Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Tuesday, July 20, 2010

Musibah : Praktikal Tarbiyah dari langit.



Pernah satu ketika seorang pesakit yang sedang menjalani praktikal berjumpa denganku. Ketika itu dia tengah demam dan sakit ingin mengambil cuti sakit.

“Boleh tak bagi dua hari doktor” katanya.


“Sehari cukuplah, awak tengah belajar tu, nanti ketinggalan pelajaran”, kataku mengemukakan sebab kenapa hanya diberi cuti sakit satu hari.


“ Tak apalah doktor, praktikal je, bukannya perlukan penumpuan sangat”, katanya bersahaja sambil tersenyum memberikan alasan.

“ Disebabkan oleh praktikal lah, Awak perlu melibatkan diri dengan banyak. Teori sahaja tiada gunanya tanpa praktikal. Teori yang awak hafal dan pelajari itu hanyalah seperti mengisi tin-tin kosong, yang kemudian hasilnya  dikeluarkan sepertimana ia telah disimpan.” Kataku sambil bersyarah sikit. 
Tapi, kalau adanya praktikal, ia seperti  mengisi cili ke dalam blender dan ditambah garam,air dan lain-lain maka yang keluar ialah sambal yang enak dimakan hasil pengalaman tadi” kataku sambil tersenyum


Akhirnya dia menganggukkan kepalanya tanda akur

Kekuatan sebenar- Ukhuwah


 “Ilmu yang diterima, perlu di fahami dan dipraktikkan terus untuk memastikan ia menjadi kekal dan tercerna dalam kehidupan” teringat aku kata-kata  Dr Fadilah Kamsah didalam kaset yang kuletakkan didalam keretaku dan kumainkan ketika dalam perjalanan.


         Mungkin sudah beribu-ribu kali, malah berjuta-juta kali kita dihidangkan dengan pernyataan ini, kekuatan sebenar ialah kekuatan Ukhuwah selepas  kekuatan Iman, kemudian baru kekuatan persenjataan.   Bukan sahaja didalam Halaqah, malah daurah, tazkirah dll. Malah mungkin kita sudah terbiasa dengan pernyataan ukhuwah perlu bertunjangkan Iman dan bukannya bertunjangkan perkara-perkara duniawi seperti harta, persaudaraan, maslahat dan lain-lain.


            Malah banyak ayat-ayat Quran dan hadis yang menceritakan tentang peri pentingnya ukhuwah didalam Islam.

Orang-orang mukmin sesungguhnya bersaudara; maka rukunkanlah kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat (Q.s. Al-Hujurat [49]: 10). 






Hai manusia! Kami ciptakan kamu dari satu pasang laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku bangsa, supaya kamu saling mengenal [bukan supaya saling membenci, bermusuhan]. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang paling bertakwa. Allah Mahatahu, Maha Mengenal (Q.s. Al-Hujurat [49]: 13). 






“Sesiapa yg berjalan untuk membantu saudranya seIslam lebih baik drpada orang yang beriktikaf selama 20 bulan”.(hr Thabrani atau hakim)




Praktikal Ukhuwah.

Melalui sirah Rasulullah, kita mengenali individu-individu generasi awal yang mempraktikkan semangat ukhuwah yang cukup kental dan jitu.  Yang mungkin nilai-nilai itu sudah terpadam didalam generasi kita pada masa ini.


Seperti ketika Bilal diseksa, Abu Bakar tak dapat berdiam diri. Imannya yang begitu kuat melalui Agama Islam yang baru dikenalinya, tidak membiarkannya berdiam diri walaupun Bilal bukan dari kaumnya, sukunya atau sama darjat dengannya (Bilal adalah hamba abdi dari Habsyi, dan bukannya dikalangan Arab). Namun kekuatan ukhuwahnya begitu kuat, melangkaui sempadan suku, kaum, Negara, darjat dan ukuran-ukuran manusia didunia ini. Menyebabkan Abu Bakar sanggup mengeluarkan wangnya sendiri dan membayar  untuk kebebasan Bilal berganda-ganda daripada nilaian bangsa Quraisy ketika itu.


Mungkin ini hanyalah sekelumit peristiwa didalam sejarah Islam yang agung, namun is cukup signifikan untuk kita merenung praktikal  ukhuwah yang bertunjangkan Iman. Banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang menggambarkan praktikal Ukhuwah ini. Seperti ketika Muhajirin dipersaudarakan dengan Ansar yang sampai ke peringkat kaum Ansar sanggup mewariskan harta mereka kepada Muhajirin, malah berkongsi kebun dan ternakan mereka.  Umat Islam ketika itu, seumpama pepatah Melayu “Dicubit peha kanan, Peha kiripun sakit juga”.


Makna Ukhuwah kita pelajari dan fahami.
Namun, masih jauh daripada menjiwai,
Dunia teori rupanya berbeza dengan dunia realiti.
Ukhuwah fillah, itu yang kita cari,  
Ukhuwah hanya kerana Allah, itu yang difahami,
Namun adakah kita pernah diuji?


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orang orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”.
(Surah Ali-’Imran 3:142)



Musibah adakah tarbiyah praktikal dari langit?


Manusia biasanya melihat musibah sebagai satu kedukacitaan. Sebagai satu perkara yang ingin dijauhi dan dibenci. Namun, seorang muslim melihat musibah sebagai ujian didunia untuk menebus dosa ataupun sebagai ujian menaikkan darjat disisiNya. Ini menyebabkan seorang muslim, tidak akan merasa sempit bila diuji. Ujian diterima dengan redha dan dihadapi dengan tabah dihiasi tawakal dan istighfar memohon keampuanannya.  


Dizaman Rasulullahpun, umat Islam diuji dengan pelbagai ujian, diboikot bertahun-tahun sehingga kekurangan bekalan makanan, namun makanan yang sedikit menjadi cukup hasil keberkatan perkongsian yang ikhlas.  Begitu juga ketika didalam peperangan, kelengkapan yang sedikit akhirnya menang melawan taghut yang cukup lengkap . Mungkin ini tarbiyah daripada Allah untuk menaikkan darjat hambaNya dan menjadi isyarat kemenangan akan hampir tiba.


Ikhwah pendukung dakwah yang ikhlas.


Apa yang menimpa akh Aizam, sesuatu yang menyedihkan hati-hati kita. Namun, kita perlu melihat ia sebagai tarbiyah untuk kita daripada Allah swt. Melalui peristiwa ini kita melihat praktikal Ukhuwah tercerna dan terbentang dihadapan mata-mata kita.


Sehari dua selepas ‘praktikal tarbiyah ‘ ini, begitu banyak pengorbanan dan keikhklasan yang kita lihat. Wajah-wajah kesedihan dan kemuraman kerana musibah saudaranya terpancar disetiap ketika. Semuanya bertanyakan khabar, bukan sahaja di Bumi Kenyalang, namun menjangkau sehingga ke hujung negeri Perlis sana.  Setiap hati merasa pedih, walaupun wajah nampak ceria.


Maka, mulai dari saat itu, seluruh tenaga ikhwah digerakkan dan disatukan, jadual bertugas disusun dengan segera. Sampaikan yang tengah sakitpun ingin turut memberi nama. Wang dihulur bertukar tangan, semua kerja dan rehat ditangguhkan semata-mata menziarahi Akh Aizam di hospital. Segala hubungan dan pengalaman digarap bersama untuk mencari penyelesaian masalah yang ada


Disana kita lihat wajah yang kebimbangan,
Disana kita lihat mata yang bergenang,
Disana kita lihat wajah yang cuba menyembunyikan kesedihan,
Apa yang kurang , dengan segera disediakan,
Hati dan perasaan yang hiba, cuba ditenangkan,
Semangat dan rasa redha cuba ditingkatkan,    

Pengorbanan diberi tanpa mencipta alasan,
Pengorbanan diberi tanpa mengharapkan balasan,
Pengorbanan diberi tanpa mengharapkan pujian,
Yang tersembunyi ataupun terang-terangan,
Duit, masa dan tenaga tidak kedekut dikorbankan,
Bersaing sesama sendiri,   member ikan  bantuan.

Ikhwah  yang ikhlas dijalan dakwah,
Inilah dia ‘tarbiyah praktikal  ukhuwah’ kita, yang diturunkan ‘modulnya’ daripada Allah SWT.  
Musibah individu  juga musibah bersama,sebagai tarbiyah bagi kita semua,
Semuanya ini untuk mengikat jiwa-jiwa, untuk memateri Indhimaj yang terbina,
Jazakallah buat akh Aizam, atas kursus  praktikal untuk modul tarbiyah kita,      


"Ya Rahman, Ya Rahim, sembuhkanlah akh Aizam dan permudahkanlah urusannya dan jadikanlahnya sabar menghadapi dugaan ini. Kekalkanlahnya tsabat diatas jalan dakwah ini.


Yang menguasai hati-hati kami, kekalkanlah kasih sayang kami, malah tambahkanlah ia lagi, jadikannlah tunggak kasih sayang kami hanya keranaMu dan jadikanlah kami dikalangan mereka yang bertaut hatinya sepertimana generasi dibawah tarbiyah Rasulullah SAW, Ameen"


Sebarang sumbangan boleh diberikan kepada wakil ISMA sarawak
akaun maybank: 152040309890
emel: aburidho08@gmail.com
no telefon: 013-8073201 (sms setelah masukkan)



2 comments:

Abu Humaira said...

semoga tarbiyah dari Allah ini menyatukan kita semua...

kerisauan ana sudah hilang...

rupa2nya, ikhwah/at di sarawak sudah menjaga akh aizam dengan sebaiknya...

jazakallah khair akh....

pecinta dakwah said...

subahanAllah

moga ukhuwah ikhwah sarawak terus solid untuk memacu dakwah

moga akh aizam dikuatkan kesabaran dengan ujian ini dan cepat sembuh

amin~