Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Monday, December 29, 2008

Journey to Bumi Di bawah bayu

Last week, saya pergi ke Sabah untuk menghadiri majlis kahwin kakak di sebelah pihak lelaki....pergi dekat satu minggu. Tapi, pergi awal sebab nak bawa isteri pergi honeymoon...
So, first two days, pergi ke labuan, jalan-jalan. Ambik flight from Kch-KK. stay di tune hotels KK. Ok lah jugak, sebab kena bayar dalam RM41.22 sahaja (early booking) dan ia berada di hypermarket yang terbesar di malaysia timur. Malam tu shopping sikit-sikit kat 1Borneo.
Next day, ambik kereta abang ipar dan terus ke Menumbok (bukan penumbok ye). try2 je jalan. sesat le sekali dua. dalam 3 jam perjalanan sebab tak tahu jalan. Dari situ terus naik speedbot ke labuan dalam setengah jam. Wife mabuk laut selepas itu dan terlantar hampir dua hari. Jalan-jalan dengan anak je lah masa tu. Balik, naik feri dekat nak 2 jam baru sampai Menumbok balik. Kesian isteri, tak boleh nak jalan sangat. mungkin sebab musim tengkujuh kot.
Samapai KK, family lain dah ada. Stay di KK selama 2 hari jalan2 sambil membeli mutiara dan sebagainya. Mutiara kalau nak murah, beli kat pasar malam. Pasar Filipina, ada mahal sikit. Rasanya kat pasar malam itu yang paling murah. Dua hair lepas tu ke Tawau untuk ke majlis.
Majlis di Tawau meriah juga. Ramai yang datang. Saya diberikan satu kereta dan bolehlah jalan-jalan bandar Tawau. Tawau is beautiful. Bandar di tepi laut. Boleh makan seafood di tepi laut.
Sempat ke pasar gantung, pasar tanjung dan parkway. Shopping, mungkin kurang sikit berbanding KK.
Bila dah balik nie, malas pula nak kerja. selepas nie kena bersihkan rumah selepas renovation hari tu.

No comments: