Aku benci rokok 2 – Dosa dan pahala berantai.
Teringat satu ketika aku tengah memberi konsultasi kepada seorang pakcik yang menghidap masalah darah tinggi. Pakcik nie nampak baik, memakai kopiah dan memakai kain sarung dan baju melayu. Mungkin pakcik tu baru balik dari masjid.
Selepas membuat pemeriksaan, darahnya masih tinggi. Aku boleh menghidu bau rokok daripada mulutnya. Mungkin lepas merokok atau memang dah lama merokok.
“ Pakcik merokok ye!” Pakcik tu menganggukkan kepala. Selepas memberikan sedikit penerangan tentang rokok kami sampai kepada hukum merokok.
“ Pakcik tahu hukum merokok apa?”
“ Makruh!” katanya dengan yakin.
“ Dah haram pakcik, masa dulu mungkin makruh, sekarang nie, dah haram” kata saya bersungguh-sungguh.
“ Kalau camtu. Pakcik ikut fatwa ulamak dahulu je lah yang kata makruh”. katanya menjawab. Terkejut juga dibuatnya.
“ Mana boleh camtu pakcik, kita kena ikut fatwa semasa, bukan mengambil fatwa lama” Pakcik tu mencebikkan mulutnya. Susah betullah, orang tua nie, memang payah nak ubah pendiriannya. Penerangan lebih lanjut aku berikan, namun dia nampak macam nak tak nak je menerima penerangan daripada orang yang lebih muda.
Aku berfikir, mesti ada sudut lain yang boleh aku sentuh yang mungkin boleh menyentuh hatinya. Akhirnya, Alhamdulillah, Allah memberikan aku idea baru.
“Pakcik selalu tak ke masjid?
“ Selalu, hampir setiap malam”
“ Pakcik selalu tak merokok dianjung masjid/pondok ke?”
“ Adalah juga doktor” katanya sambil tersenyum.
“ Saya nak cerita satu pengalaman saya, boleh tak” Dia menganggukkan kepalanya. Saya terus menceritakan kisah pengalaman bersama pelajar universiti (boleh rujuk kedalam dalam entri Aku benci rokok 1, pengalaman 2 sebelum ini )
“Pakcik bagus, pakcik ke masjid, saya kagum dengan pakcik, tapi, cuba pakcik tengok hujah pemuda tadi, kerana melihat orang-orang surau merokok, dia terus menanggap tidak mengapa juga merokok. Pakcik dah dapat dosa FREE je!” kata saya.
“ Itu kalau seorang, kalau sepuluh orang pemuda seperti dia yang nampak pakcik merokok sambil sembahyang masjid, dan mereka menjadi perokok, berapa banyak dah dosa pakcik” Pakcik tu masih menundukkan kepalanya.
“ Dan kalau mereka memberitahu rakan-rakan mereka, berapa banyak lagi dosa Pakcik, tak terkira kan ? Pakcik pergilah sembahyang masjid, tertungang-tunggit tapi jika masih ada perkara HARAM yang pakcik buat, semua pahala tu takkan sampai kepada Allah.” Kata saya cuba memberikan pukulan terakhir.
“ Dan kalaulah pakcik tak berhenti merokok dalam usia pakcik yang menghampiri kubur nie, apakah amalan pakcik selama ini dapat menyelamatkan pakcik nanti? Sedangkan amalan-amalan kebaikan itu disekat daripada dihitung?. Pada masa nie, saya nampak mata pakcik nie dah mula bergenang air matanya.
“ Dan kalaulah pakcik dah masuk ke dalam kubur, semua dosa nie tetap dikira sehinggalah ke hari perhitungan. Pakcik rasa, banyak tak? “ Pakcik tu menganggukkan kepalanya. Barulah saya nampak sikit rasa keinsafan di dalam wajahnya.
“ Pakcik mesti berhenti, bukan kerana kesihatan, bukan kerana keluarga tapi kerana maut yang semakin hampir mengambil pakcik”. Kata saya memberikan pukulan terakhir. Mungkin terasa sedikit kasar, tapi saya sentiasa berharap, pakcik nie akan berhenti ataupun cuba untuk berhenti selepas mendengar apa yang saya katakan.
Itulah dia yang saya katakan sebagai dosa berantai. Maknanya daripada satu ke seorang dan kepada seorang yang lain. Dosanya akan berlipat kali ganda daripada seorang kepada seorang yang lain.
Mungkin kita biasa dengan surat berantai, tetapi kita tak familiar dengan dosa berantai.Seperti juga kita menulis didalam web, setiap apa yang kita tulis akan dibaca oleh ramai orang, sampaikan orang yang kita tak kenal sekalipun.
Seorang akan mengkopi entri kita dan dikopi oleh orang lain dan orang lain akan membacanya. Sebab itulah, kita perlu berhati-hati semasa menulis di web. Tulislah segala perkara kebaikan sahaja, sebab dengan menulis perkara kebaikan, ia boleh menjadi pahala berantai untuk kita.
Pengalaman 4
Setiap orang berbeza responnya bila diberikan kaunseling berhenti merokok. Dalam menggalakkan orang berhenti merokok,5 perkara kesan merokok yang biasa saya sentuh ialah kesan rokok pada kesihatan, kewangan, keluarga, masyarakat dan agama.
Ada orang yang lebih kepada agama, ada yang lebih kepada kesihatan dsbnya. Semuanya berbeza dan sebagai umat Islam, kita perlu tahu kenapa kita berhenti merokok. Disini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya..
------------> Bersambung di entri Aku benci Rokok 3
No comments:
Post a Comment