Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Thursday, February 19, 2009

Comfort Zone?. Sanggupkah anda keluar daripadanya..

Hari ini tengok blog faris iaitu director satu solution tadi...rupa-rupanya dia dah berhenti daripada menjadi banker dan sekarang nie telah bebas dan kini concentrate untuk memajukan syarikatnya....lagipun perniagaannya skrg nie mmg maju...sampai boleh melebihi gajinya skrg ini. Selepas nie satu solution pasti semakin maju dan terus maju..zupppp!!!!!seronok tengok kekawan yang berani macam nie.....semoga dia terus berjaya. Amin

Hari ini saya nak bercakap tentang comfort zone....comfort zone ialah satu keadaan dimana kita sudah selesa berada didalama keadaan kita sekarang ini samada disegi finacially, socially dan places. Contohnya..kita bekerja makan gaji...mmg seronok sebab akhir bulan ...gaji dapat, financially, kita boleh merancang perbelanjaan, suasana seharian.pekerjaan tak banyak berubah...kalau org itu kita tengok hari2, org itu je lah. jadi kita tahu macamana nak handle masalah dan biasanya masalah tak banyak berubah dari satu ke satu. Begitu juga dengan family...masa yg spend is regular, tak adalah sangat kita perlu kerja waktu malam dsbnya....dan inilah yang dipanggil comfort zone...sebab kita selesa dgn kehidupan. Saya bukan mengatakan ia salah......semuanya terpulang pada diri masing-masing.

Manusia ialah satu makhluk yang biasanya takut kepada perubahan. Jadi, apabila kita keluar daripada comfort zone ini, kita akan rasa resah gelisah. Kita sebenarnya telah melalui perubahan daripada comfort zone kepada zone-zone lain sepanjang hidup kita. Contohnya daripada rahim ibu kepada dunia luar (sebab itulah bayi menangis bila keluar sebab dia takut apabila terdedah kepada kesejukan dan dunia comfort dia didalam rahim ibu), apabila kita mula bersekolah (mungkin ada anak2 kita yang meragam, menangis (sebab dia keluara dari comfort zone bersama keluarga ke zone yg asing bagi dia), masa masuk sekolah menengah (mesti keluh kesah, sebab suasana baru, saya mmg rasa gitu), masa masuk universiti, masa mula kerja, masa mula2 kahwin, masa mula2 dapat anak dan sebagainya. Semuanya itu adalah perubahan suasana yg menyebabkan kita resah. Begitu juga masa bertukar tpt kerja atau yg lebih teruk lagi diberhentikan kerja. mintak jauh ler....

Sebab itulah saya nak bagi tips bagi sesiapa yg nak bertukat zone-zone nie...he!!! nie ikut pendapat je.(nak berhenti kerja dan bekerja sendiri. Yg diberhentikan kerja itu mmg perlu persediaan yg cukup )

1. Buat kerja sendiri itu sebagai part time dahulu, sampai pendapatannya dapat menyaingi gaji ataupun melebihi sebulan gaji sebelum berhenti.
2. Buat emergency fund sekurang-kurangnya 6 bulan perbelanjaan bulanan.
3. Cuba kurangkan komitmen bulanan - seperti refinance rumah, cuba habiskan hutang-hutang seperti kad kredit etc.
4. Buat unjuran perbelanjaan sebelum dan selepas berhenti kerja untuk tahu camna.
5. Cuba ambik cuti panjang seminggu atau dua minggu untuk testing kerja sambilan ini, mampu tak menanggung keluarga dan kesesuaian diri anda untuk melakukannya.
6. Tambahkan ilmu didalam kerja sambilan itu dan juga pengurusan kewangan - sebab org kerja sendiri pendapatan tiap-tiap hari..kalau silap2, boleh habis duit tu nanti.
7. Asingkan pendapatan sambilan dan duit gaji - dan cuba testing dahulu, pendapatan sambilan dapat tak menyara keluarga untuk sebulan tanpa menyentuh gaji.
8. Banyakkan solat istikharah dan tawakal kepadanya
9. Last sekali, apabila dah kerja sambilan, beberapa bulan pertama, jangan ambil untuk keluarga dan diri sendiri banyak sangat, ambiklah seperti gaji kita sebulan sebelum ini. contohnya...kalau gaji sebelum ini 4K, ambiklah 4k dahulu untuk belanja keluarga dan selebihnya untuk kompeni kita itu. Ini kerana supaya kompeni kita tu dapat berkembang dengan lebih cepat/membentuk emergency fund kompeni sendiri disamping untuk melatih keluarga supaya tidak berbelanja besar bila dapat tahu suaminya berpendapatan makin besar..he!! he!! (nie kena bincang dengan isteri betul2 nie). Kalau kompeni dah stabil dan dapat berkembang sendiri, bolehlah ambik lebih sikit secara perlahan2lahan untuk keluarga.

Saya betul2 respek dengan org yg dapat terjun ke dunia bekerja sendiri ini. Selain daripada membentuk diri sendiri, mereka memang berani terjun ke dunia yang tak pasti keadaan kewangannya. Semoga berjaya....

No comments: