Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Monday, January 5, 2009

Apabila anda mula memakan ubat darah tinggi/kencing manis...anda perlu memakannya seumur hidup..

Ramai pesakit yang membuat tanggapan bahawa apabila mereka mula memakan ubat darah tinggi, mereka perlu memakan ubat darah tinggi seumur hidup mereka. Ini menyebabkan kadang-kadang mereka agak sukar untuk memulakan makan ubat dan apabila mula didiagnos sebagai pengidap penyakit ini, mereka mencuba ubat alternatif daripada memakan ubat yang diberi oleh doktor.
Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Sebab kenapa KEBANYAKAN pesakit hypertension dan diabetes terus perlu memakan ubat adalah kerana mereka mengabaikan terus aspek lain untuk mengawal penyakit mereka. Contohnya....senario yang selalu berlaku ketika pesakit diberitahu tenhtang penyakit mereka (berdasarkan pengalaman)
1. Denial - masa ini mereka mula rasa takut kerana perlu memakan ubat seumur hidup...ada yang mengelakkannya dan terus mencuba ubat-ubatan tradisional. Natijahnya...ada yg berjaya...ada yang penyakitnya/kontrol gula di dalam darah terus meningkat. Apabila mereka bertemu dengan doktor selepas itu, kandungan gula, ataupun tekanan darah..menjadi begitu tinggi. Masa ini, mungkin kerosakan organ dalaman sudah berlaku maka rawatan lebih diperlukan
2. Accept - mereka akan terus memakan ubat dan terus mengabaikan perubahan gaya hidup yang dianjurkan oleh doktor...hasilnya..mereka terus bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidup mereka. Dan seperti yang diketahui, jenis ubat mereka semakin bertambah tahun ke tahun.
3. Accept and ready to tackle the problem - ini adalah apa yang ingin saya beritahu kepada semua pesakit saya. Mereka perlu makan ubat-ubatan untuk mengawal penyakit diperingkat awal dan mengelakkan komplikasi, pada masa yang sama terus menjaga diet mereka, melakukan senaman 3 kali seminggu dan mengawal stres. Selain daripada itu mereka mula mencari makllumat ttg penyakit ini dan mencuba alternatif medicine yang ada research - itupun selepas mendapat pandangan doktor mereka. Mereka ini adalah mereka yang biasanya selepas beberapa bulan memulakan ubat-ubatan, tekanan darah dan gula didalam darah berkurangan dan akhirnya doktor perlu memberhentikan ubat mereka. Selepas itu mereka terus mengamalkan cara hidup yang sihat.
Malangnya, perkara 3 ini jarang betul berlaku. Setakat jadi doktor nie, cuma ada 3 org je yg saya betul-betul berhentikan ubat mereka berbanding dengan beratus-ratus yang saya mulakan ubatan mereka. Dan semuanya adalah daripada bangsa cina. Kenapa perkara ini berlaku?. Adakah pesakit di Malaysia terlalu ignorant untuk menjaga sakit mereka?
Mungkin apa yang berlaku boleh juga kita katakan adalah salah doktor sebab tidak memberikan penerangan yang jelas sebelum memulakan ubat. Apa yang dititit beratkan adalah untuk makan ubat...makan ubat...makan ubat....seperti makan ubat adalah penyambung nyawa mereka. Kenapa tidak diberikan penekanan supaya mengamalkan cara hidup sihat, lakukan senaman dan sebagainya.
Walaupun begitu, pesakit juga perlu peka ttg kesihatan diri. Kalau mereka tidak jelas, tanyalah doktor...kdg2 ada juga doktor yg marah He!!!! nie exceptional case...mungkin beban pesakit yg terlalu ramai. Internet juga boleh menjadi sumber maklumat yg baik disamping mendapat nasihat doktor...
OK, that is my 2 cents...harap membuka minda....

No comments: