Sepanjang menjadi doktor nie, ramai sudah mereka yang bertanya apa hukum merokok. Saya selalu berpegang kepada hukumnya haram kerana mengetahui dan melihat banyak mereka yang sakit disebabkan oleh merokok. Malah banyak kajian yang dijalankan, tidak mendapati bahawa merokok membahayakan kesihatan. Tapi, timbul pula persoalan..nie yg patient yang merokok banyak tanya apabila saya beritahu hukum merokok adalah haram....
1. kalau rokok membahayakan, kenapa tidak dihukumkan haram dari dahulu lagi?
2. Kenapa pak haji yg duduk di masijd merokok juga? ...nie seorang yg muda tanya.....terkejut juga.
3. Kenapa kerajaan tak umumkanpun hukum merokok nie haram macam yoga baru-baru nie?
Jadi, untuk menjawabnya kita kena ketahui sejarahnya dahulu (saya ada terbaca power point presentation ttg sejarah rokok nie). Rokok nie mula di komersilkan dizaman era akhir abad ke 18 sehinggalah sekarang nie. Pada mula2 kajian, tidak banyak yang diketahui ttg kesan merokok nie dan kebanyakan kajian dijalankan/dibiayai oleh syarikat2 rokok. Jadi, ulamak2 terdahulu, menghukumkannya makruh hanya disebabkan oleh baunya, sama seperti hukum petai dan seangkatan dengannya.
Tapi, satu kejadian berlaku di Amerika pada awal 80an yg mengubah segalanya iaitu apabila keputusan mahkamah meminta semua syarikat rokok membenarkan hasil kajian disebarkan/diberikan kepada umum. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa syarikat2 rokok telah lama mengetahui kesan buruk merokok seperti lung cancer, mati pucuk dsbnya tapi dirahsiakan didalam gudang mereka.
Disebabkan itulah,banyak ulamak di negara Islam telah mengkaji semula hukum merokok ini dan ianya diikuti oleh Malaysia pada tahun 1990an. Rasanya cerita ini telah menjawab soalan pertama.
Kenapa rokok tidak diwartakan haram di Malaysia walaupun ulamak telah mengatakan haram, kerana pengaruh syarikat2 rokok terhadap ekonomi negara telah terlalu mendalam dan menebal. Sebab itu tak ada poster ttg hukum merokok haram..tapi dadah memang ada diumumkan haram (kalau perasan ada poster disetiap masjid..Dadah adalah Haram)
Pasal yang pak-pak haji merokok di surau dan membuat bad impression tu..no komen....mungkin mereka belum tahu ataupun buat2 tak tahu, Semuanya bergantung pada diri masing2.
Antara kesan yang diketahui ialah kanser perut, hati, paru-paru, hidung, mati pucuk, menambah risiko untuk terkena penyakit seperti angin ahmar, sakit jantung, dan seribu satu macam penyakit.
Nasihat saya, berhentilah merokok...tak der faedahnya disamping membazirkan duit je. Mari kita buat calculation.Katalah seorang merokok sekotak sehari semenjak umur dia 17 tahun (nie umur tipikal start merokok..lepas habis sekolah.) dan skrg dia dah nak pencen ( umur 58 tahun)
katalah harga sekotak dalam RM10 (memudahkan calculation)
RM10 X 365 hari X (58-17 tahun)
RM3650/tahun X 41 tahun
= RM149,650 ...wow!!! dekat nak 150k....sama dengan sebuah rumah sederhana yang kita boleh tinggal persaraan..nie tak campur interest lagi kalau simpan kat ASB...mahu sampai 250-300k...kalau ada nie, bolehlah jadikan pasi income secara bulanan seperti pencen.
cakaplah "TAK NAK!!!"
Saya ada file berkenaan hukum merokok nie yg lebih terperinci dalam 4 mukasurat oleh Dr Danial...sesiapa yang nak, boleh bagi emai kat ruang comment.
Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.
Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.
Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.
Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:
Thursday, December 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum. ana mahu fail yang dinyatakan pada penutup artikel ini. terima kasih.
#email ana: suranyzsa_mos@ymail.com.
Post a Comment