Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Tuesday, October 7, 2014

Membentuk Impian dakwah anda




Amirul Mukmin, Umar Bin Khattab – suatu hari meminta para sahabat untuk mengungkapkan apa yang mereka cita-citakan.
“ Bercita-citalah kalian!.”
Lalu, seorang sahabat menyahut : “ Aku ingin sekali seluruh bangunan ini terisi emas yang boleh aku infaqkan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi, “ Bercita-citalah kalian!.”
Seseorang menyatakan :“ Aku ingin ruangan ini dipenuhi dengan permata dan mutiara yang boleh aku infaqkan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,“ Bercita-citalah kalian!.”
Mereka mengatakan, “ Kami tidak tahu apa lagi yang boleh kami cita-citakan selain itu ya Amirul Mukminin.”
Saidina Umar Al-Khattab berkata : “ Aku bercita-cita kalau ruangan ini penuh didatangi oleh orang-orang besar seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah, sehingga aku boleh berjihad di jalan Allah SWT bersamanya.”
Kali pertama saya mendengar kisah diatas ialah ketika mula-mula mengikuti Usrah. Pembentang pada ketika itu mengambil pengajaran bahawa kita perlu membina rijal-rijal yang sepertimana Abu Ubaidah Al-Jarrah maka gesaan dibuat supaya membina jatidiri dan peribadi sepertimana pada sahabat satu ketika dahulu.

Saya melihat kisah diatas pada satu sudut tambahan selain daripada apa yang diperkatakan. Kalau kita lihat kisah diatas, menunjukkan bahawa sebenarnya biah/ bercita-cita tinggi adalah biah yang dibentuk oleh para sahabat pada ketika itu. Dalam perbualan mereka, mereka ditanya apa cita-cita mereka dan mereka tanpa segan silu memberitahu cita-cita mereka.


Ada satu lagi kisah yang lebih kurang serupa. Suatu hari, para sahabat duduk di pelantaran Ka’bah. Bersembang-sembang, berbual-bual dan berbicara sesama mereka. Mus’ab mengangkat perbicaraan mereka petang itu, dengan mengatakan :
“ Bercita-citalah kalian.”
Para sahabat masih terdiam dan enggan menyampaikan cita-citanya, sehingga mereka meminta agar Mus’ab lah yang pertama kali menyatakan cita-cita dan keinginannya.
“ Wahai Mus’ab, mulailah dengan dirimu,” Ujar mereka beramai-ramai.
Mus’ab tersenyum. Lalu menjawab :
“ Aku ingin kaum Muslimin mampu menakluki wilayah Iraq, aku ingin menikahi Sakinah puteri Hussien, dan Aisyah binti Thalhah bin Ubaidillah.”
Jelas, bersemangat dan terarah cita-citanya. Beberapa tahun kemudian, Mus’ab berjaya memperolehi apa yang dicita-citanya itu.
Urwah bin Zubair, lalu berkongsi dan mengungkapkan keinginan serta hajatnya. Katanya, dia bercita-cita ingin menguasai ilmu fiqh dan hadis. Hasilnya, kita dapati dalam sejarah Islam – Urwah memang menjadi salah seorang tokoh ilmuan fiqh dan sangat banyak meriwayatkan hadis.
Kemudian, tibalah giliran Abdul Malik Bin Marwan. Apakah cita-citanya? Katanya, beliau ingin menjadi khalifah. Dan tenyata, akhirnya beliau dilantik menjadi khalifah pada zaman khalifah Umawiyah. Bahkan, beliau bukan sahaja menjadi khalifah yang memiliki banyak ilmu dan kuat beribadah, tetapi menjadi perintis sistem pos, menerjemah pelbagai kitab asing dan membuat wang logam dari emas.
Sedangkan yang terakhir, Abdullah bin Umar mengungkapkan apa yang dicita-citakannya. Ia menegaskan, cita-citanya adalah syurga!
Jadi, jika kita lihat, para sahabat telah mengamalkan dan berusaha membentuk biah yang boleh memotivasikan semua orang yang berada disekeliling mereka. Sahabat digalakkan untuk memberitahu cita-cita mereka supaya menjadi pendorong mereka untuk mencapainya dan mendorong orang lain untuk membentuk “bayangan” cita-cita mereka.

Ini dinukilakn oleh Imam Ibnu al-Jauzi apabila dia berkata:
“ Aku berlindung dari berteman dengan perjalanan hidup orang-orang yang kita tidak dapat mencontohi cita-cita tinggi mereka buat generasi selanjutnya,dan bukan juga sang warak yang tidak dapat diambil manfaat sifat zuhudnya, hendaklah kamu memerhatikan perjalanan hidup mereka yang mempunyai cita-cita besar dan tinggi, mengkaji penulisan dan karya mereka, berusaha meningkat dan memperbanyakkan membaca buku-buku mereka..”



Persoalannya:
Adakah biah seperti ini berada di sekeliling kita?
Adakah kita telah berusaha untuk membentuk biah yang bermotivasi tinggi seperti ini?
Adakah kita pernah bertanya pada anak usrah kita apa cita-cita mereka?

Kebiasaannya, bila kita ditanya, apakah cita-cita kita, kita menjadi terlalu takut takut cita-cita ini tidak tercapai dan kita akhirnya dimalukan nanti. Takut nanti kita ditertawakan dan dipersoalkan samada kita telah memperolehi apa yang kita katakan. Sebenarnya, apabila kita menyembunyikan cita-cita kita, maka sebenarnya kita takut pada bayang-bayang kita sendiri.

Mereka yang menganggap diri mereka Daie perlu bercita-cita tinggi dan berazam tinggi (Himmah Aliyah). Cita-cita peribadi mereka perlu disejajarkan dengan impian dakwah. Contohnya ;
Saya ingin menjadi doktor pakar di IPTA sekian-sekian supaya nanti saya dapat mentajmik student-student saya nanti.
Saya ingin menjadi jutawan supaya saya dapat menginfak 200,000 sebulan untuk membantu dakwah ini.

Namun ada yang bercita-cita tinggi, tapi cita-citanya tidak membantu dakwah malah menyebabkan mereka menjadi semakin jauh daripada dakwah. Bukan semata-mata kerana kesibukan apabila naik pangkat, belajar ke peringkat Master atau PHD....tapi kerana mereka dari awal sudah MENGASINGKAN  cita-cita peribadi dan dakwah. Mereka yang tiada cita-cita dakwah, maka bagaimanakah mereka akan thabat sehingga akhir nafasnya dijalan dakwah ini?

Maka berlakulah fenomena yang kita boleh katakan sebagai PELIK kerana ikhwah tiada cita-cita dakwah tetapi hanya ada cita-cita dunia. Contohnya :

Apabila dalam urusan Bait muslim apabila ikhwah ditanya ciri-ciri akhawat yang diingininya...jawapannya cukup ringkas “ Yang sedap dipandang mata”
Akhawat pula apabila ditanya pula ciri-ciri ikhwah yang diingininya...jawapannya juga cukup ringkas “ Yang dapat menerima Ana seadanya
Jika keduanya menjadi pasangan suami isteri, maka adakah satu rumahtangga dakwah dapat dibentuk jika niatnya tiadapun sedikit untuk kepentingan dakwah dan cuma untuk kepentingan perasaan dan nafsu sahaja?

Saya teringat satu ketika seorang ikhwah ditanya ciri-ciri akhawat yang diingininya....”Ana mahukan seorang akhawat yang tabah, yang boleh membantu Ana dalam dakwah, redha bila selalu ditinggalkan dan merasa cukup dengan apa yang Ana mampu berikan."

Inilah dia jiwa seorang Daie, yang seluruh kehidupannya telah diwakafkannya untuk dakwah ini. Dalam keputusan yang paling besar dalam kehidupannya juga dia utamakan kepentingan dakwah, apatah lagi keputusan-keputusan kecil dalam kehidupannya.

Adakah anda telah mempunyai impian dakwah yang telah kita sejajarkan dengan cita-cita dunia kita?
Mari tulis impian dakwah anda hari ini dan beritahu kepada semua orang.


Tepuk dada, tanyalah iman.

1 comment:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/