Di sebabkan entri kali ini terlalu panjang, dan pengalaman dengan perokok nie, terlalu banyak, saya akan pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian supaya mudah untuk kita membacanya.
JANGANLAH MENJADI PEROKOK
Pengalaman 1
" Khairol! cubalah dulu!"
" Apa tu?" tanyaku.
" Rokok daun, sedap ooo, Datukpun hisap juga" kata rakanku.
Ku belek-belek rokok daun tu. "sedap ke?, tapi datuk hisap juga" kata hatiku
Ku cuba menghisapnya sambil rakan kampung masa kecilku menyalakan api.
Bila sekali hisap je, rasa pedih dadaku, berhangat rasa mulutku sampai ke mata. Berair mata dibuatnya, sambil aku terus terbatuk-batuk!!!"
"Tak sedap! Tak sedap!" kataku sambil membuang rokok daun tu. Aku terus tarik tangan
rakanku,
" Jom pergi main". Kami terus bermain tanpa berfikir tentang rokok lagi.
Itulah pemikiran budak berumur 9 tahun. Apa sahaja yang dibuat atau dilakukan oleh orang dewasa, maka ia pasti akan ditirunya. Pemikiran masa tu ialah, kalau atuk atau ayah yang buat, mestilah ok, atau memang bagus.
Jadi, rasa ingin mengikut ini, akan berubah menjadi rasa ingin mencuba-cuba dan akhirnya, terjebaklah mereka menjadi perokok pada usia yang terlalu muda. Sebab itulah, saya selalu menasihatkan pesakit saya, kalau rasa dah tak terdaya nak berhenti merokok, paling kurang, sembunyilah ketika nak merokok. Paling kurang, anak-anak takkan mengikut dia merokok.
Pengalaman 2
Teringat saya ketika saya tengah membuat konsultasi dengan seorang pelajar universiti.
Ketika itu saya tengah memberikan galakan kepadanya berhenti merokok. Dia duduk diam je
mendengar 'ceramah' saya.
" Kalau awak nak tahu, merokok nie dah diharamkan didalam Islam". kata saya.
" Tapi, pakcik-pakcik kat surau merokok juga, seronok lagi tengok dia orang merokok" katanya
" Kalau dia orang nak bunuh diri awak nak ikut ke?Kalau dia orang nak terjun dalam tong taik, awak nak ikut ke? (nie ayat yang selalu ayah saya guna masa kecil - terima kasih ayah).
Terkedu dia dibuatnya. Mungkin dia tak sangka seorang doktor boleh membentak begitu.
Akhirnya dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
Begitulah resam dunia, si muda akan mengikut teladan dari si tua. Tapi, persoalannya, adakah
semua yang si tua buat, boleh diikuti?
Mungkin ada yang akan kata, mereka lebih banyak makan garam, tentulah kita kena ikut apa
yang mereka buat. Tapi, Allah juga mengurniakan kita akal fikiran, untuk berfikir, memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk,maka kita juga boleh dipersalahkan jika kita menjadi perokok.
Perokok selalu menyalahkan orang lain jika mereka merokok. Ada yang menyalahkan Ayah, keluarga, iklan, rakan-rakan, dan lain-lain. Kalau kambing boleh disalahkan, mungkin nama kambingpun boleh masuk sekali.
Tapi, Allah telah mengurniakan kita akal fikiran untuk memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk, maka terpulanglah kepada kita untuk membuat keputusan. Tepuk kepala, tanya Iman.
Pengalaman 3
Teringat satu ketika saya tengah memberi konsultasi kepada seorang pakcik yang menghidap masalah darah tinggi. Pakcik nie nampak baik, memakai kopiah dan memakai kain sarung dan baju melayu. Mungkin pakcik tu baru balik dari masjid.
----->>>> bersambung pada entri yang akan datang.
No comments:
Post a Comment