Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Tuesday, December 9, 2008

Modified Dapur

Saya nak cerita sikit pasal renovation rumah nie....skrg nie saya tengah renovate dapur...
tujuannya hanyalah kerana isteri dah mintak dan saya dah janji.he!!!!

So, saya bahagikan kepada 2 fasa. sebelum nie dah habis fasa 1.

Fasa 1, melibatkan extension dapur ke belakang dalam 5 meter lagi dan buat bumbung baru bersama dengan stor dibelakang. Kosnya agak banyak jugak, niepun menggunakan pekerja indon je
Upah - RM5.6K
Barang2 - RM8.5K
Grille - RM2K.
all in all dalam 16 k
semua kos fasa 1 nie saya yang tanggung, terasa ler jugak. kos brg yang paling terasa ialah kos membeli tile..hampir dekat RM2k.

Fasa 2
fasa 2 nie, isteri yg bayar, kalau tunggu saya gamaknya 3-4 tahun lagi baru saya buat. baru-baru nie dpt duit EPF, terus dia nak buat. fasa nie adalah untuk renovate dapur lama supaya cantik sikit dan tilekan stor lama. budget 10 k...tapi rasanya tak cukup he!!! baru dia terasa camna kena keluar duit.
basically costnya
upah - 2k
barang2- setakat nie 2k dah terbang
dapur dan hood - dekat 1k
kabinet - quotation mintak 6.3K
mahal jugak rupanya kabinet nie..he!!!

tips untuk yang nak modifie dapur
1. banyakkan buat rujukan kat buku - impiana dapur mmg bagus
2. tile belikan tile yg tak licin -= bahaya kalau licin, sbb dapur memang selalu basah.
3. pastikan kaler tu mmg segar..kalau tak muram je dapur

rasanya tu aje enjoy..nanti saya upload gambar dapur saya




No comments: