension dapur ke belakang dalam 5 meter lagi dan buat bumbung baru bersama dengan stor dibelakang. Kosnya agak banyak jugak, niepun menggunakan pekerja indon je
Upah - RM5.6K
Barang2 - RM8.5K
Grille - RM2K.
all in all dalam 16 k
semua kos fasa 1 nie saya yang tanggung, terasa ler jugak. kos brg yang paling terasa ialah kos membeli tile..hampir dekat RM2k.

Fasa 2
fasa 2 nie, isteri yg bayar, kalau tunggu saya gamaknya 3-4 tahun lagi baru saya buat. baru-baru nie dpt duit EPF, terus dia nak buat. fasa nie adalah untuk renovate dapur lama supaya cantik sikit dan tilekan stor lama. budget 10 k...tapi rasanya tak cukup he!!! baru dia terasa camna kena keluar duit.
basically costnya
upah - 2k
barang2- setakat nie 2k dah terbang
dapur dan hood - dekat 1k
kabinet - quotation mintak 6.3K
mahal jugak rupanya kabinet nie..he!!!

tips untuk yang nak modifie dapur
1. banyakkan buat rujukan kat buku - impiana dapur mmg bagus
2. tile belikan tile yg tak licin -= bahaya kalau licin, sbb dapur memang selalu basah.
3. pastikan kaler tu mmg segar..kalau tak muram je dapur

rasanya tu aje enjoy..nanti saya upload gambar dapur saya




Friday, June 27, 2008

Islamic Overdraf ASB

Mungkin ramai yang sudah tahu, bahawa ASB telah difatwakan harus oleh majlis mufti kebangsaan. Pengumuman ini memang melegakan ramai orang. Sebelum inipun saya tak simpan melalui ASB tapi bila dah majlis mufti menghukumkannya harus, barulah saya mula menyimpan semula didalam ASB.



Begitu juga, saya mula mencari produl overdraf bersandarkan ASB atau lebih dikenali sebagai OD/ASB. daripada bank di Malaysia.



Dulu tak berani guna, sebab ASB belum harus lagi. Keputusannya

CIMB - tak ada

RHB - tak ada

Maybank - Murabahah OD, 90% financing, rate, BLR 6.75% + 0. Ceiling limit 10.75%.



Produk OD ini selalu digunakan oleh peniaga untuk menstabilkan perniagaan mereka dan mencantikkan cashflow mereka. Tapi sebenarnya, individupun bagus guna cara ini.



Sebab itulah saya guna, tapi kena ada ilmu dululah. Sesiapa yang nak filenya boleh beritahu email dia disudut comment, nanti saya hantar.



Tak sabar nak dapat Islamic OD.

Wednesday, June 25, 2008

Perkenalan

Salam perkenalam kepada semua pembaca blog saya ini. Diharap semmua akan mendapat faedah daripada blog saya in

Saya berminat dengan personal financing terutamanya pengendalian financing secara Islam. Sudah banyak website yang bercerita tentang personal finance dari sudut kaca mata yang konvensional

Kali ini, saya akan mengulas tentang sudut personal finance berdasarkan islam pulak. Ini adalah catatan orang -orang kebanyakan. Lagipun saya bukannya CFP atau sebagainya. Saya juga takkan menjual barang dan sebagainya. Website ini hana untuk kita berkongsi idea dan ilmu berkenaan pengurusan kewangan secara Islam terutamanya yang telah saya cuba lakukan

Disebabkan oleh kerjaya sebagai pegawai perubatan, saya juga akan bercakap tentang info kesihatan kita. Sesiapa ada pertanyaan tentang kesihatan, bolehlah beritahu saya.

Salam perkenalam dan semoga kekal selamanya.

Dr Mohd Khairol