Kadang-kadang kita berada dipersimpangan jalan untuk memilih jalan yang perlu kita ikuti. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa yang kita mahu. Memang ada perbezaannya.
Itulah perbezaan antara kita dan haiwan. Kita mempunyai pilihan untuk melakukan apa sahaja. Haiwan apabila dia lapar, dia akan makan tak kira apa. Tapi, kita pabila kita lapar, kalau makanan tak sedap, tidak semestinya kita akan makan. mungkin kita akan tangguhkan dan makan kemudian atau makan diluar.
Begitu jugalah dalam kehidupan kita. Setiap hari kita membuat keputusan. Sedar atau tidak, setiap keputusan kita menentukan bentuk kehidupan kita, paling kurang untuk hari yang sama ataupun hari esoknya. Contohnya, pagi tadi saya membuat keputusan untuk pergi kerja dengan van, natijahnya ialah saya selamat daripada hujan. Kalaulah saya membuat keputusan untuk menggunakan motor seperti biasa, tentulah saya basah kuyup semasa dalam perjalanan pulang. Itulah keputusan yang perlu kita pilih.
Sebab itulah kita diberikan pilihan. Jika kita memilih untuk tidur selama 10-12 jam hari ini, kita akan kerugian masa dan jika kita memilih untuk tidur 6 jam sahaja hari ini, mesti lebih baik kerja yang dapat kita lakukan. - mengikut kajian manusia memerlukan 4-6 jam sahaja masa tidur yang berkualiti setiap hari. Jadi sedar dan tidak sedar, kita membuat keputusan hampir sepanjang masa, dan natijahnya kadang-kadang diperolehi terus dan kadang-kadang dirasai dimasa yang lain.
Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.
Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.
Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.
No comments:
Post a Comment