Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Thursday, April 10, 2014

Tips thabat dalam dakwah untuk Doktor Pelatih dan pengamal perubatan lainnya




         Ramai yang tanya saya dahulu, bagaimana caranya untuk thabat di jalan dakwah walaupun sibuk bekerja sebagai doktro? Ada yg bertanya masih dikalangan student perubatan, ada yang dah bergelar Houseman dan ada yang berada di bidang lain.
           Lama juga saya berfikir tentang jawapannya. Saya juga pernah berbincang dengan rakan-rakan perubatan yang juga bergelar Daie.  Hasil dari pengalaman yang lama dan perkongsian dengan rakan-rakan, diharap beberapa tips ini boleh membantu :

11.    Letakkan dari awal keutamaan bahawa dakwah dan tarbiyah tetap No 1 dan kerjaya tidak akan diabaikan

         Ramai pelajar perubatan apabila mula bekerja sebagai Houseman telah tersilap meletakkan keutamaan mereka. Semasa pelajar  mereka mampu meletakkan dakwah sebagai keutamaan (walaupun begitu pelajaran tidak dilupakan). Tapi, apabila masuk ke alam pekerjaan, “demand” daripada pekerjaaan yang mengambil banyak masa mereka menyebabkan mereka tersalah keutamaan. Kerjaya menjadi isu yang utama dalam kehidupan mereka dan Tarbiyah menjadi perkara yang kedua.
                Apabila peringkat awal telah meletakkan dakwah sebagai  perkara yang kedua, maka tentulah lama-kelamaan ia akan dilupakan disebabkan oleh kesibukan kerjaya.

22.     Sentiasa merasa izzah dan mulia dengan dakwah ini.

           Kadang-kadang kita segan untuk meminta bantuan kawan-kawan untuk menggantikan kita supaya kita dapat pergi usrah. Tapi kita tak segan untuk meminta bantuan mereka jika kita ada perkara duniawi lain yang perlu kita lakukan. Jika kita merasa izzah dan mulia dengan dakwah ini, pasti kita akan merasa mudah untuk meminta bantuan rakan untuk pergi Usrah. Tetapi jika sebaliknya, maka kita akan merasa segan untuk bertukar shif untuk pergi usrah.



33.        Cuba adjust masa bekerja untuk dakwah dan bukannya mengorbankan  dakwah untuk meraikan kerjaya/masa kerja

          Realiti hidup sebagai houseman memang memenatkan.  Bayangkan kita perlu bekerja jauh melebihi lapan jam seperti orang yang bekerja di pejabat. Ini akhirnya nanti akan memenatkan fizikal seorang houseman dan selalu dijadikan alasan untuk tidak pergi usrah dan program-program tarbiyah.
         Sebenarnya, jika kita teliti, boleh saja masa kita bekerja disesuaikan supaya kita dapat hadir program tarbiyah. Jika shift kita bertembung dengan usrah, kita boleh minta supervisor/mereka yang menyusun shif bekerja untuk mengosongkan malam dimana kita perlu pergi usrah. Begitu juga, kita boleh juga bertukar shif dengan kawan-kawan houseman. Sedangkan kita sanggup bertukar shif kerana urusan peribadi, kenapa kita tak dapat bertukar shif untuk urusan dakwah.

44.    Buat catatan tanggungjawab dakwah dalam satu nota dan lihat dan lakukan senarai itu paling kurang sekali sehari.

         Selain dari keletihan fizikal, houseman juga akan menghadapi kepenatan mental. Ini kerana, tempoh bekerja  yang lebih lama, selalu dimarahi dan berfikir menyebabkan minda kita akan kepenatan.  Kepenatan mental akan menyebabkan akal kita akhirnya tiada ruang untuk berfikir tentang dakwah.
        Cara untuk mengatasinya ialah sediakan satu catitan tanggungjawab tarbiyah kita. Dari situ, cubalah lihat dan buat apa yang diperlukan sekali sehari pada masa yang tetap. Luangkan paling kurang 15-30 min masa kita untuk menyelesaikan semua perkara berkenaan. Selepas habis, tumpukan semula pada kerjaya kita. Catitan itu akan menjadi reminder kepada kita untuk tetap menjalankan tanggungjawab dakwah kita dan supaya ia tidak terus dilupai didalam kesibukan kita.

            Begitulah serba sedikit tips yang boleh saya kongsikan. Namun, saya rasa tips yang paling baik sekali ialah tips yang diberikan oleh bekas murabbi saya dahulu.Sebelum saya balik ke Malaysia selepas sahaja habis belajar,  murabbi saya ada berpesan “ Sesibuk macam manapun dengan urusan Houseman anta, cubalah jangan meninggalkan usrah, kerana itulah ikatan terakhir kita dengan dakwah”

Akhirnya, tips terakhir yang saya nak kongsikan disini ialah, “Cubalah konsisten untuk menghadiri usrah mingguan  anda."

Semoga bermanfaat untuk umat

Dr Mohd Khairo bin Jambli
Pengerusi I-Medik Sarawak
YDP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)  Cawangan Kuching







               


2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833