Ramai yang tanya saya dahulu, bagaimana caranya untuk thabat
di jalan dakwah walaupun sibuk bekerja sebagai doktro? Ada yg bertanya masih dikalangan student perubatan, ada yang
dah bergelar Houseman dan ada yang berada di bidang lain.
Lama juga saya berfikir tentang jawapannya. Saya juga pernah
berbincang dengan rakan-rakan perubatan yang juga bergelar Daie. Hasil dari pengalaman yang lama dan perkongsian
dengan rakan-rakan, diharap beberapa tips ini boleh membantu :
11. Letakkan dari awal keutamaan bahawa dakwah dan
tarbiyah tetap No 1 dan kerjaya tidak akan diabaikan
Ramai pelajar perubatan apabila mula bekerja sebagai
Houseman telah tersilap meletakkan keutamaan mereka. Semasa pelajar mereka mampu meletakkan dakwah sebagai
keutamaan (walaupun begitu pelajaran tidak dilupakan). Tapi, apabila masuk ke
alam pekerjaan, “demand” daripada pekerjaaan yang mengambil banyak masa mereka
menyebabkan mereka tersalah keutamaan. Kerjaya menjadi isu yang utama dalam
kehidupan mereka dan Tarbiyah menjadi perkara yang kedua.
Apabila
peringkat awal telah meletakkan dakwah sebagai perkara yang kedua, maka tentulah
lama-kelamaan ia akan dilupakan disebabkan oleh kesibukan kerjaya.
22.
Sentiasa merasa izzah dan mulia dengan dakwah
ini.
Kadang-kadang kita segan untuk meminta bantuan kawan-kawan
untuk menggantikan kita supaya kita dapat pergi usrah. Tapi kita tak segan
untuk meminta bantuan mereka jika kita ada perkara duniawi lain yang perlu kita
lakukan. Jika kita merasa izzah dan mulia dengan dakwah ini, pasti kita akan
merasa mudah untuk meminta bantuan rakan untuk pergi Usrah. Tetapi jika
sebaliknya, maka kita akan merasa segan untuk bertukar shif untuk pergi usrah.
33. Cuba
adjust masa bekerja untuk dakwah dan bukannya mengorbankan dakwah untuk meraikan kerjaya/masa kerja
Realiti hidup sebagai houseman memang memenatkan. Bayangkan kita perlu bekerja jauh melebihi
lapan jam seperti orang yang bekerja di pejabat. Ini akhirnya nanti akan
memenatkan fizikal seorang houseman dan selalu dijadikan alasan untuk tidak
pergi usrah dan program-program tarbiyah.
Sebenarnya,
jika kita teliti, boleh saja masa kita bekerja disesuaikan supaya kita dapat
hadir program tarbiyah. Jika shift kita bertembung dengan usrah, kita boleh
minta supervisor/mereka yang menyusun shif bekerja untuk mengosongkan malam
dimana kita perlu pergi usrah. Begitu juga, kita boleh juga bertukar shif
dengan kawan-kawan houseman. Sedangkan kita sanggup bertukar shif kerana urusan
peribadi, kenapa kita tak dapat bertukar shif untuk urusan dakwah.
44. Buat catatan tanggungjawab dakwah dalam satu
nota dan lihat dan lakukan senarai itu paling kurang sekali sehari.
Selain dari keletihan fizikal, houseman juga akan menghadapi
kepenatan mental. Ini kerana, tempoh bekerja yang lebih lama, selalu dimarahi dan berfikir menyebabkan minda kita
akan kepenatan. Kepenatan mental akan
menyebabkan akal kita akhirnya tiada ruang untuk berfikir tentang dakwah.
Cara
untuk mengatasinya ialah sediakan satu catitan tanggungjawab tarbiyah kita.
Dari situ, cubalah lihat dan buat apa yang diperlukan sekali sehari pada masa
yang tetap. Luangkan paling kurang 15-30 min masa kita untuk menyelesaikan
semua perkara berkenaan. Selepas habis, tumpukan semula pada kerjaya kita. Catitan
itu akan menjadi reminder kepada kita untuk tetap menjalankan tanggungjawab
dakwah kita dan supaya ia tidak terus dilupai didalam kesibukan kita.
Begitulah serba sedikit tips yang boleh saya kongsikan.
Namun, saya rasa tips yang paling baik sekali ialah tips yang diberikan oleh
bekas murabbi saya dahulu.Sebelum saya balik ke Malaysia selepas sahaja habis
belajar, murabbi saya ada berpesan “
Sesibuk macam manapun dengan urusan Houseman anta, cubalah jangan meninggalkan
usrah, kerana itulah ikatan terakhir kita dengan dakwah”
Akhirnya, tips terakhir yang saya nak kongsikan disini ialah, “Cubalah
konsisten untuk menghadiri usrah mingguan
anda."
Semoga bermanfaat untuk umat
Dr Mohd Khairo bin Jambli
Pengerusi I-Medik Sarawak
YDP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kuching
2 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Post a Comment