Hari nie, saya ditemui oleh seorang pakcik awal-awal pagi lagi. Semasa saya nak bersiap bekerja, staf call saya dan beritahu ada kes yg memerlukan perhatian segera. Tergopoh-gapah saya memandu ke klinik.
Semasa saya masuk, pakcik tu dah menunggu, selepas dipanggil, rupa-rupanya pakcik nie sembelit dan terlallu sakit perut. Lepas diberikan ubat, perutnya kembali lega dan sakitnya berkurangan.
Selepas itulah, kamipun berbual panjang. Dia menceritakan serba sedikit tentang dirinya, sudahpun pencen dan kini tinggal bersama dengan isterinya sahaja. Rumahnya memang berdekatan sahaja.
Sayapun tanya, siapa yg hantar ke klinik, pakcik tu diam je dan beritahu dia memandu sendiri dalam keadaan kesakitan. Anak-anaknya tak ada di rumah, semuanya bekerja jauh di KL. Ternampak wajah kesayuan di mukanya.
Maknanya makcik dan pakcik hidup sendiri je lah. Diapun tersenyum sambil berseloroh, “Aha! jadi rasa macam baru-baru kahwin dulu pula”. Sambil tersenyum. Selepas berbual beberapa minit, akhirnya sampai ke topik anak-anaknya. Anak-anaknya memang berjaya, tapi pakcik nie rasa sedih juga sebab tak dapat bersama mereka dan berjumpa cucu-cucu.
Aktivitinya biasanya hanya ke surau, rumah etc…sambil menunggu ajal menjemput diri. Kesihatan mereka berduapun dah mula merosot. Nampak kesayuan di wajahnya….
Terfikir saya tentang anak-anak saya. Apalah takdir mereka nanti. Adakah saya akan seperti pakcik tu, atau mungkin dikelilingi oleh keluarga dan cucu-cucu? Entahlah. Tapi, saya teringat kata-kata mak saya dulu. “Kalau kita menjaga ibubapa kita, maka anak-anak kita akan menjaga kita juga nanti ketika tua”. Mungkin ada betulnya jua (tapi saya lupa nak tanya pakcik tu tadi)
Ibubapa saya menjaga kedua-dua org tuanya ketika kami kecil. Malah segala keperluan mereka dipenuhi dan ketika datuk dan nenek saya sakitpun, mereka berada di rumah kami semasa kami kecil malah meninggal di rumah kami ….teringat saya betapa beratnya tubuh datuk saya ketika nenek minta saya dan adik(yg ketika itu berumur 9 tahun) mengangkat datuk untuk dimandikan. .
Mungkin sebab itulah, ibu dan bapa saya dikelilingi anak-anak dan cucu-cucu kini. Kami paling kurangpun setiap seminggu mesti melawat mereka dikampung. Begitu juga dengan adik beradik saya yg lain. Mungkin disebabkan mereka menjaga ibubapa mereka juga dulu.
Sejak itu, saya azamkan untuk menjaga ibu dan bapa ketika mereka sakit….bukannya untuk mereka, tapi untuk saya sendiri, supaya anak-anak mengambil pengajaran, dan menjaga saya juga nanti ketika tua….Amin.
Jagalah ibubapamu sebelum terlambat...masa itu penyesalan dah tak berguna lagi
Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.
Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.
Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.
Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment