Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Tuesday, November 3, 2009

Pengajaran dari kisah pakcik yang sakit sembelit.....

Hari nie, saya ditemui oleh seorang pakcik awal-awal pagi lagi. Semasa saya nak bersiap bekerja, staf call saya dan beritahu ada kes yg memerlukan perhatian segera. Tergopoh-gapah saya memandu ke klinik.

Semasa saya masuk, pakcik tu dah menunggu, selepas dipanggil, rupa-rupanya pakcik nie sembelit dan terlallu sakit perut. Lepas diberikan ubat, perutnya kembali lega dan sakitnya berkurangan.

Selepas itulah, kamipun berbual panjang. Dia menceritakan serba sedikit tentang dirinya, sudahpun pencen dan kini tinggal bersama dengan isterinya sahaja. Rumahnya memang berdekatan sahaja.

Sayapun tanya, siapa yg hantar ke klinik, pakcik tu diam je dan beritahu dia memandu sendiri dalam keadaan kesakitan. Anak-anaknya tak ada di rumah, semuanya bekerja jauh di KL. Ternampak wajah kesayuan di mukanya.

Maknanya makcik dan pakcik hidup sendiri je lah. Diapun tersenyum sambil berseloroh, “Aha! jadi rasa macam baru-baru kahwin dulu pula”. Sambil tersenyum. Selepas berbual beberapa minit, akhirnya sampai ke topik anak-anaknya. Anak-anaknya memang berjaya, tapi pakcik nie rasa sedih juga sebab tak dapat bersama mereka dan berjumpa cucu-cucu.

Aktivitinya biasanya hanya ke surau, rumah etc…sambil menunggu ajal menjemput diri. Kesihatan mereka berduapun dah mula merosot. Nampak kesayuan di wajahnya….

Terfikir saya tentang anak-anak saya. Apalah takdir mereka nanti. Adakah saya akan seperti pakcik tu, atau mungkin dikelilingi oleh keluarga dan cucu-cucu? Entahlah. Tapi, saya teringat kata-kata mak saya dulu. “Kalau kita menjaga ibubapa kita, maka anak-anak kita akan menjaga kita juga nanti ketika tua”. Mungkin ada betulnya jua (tapi saya lupa nak tanya pakcik tu tadi)

Ibubapa saya menjaga kedua-dua org tuanya ketika kami kecil. Malah segala keperluan mereka dipenuhi dan ketika datuk dan nenek saya sakitpun, mereka berada di rumah kami semasa kami kecil malah meninggal di rumah kami ….teringat saya betapa beratnya tubuh datuk saya ketika nenek minta saya dan adik(yg ketika itu berumur 9 tahun) mengangkat datuk untuk dimandikan. .

Mungkin sebab itulah, ibu dan bapa saya dikelilingi anak-anak dan cucu-cucu kini. Kami paling kurangpun setiap seminggu mesti melawat mereka dikampung. Begitu juga dengan adik beradik saya yg lain. Mungkin disebabkan mereka menjaga ibubapa mereka juga dulu.

Sejak itu, saya azamkan untuk menjaga ibu dan bapa ketika mereka sakit….bukannya untuk mereka, tapi untuk saya sendiri, supaya anak-anak mengambil pengajaran, dan menjaga saya juga nanti ketika tua….Amin.

Jagalah ibubapamu sebelum terlambat...masa itu penyesalan dah tak berguna lagi

Thursday, October 29, 2009

Alasan yang tidak logik......!!!!

Hari ini saya nak share satu cerita.....

Ketika saya sedang memeriksa seorang nenek, nenek nie dibawa oleh dua org anaknya, ataupun mungkin anak dan menantunya (sayapun tak bertanya lanjut). Dia nie, mengidap asma yang agak serius sehingga ke peringkat dia tidakdapat bercakap. Ketika itu dalam pukul 1 pagi.

Selepas pemeriksaan, saya dapati dia mempunyai risiko yang terlalu tinggi disebabkan faktor usia dan asma yang teruk dan memerlukan rawatan segera di hospital berdekatan. Ini untuk mengelakkan pesakit collapse dan memerlukan rawatan segera yang hanya terdapat di hospital. Selepas menerangkan tentang pesakit.....
(A: anak, D: doktor)

A: Tak dapat dirawat disini sahaja ke doktor?
D: Tak dapat, risikonya terlalu tinggi, kalau pesakit tiba-tiba collapse, kami tidak mempunyai kelengkapan untuk menangani kes-kes seperti ini yang memerlukan rawatan kritikal.
A: Doktor buat je lah, nanti kita tengok hasilnya?
D: Terlalu bahaya, kalau berlaku kemungkinan besar boleh membawa kepada maut.
A: Nie ok je Doktor, Dr cuba le dulu, mana tahu dia ok lepas neb atau injection ke?
D: berdasarkan pengalaman, kes-kes seperti ini perlu dirawat di bilik kecemasan dan bukannya di klinik. risikonya terlalu tinggi (saya dah mula rasa tak senang dengan alasan2 ini)
A: Nanti kalau bawa ke emergency, kena tunggu lama...kami kena kerja esok pagi doktor.
D: Tak, kes-kes seperti ini akan dirawat dengan segera, kalau perlu, saya akan buat surat rujukan.
A: Susahlah doktor, doktor cubalah dulu,letih nanti kami tunggu lama.
D: Kalau rasa tak nak tunggu lama, bolehlah pergi ke hospital swasta, mereka masih buka lagi (masa nie, saya dah mula geram dengan sikap anak2-anaknya)
A: Mahal sangat hospital swasta. Tak per lah doktor, doktor bagilah neb ke, injeksen ke,berapa cas nya kami akan bayar.....
D: Tak dapat (sambil menggeleng-gelengkan kepala, rasa marah sudah mula naik melihat alasan demi alasan yang diberi, rasa kesian pula kat nenek tu yang tercungap-cungap macam ikan dilepmparkan ke darat menarik nafas)
A: Doktor try dulu, kalau emergency sangat kita hantar ke hospital, camna doktor?
D: (saya hanya mendiamkan diri sambil menggeleng kepala),
Selepas itu mereka berbincang sesama mereka akan kepututsan yang perlu dibuat. Masa nie, saya dah kesian betul tengok nenek yang semakin lemah dan mula susah hendak sedar. Kesabaran saya dah sampai ke kemuncaknya.
D: Awak mahu tengok mak awak meninggal ke?!!! (kata saya membentak)
D: Kalau awak mahu tengok dia meninggal, pergilah berbincang lagi, setiap masa awak berbincang, mungkin masa tu dah terlambat untuk menyelamatkan dia!!!! (tersentak kedua-dua mereka)

Akhirnya mereka tergopoh-gapah membawa ibunya yang semakin lemah ke hospital. Sambil salah seorang mereka berkata " Buang masa je lah kita datang ke sini"!!!! sambil mencebikkan mukanya yang memang didengar oleh saya dan staf yang ada berdekatan.

Beristighfar saya mendengar kata-kata itu....... Cuba kita fikirkan, kalau anak kita yang sesak nafas begitu, apa yang sanggup kita buat?. Kita sanggup menunggu sampai pagipun untuk menerima rawatan yang bagus untuk anak-anak kita. Bukan itu sahaja, mungkin kita sanggup mengeluarkan berapa ribu atau puluhan ribu untuk merawat mereka.

Tapi KENAPA? apabila ibu yang sudah tua sakit, separuh nyawa, kita masih memberikan alasan-demi alasan? Kenapa kita masih mencari-cari dan berbincang-bincang, apakah cara yang terbaik, sambil memikirkan alternatif yang menyenangkan kita?  Sedangkan dengan anak kita, kita mahu memberikan yang terbaik untuk mereka?

CUBA BAYANGKAN? Ketika kita kecil, apa yang ibu tua itu sanggup lakukan untuk kita? Membasuh najis kita, menyuap kita, menenangkan kita ketika kita bermimpi dimalam hari, sanggup berjalan menempuh hujan lebat agar anaknya tidak kebasahan sedangkan dia kebasahan, memberikan anaknya selimut, sedangkan dia kesejukan dimalam hari?

ADAKAH BEGITU MUDAH UNTUK KITA MEMINGGIRKAN IBU DARIPADA KEHIDUPAN KITA

p/s petua kalau merasakan begitu berat untuk mengutamakan ibu ketika ibu meminta sesuatu dari kita - cuba tengok wajah anak kita, apa yang kita sanggup lakukan untuk dia-dan kemudian cuba bayangkan, apa yang ibu yang tua sanggup lakukan untuk kita ketika kita kecil. InysaAllah, keinsafan akan menyelinap masuk ke hati. Amin

Akhir sekali, lihatlah video ini, semoga keinsafan meresap di hati..

Friday, October 23, 2009

Kasiih Ibu versus kasih anak?- Pengajaran dari 2 peristiwa.

Salam,ingin berkongsi dua kejadian yang memang benar2 berlaku......

Peristiwa 1


Hari tu, seorang pesakit datang, makcik yang agak tua bersama dengan anak lelakinya.Makcik nie, tengah sakit dan tengah muntah2. Ketika sampaipun dia tengah menahan muntahnya. Baru je masuk, masa nak register, makcik tupun muntah. Mungkin kena food poisoning kot.

Bergegaslah staf datang untuk memberi tisu dan air kepadanya sambil mengontrol muntahnya. Lepas tu, diapun dipimpin masuk ke bilik berjumpa saya. Semasa pemeriksaanpun, makcik tu muntah sekali lagi (mungkin isi perutnya tak habis lagi kot). Saya tunggu je, sambil memberi tuala, air dan meletakkan tong sampah untuk dia muntah.

Selepas diberikan suntikan, diapun nak keluar. Sayapun suruh panggil anaknya. Anaknya rupa-rupanya sepanjang masa itu duduk  diluar (bukan luar bilik, tapi diluar klinik), mungkin tak tahan bau muntah kot. Terkocoh-kocohnya anaknya bawa ibunya sambil menampakkan wajah geli dengan muntah ibunya.

Peristiwa 2


Satu hari anak saya yang berummur 2 tahun lebih, demam sikit tapi still mahu jalan2 naik kereta. Kamipun bawaklah dia bersama abang dan kakaknya. Semasa perjalanan pergi, ok je, tapi semasa perjalanan balik,dia lembik je.

Tiba-tiba, diapun muntah dengan banyaknya.Baunya bukan main lagi. Apa yang isteri saya buat, ialah tadah muntahnya dengan tangan (2 kali dia muntah). Tak cukup dengan tangan, terpaksa ditadah dengan bajunya pula. Habis baju isteri saya.

Kami terpaksa memberhentikan kereta untuk membuang muntah yang ditangan dan memberishkan mulut anak dan memberinya minum air kosong sedikit

Persoalannya : mana satu yang anda pilih?. Peristiwa yang sama, tapi reaksi yang berbeza. Adakah si anak dah kurang kasihnya kepada si ibu?. Atau si ibu memang mengasihi anak? So, skrg nie, Kasih anak kepada ibu versus kasih Ibu kepada anak? Siapa yang menang.

"Ya Allah! Jadikanlah anak-anakku, mereka yang taat dan mengasihi kedua ibubapanya"

Tuesday, October 13, 2009

Mendidik anak biarlah dari rumah...bukannya dari sekolah...

Hari ini, satu pengalaman yang cukup menginsafkan didalam mendidik anak-anak nie. Ada seorang kakak (umur 40an). Pakaiannya memang islamik, memakai baju kurung dan bertudung yang agak labuh menutup dada. Selepas konsultasi, kami terlekat topik yang dia menghantar anaknya ke sekolah agama. Bukannya di Kuching, tetapi sanggup menghantar mereka ke sekolah swasta iaitu sekolah tahfiz di KL. Bukan seorang, tapi 3 org anak-anaknya. Yang kecil sekali baru je berumur 9 tahun dan sdg bercuti di rumah.

Kagum rasanya. Sanggup menghabiskan duit kerana ingin melihat anak-anak berjaya terutamanya di dunia. Harapannya cukup besar, supaya anak membesar menjadi hafiz dan hafizah dan mampu membela nasib ibubapa di akhirat kelak. Masa itulah, sayapun terdetik untuk mengikut jejak yg sama dalam mendidik anak2. Sorangpun jadilah, kata saya dalam hati. Selepas konsultasi, sayapun ke luar bilik ke kaunter hadapan. Kebetulan kakak tu masih ada dihadapan dan anaknya yang sekolah di sekolah tahfiz itupun ada sama.

Tapi,apabila melihat anaknya, sayapun termenung sekejap. Anaknya memakai baju t-shirt dan skirt pendek, sehingga ke paras atas lutut. Inikah bakal hafizah yang diharap-harapkan itu? Walaupun dia baru berumur 9 tahun, tapi, inikah didikan yang diberikan di rumah?. Adakah masalah aurat perempuan tidak ditekankan di sekolah? Termenung saya sekejap selepas itu. Sedangkan mendedahkan aurat itu adalah perkara yang haram, tentulah sekolah ada mengajar perkara berkenaan, tetapi kenapa ketika di luar sekolah, aurat boleh didedahkan begitu sahaja.? Dan yang pelik lagi, ibu yang tahu hukumnya (mungkin tak memahaminya) boleh membiarkan sahaja?

Adakah didikan sekolah dan rumah berlainan?

Kekadang ada ibubapa yang terlalu mengharapkan sekolah untuk mengajar tentang agama/islam kepada anak2. Sekolah sudah menyediakan guru agama. Ttak cukup dengan itu, sistem pengajara JQAF telah diterapkan untuk mengajar anak-anak supaya agamanya kukuh semenjak sekolah rendah lagi. Tak cukup dengan itu, pelbagai cara dan aktiviti di ajar di sekolahyang berkaitan dengan agama. Peruntukan diberikan untuk menyambut hari-hari kebesaran Islam, hampir setiap sekolah mempunyai surau sekolah dan bermacam-macam lagi. Tapi adakah itu mencukupi untuk mengisi hati anak-anak dengan iman?

Iman itu tidak dapat diwarisi? tapi dapat dididik kepada hati.

Bayangkan, kalau anak kita sudah habis sekolah menengah bermakna dia sudah berumur 17 tahun, bermakna sudah 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah. maknanya hanya 6 tahun dia bersama kita dan selepas itu masanya banyak disekolah.Logiknya, pendidikan sekolahlah yang utama betul tak? SALAH.! Mereka berada di sekolah dari 7 am hingga 5pm (nie kes ekstrem nie) tapi selebihnya 5pm-7am (lebih 14 jam) mereka bersama kita dirumah. Mungkin ini campur dengan tidur, mungkin kurang lagi. So, kalau kira-kira dan congak-congak, tentulah lebih banyak/ataupun sama masanya. Tapi, tahukah anda, anak2 lebih mengikut ibubapa berbanding guru. Cuba tanya, siapa yang sanggup kamu ikut, rata-rata akan mengikut sikap dan perangai ibubapanya.

6 tahun pertama adalah masa yang cukup genting. Mengikut ahli psikologi kanak-kanak, usia bawah 6 tahun adalah usia dimana pendidikan masa itu, akan membentuk peribadi anak-anak (sebab itulah anak-anak banyak mengikut peribadi ibubapa - kalau ibubapa suka marah-marah, anak-anak pasti mengikut juga.). Gagalnya didikan semasa bawah usia 6 tahun, maka akan nampak pada peribadi umur selepas itu.

Selepas umur 7 tahun ke atas, anak-anak sudah pandai berfikir (sebab itulah Islam menyuruh mengajar anak sembahyang masa berumur 7 tahun), dan rakan-rakan akan banyak membentuk peribadi mereka. Masa inilah, anak-anak membentuk peribadi tersendiri yang unik, hasil gabungan pengaruh ibubapa dan rakan. Jadi, sebab itulah pembentukan di rumah cukup penting, sebab ia menjadi asas kepada pembentukan peribadi mereka di sekolah dan bukan sebaliknya (pengaruh sekolah akan membentuk peribadi mereka di rumah)

Mengharapkan sekolah mendidik anak-anak.

Jadi pendapat mengharapkan sekolah mendidik anak-anak adalah SALAH. Rumah sebenarnya mendidik dan membentuk peribadi anak-anak dari awal sehinggalah dewasa. Gagalnya anak-anak dari segi akhlak, adalah gagalnya pendidikan di rumah (tapi bukannya 100%).

Ketegasan dirumah seperti apa yang diajar oleh Islam seperti menutup aurat, mengerjakan solat dsbnya adalah cukup penting dan tidak boleh dipandang ringan. Islam telah mengajar bila perlu auratnya ditutup, bila anak-anak perlu diajar sembahyang, bila anak perlu diajar berpuasa, bila anak boleh dipukul jika tidak solat dll. Semuanya telah diajar oleh Rasulullah dan Al-Quran.Tapi, sebagai ibubapa kita mengambil mudah perkara aurat dan solat. Kita meringan-ringankan hukumnya dengan alasan yang dangkal seperti masih kecil lagi, kesian dia, nanti dia belajarlah di sekolah dll. Tapi, tahukah kita, itulah cara tarbiyah yang diajar oleh ALLAH, yang menciptakan anak-anak kita, dan sudah tentulah dia yang Maha Mengetahui apa yang mampu dilakukan dan difikirkan oleh minda dan jiwa anak-anak yang kecil ini.  

Maafkan Ayah anakku !

Seandainya ayah tidak mampu bertegas pada perkara yang sepatutnya dan berlembut pada perkara yang sepatutnya seperti yang diajar oleh Rasulullah dan Islam

Maafkan Ayah Anakku,

Jika, Ayah tidak dapat menjadi contoh yang terbaik buatmu. Janganlah ambil ayah sebagai contoh dan idolamu, tapi ambillah Rasulullah sebagai idolamu.

AMIN

Saturday, October 10, 2009

Membuat keputusan harian berasaskan Islam

Ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah satu cara kehidupan....betul ke?. Atau cuma dimulut tetapi tidak dihati. Semua meyakininya, semua mengatakan bahawa daripada bangun subuh sampai ke malam/tidur, Islam pasti ada panduan.

Bangun tidur baca doa, lepas baca doa, bangun dan bersedia untuk subuh etc.etc....Rasanya semua tahu perkara ini. Tapi, kita juga perlu ingat, setiap hari kita membuat keputusan. Samada keputusan besar ataupun kecil. Hari ini saya nak bercakap tentang keputusan yang kecil.

Contohnya kita bangun tidur, malas betul rasanya bila azan berkumandang, rasa malas nak ke surau....tapi bila teringat "solat berjemaah lebih baik dari solat seorang 7 kali ganda"...gagahkan diri untuk solat di masjid. Inikan juga panduan daripada Allah/Rasul. Tapi, kadang-kadang, walaupun panduan telah ada, kita memalingkan diri daripada panduan itu.

Contohnya..katakan anak perempuan kita minta izin keluar dengan kawan lelakinya....kita selalu berfikir secara logik....." bagus anak aku nie, minta izin,,,baik dia"...bila tengok si lelakinya..."bagus budak lelaki nie, aku kenal keluarganya, keluarga org yg baik2" ......kita tanya ke mana " dia cakap ke library utk study...kitapun berfikir" takperlah diorang nak study...biarkanlah"........kemudian kita fikir..."Alah biasalah bebudak zaman sekarang nie, belajar sesama lelaki dan perempuan, tak apalah"...ha! ok, pergilah nak....? TAPI! adakah ini yang Islam anjurkan?.....apabila Allah berfirman dalam Al-Quran " Janganlah kamu mendekati zina".. bermakna perbuatan yang mendekati zina seperti keluar berdua-duaan, berpegangan tangan juga turut di haramkan...Atau adakah pernah kita denganr ayat yang kata, "Jangan kamu mendekati zina...tapi dibolehkan jika budak lelakinya boleh dipercayai?....adakah hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram itu boleh dipermainkan dengan sebarangan sahaja?

Beginilah contohnya yang perlu kita fikirkan. Setiap masa kita perlu membuat keputusan dalam kehidupan berkaitan diri dan org disekeliling kita. Tapi, adakah kita mendahulukan hukum Islam ataupun logik akal kita?
Teringat kisah As-syahid Hasan Al-Banna, pernah ditanya apabila dua golongan di satu kampung berbalah berkenaan berapa rakaat solat terawih yang akan dikerjakan di masjid mereka ...21 atau 8 rakaat?. Jawabnya, solat terawih itu hukumnya sunat sedangkan perpaduan itu hukumnya wajib. mana lebih afdhal?. akhirnya dia menggesa semua lebih baik sembahyang di rumah masing2 sahaja untuk mengekalkan perpaduan jika jumlah rakaat masih tidak dapat dipersetujui....

Beginilah kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian kita.Sebelum melakukan sesuatu, fikirkan hukumnya didalam Islam, selepas itu jika dah tahu, buatlah pilihan yang terbaik.wallahualam.

Wednesday, September 2, 2009

Mengajar anak berpuasa

Baru-baru ini,semasa awal Ramadhan, saya berazam untuk megajar anak berpuasa. Sebab umurnyapun dah 6 tahun kakaknya dan 5 tahun adik lelakinya. So, sebelum ramadhan lagi dah beritahu supaya berpuasa. Cuma yang selalu bermain di minda saya, ialah bagaimana nak memberikan semangat untuk anak berpuasa….bila ditanya masa puasa kena buat apa mesti dijawabnya “Jangan makan, jangan minum, jangan korek hidung”…tersenyum saya dibuatnya.

So, malam sebelum ramadhan, kami sembahyang terawih di masjid. Alhamdulillah, anak-anak saya tak adalah macam budak lain yang berlari-lari. Dia ikut je org sembahyang walaupun tertengok-tengok kiri kanan. Entah sah atau tidak solatnya…tak pelah baru 5 tahun. Pagi esoknya memang liat untuk makan sahur, tapi dipaksa juga, terpaksalah saya menyuap kedua-duanya baru mahu makan. Tu pun dah sejam sebelum habis waktu saya dah gerakkan. Biasalah budak2.

Hari pertama Ramadhan memang cukup mencabar bagi anak-anak. Mahu tak mahu terpaksa cari sesuatu yang perlu dibuat supaya melalaikan mereka. Saya dan isteri benarkan mereka bermain games computer selama yang mereka mahu. Selain daripada itu, kedua-dua kami sentiasa ada di rumah untuk memberi galakan. Anak lelaki yang 5 tahun semasa tengahari dah lembik dan telah sempat minum air sebab terlupa. Tak apalah, kira rezekilah tu.

Kalau bab mandi, tak usah kiralah. Rasa panas sikit dan mandi, panas sikit terus mandi. Biarlah, walaupun makruh, tapi puasanya masih sah. Menjelang petang, si adiknya masih kuat lagi berlari-lari (mungkin sebab dah terminum tadi sikit). Tapi si kakaknya dah lembik dan terus tertidur. Kesian jugak tengok, tapi, biarlah mereka berpuasa sikit lagi. Berapa kali beritahu, haus dan lapar, namun dinasihatkan bersabar.

Hari ini, saya nak share sesuatu dengan pembaca blog sekalian, teknik untuk menenangkan anak yang berpuasa kalau mereka meminta untuk pecah puasa. Anak-anak saya, saya selalu Tanya, siapa yang beri mata? Siapa yang beri mulut? Siapa yang beri tangan? Siapa yang beri kaki?.....Mereka akan jawab Allah. (dah diajar sebelum ini). Jadi, kalau Allah mintak kita berpuasa kenapa kita tak nak?. Mereka akan biasanya terfikir dan menganggukkan kepada…lepas tu terus tenang dan bermain balik.

Menjelang lepas Asar, kakaknya dah tak tahan dah. Duduk terperuk di sofa sambil menangis-nangis. Sayapun sedih juga. Nak mengalir air mata melihat anak begitu. Saya peluk dia erat-erat dan meminta pada tuhan “ Ya Allah, anakkku ini menahan lapar keranaMu, maka berkatilah hidupnya dan tenangkanlah hatinya. “ Allah Maha Mendengar lalu anak saya tenang sikit dan terlena dalam pelukan saya. Saya bawak dia masuk ke kereta dan buka air-con kereta supaya dia tenang dan terus tertidur dalam pangkuan saya.

Begitulah celoteh anak-anak ketika berpuasa. Memang mencabar sampai menangis-nangis kerana lapar. Sedangkan kita tak pernahpun menangis kerana lapar. Ingin saya tekankan disini, apabila anak-anak ingin meminta pecah puasa, ibubapalah yang perlu tegas dan memberi penerangan yang sebaiknya kepada anak2. Maksud tegas ialah menasihatkan mereka supaya jangan pecah puasa. Ada kalanya ibubapa terlalu kasihankan anak-anak dan terus membiarkan mereka pecah puasa walaupun baru tengahari. Apabila ini berlaku, mereka tentulah tidak akan berpuasa apabila dewasa nanti kerana tiada galakan daripada ibubapa.

Mungkin ada yang kata “ Tak kasihankan anak-anak ke? Kejamnya saya nie? Anak dan menangis minta pecah puasapun tak bagi” Tapi, ingatlah, puasa adalah satu kewajipan, jika tidak dikerjakan, maka nerakalah jawabnya. Kalau mereka dah dewasa baru nak ajar, mungkin sudah terlambat.

Puasa mendidik kita untuk mengawal diri (self control) daripada makan, minum dan sebagainya. Mungkin self control ini tidak begitu di pentingkan ketika mereka masih tadika/ sekolah rendah sebab mereka di control oleh ibubapa dan guru-guru. Semuanya disediakn oleh org-org dewasa. Tapi, ingatlah, ketika mereka sudah sekolah menengah/remaja, self control cukup penting. Dengan self controllah mereka mampu menangkis semua tekanan semasa remaja, ajakan rakan-rakan yang tidak baik dan terus mengejar cita-cita mereka. Ramai remaja kita terjebak ke kancah maksiat kerana kurangnya self control. Tentu kita selalu mendengar remaja yang mengandung liar nikah, ketagihan dadah dan sebagainya semuanya kerana tiada self-control dan terpengaruh.

Jadi, kenapa kita tak menggunakan PUASA, satu tools mendidik yang telah disediakan oleh Allah, untuk mendidik anak-anak kita sebagai asas untuk mereka mampu mengawal diri? Adakah bila mereka remaja baru kita mahu mengingatkan mereka supaya berpuasa ketika semuanya sudah terlambat?. Mungkin masa tu, kita perlu menyalahkan diri kita (ibubapa) apabila anak-anak kita terjebak ke dalam anasir yang tidak baik.

p/s- ada anak kawan yang 4 tahun dah dilatih berpuasa dan dapat berpuasa sehari penuh.

Tuesday, August 25, 2009

Berebut-rebut hendakkan dunia.

Hari tu pergi ke E-mart di Kuching. Seronok jugak sebab lama dah tak pergi ke supermarket. Saya nie memang lambat sikit nak pergi ke supermarket nie..malas....kalau nak beli satu, tapi balik jadi dua..he!!!! nafsu mata nie...

Tengah-tengah pilih barang-barang, ada pengumuman bahawa "Happy Hours " selama sejam dah bermula. Iaitu jualan barang-barang terpilih dijual pada harga yang memang rendah giler selama sejam. antaranya beras, minyak, susu dll. Bermacam ragam dilihat. Berebut-rebut org mengambil barang. Yang memang tak ada plan nak beli beraspun ambik jugak beras. Maklumlah, murah dalam 3-4 ringgit daripada harga biasa. Sampai penuh troli.

Selepas mengambil barang, mereka perlu berbaris pula...mak oi!!! panjangnya baris, dekat nak 10 org depan tu. Terdengar cakap seorang makcik nie " Harap-harao sempat lah bayar dalam sejam nie.... tergesa-gesa betul makcik. Ada satu pasangan nie, sebab dilimitkan hanya untuk 2 paket seorang, mereka ambik 4 paket dan masing-masing bayar 2 paket seorang. Sayapu, terus berebut juga beli satu tray telur dan minyak masak sikit (padahal tak plan nak belipun). Tersu berebut-rebut berbaris bersama org lain.

Masa itulah, terdetik dalam hati...(semasa bulan Ramadhan nie)....Aku berebut-rebut membeli dan menyahut seruan offer yang diberi oleh E-mart...tapi aku tak berebut-rebut membeli dan menyahut seruan offer yang lebih besar...iaitu "Ramadhan

Masa inilah Allah offer betul-betul kat kita. Sembahyang yang biasa kita kerjakan, dinaikkan 10 kali ganda. Puasa yang kita kerjakan dilipat gandakan dengan begitu hebat sekali. Tak ada org yang dapat offer sebegini rupa. Kalau kita lihat, mereka yang berebut offer E-mart, macam dapat energy baru. Sebelum pengumuman dibuat, suasana nampak lesu, tapi bila pengumuman dibuat, suasana menjadi begitu meriah,berebut-rebut org dibuatnya..

Jadi, kenapa?
- Semasa ramadhan kita tidak mendapat tenaga yang luar biasa seperti itu, tetapi kita menjadi semakin lemah, Terawihnya lembik, makannya banyak dan banyak tidur.
- Semasa Ramadhan kita tak mengajak saudara-mara, rakan-rakan dan anak-anak berterawih/bertadarus Al-Quran, sedangkan semasa offer E-mart, kita kalau boleh ajak semua keluarga datang dan membeli, siap hantar SMS lagi.
-Kenapa semasa Ramadhan, suasana masyarakat sama sahaja, tiada yang mengengong Al-Quran ke sana sini, tapi asyik mengendong makanan dari bazar Ramadhan
- Kenapa kita tak mengajak anak-anak, dan keluarga berterawih beramai-ramai dimasjid, tapi mengajak mereka beramai-ramai ke bazar Ramadhan, sampaikan nenek yang dah tak larat berjalanpun diheret sama.

Bila fikirkan begitu, bergenang juga air mata..."Ya Allah! ampunkan hambamu ini YA Allah"

Kenapa tidak,
- kita buat pertandingan buat anak-anak, siapa yang dapat khatam Al-Quran sempena ramadhan dapat duit raya lebih.
- Kenapa tidak kita ajak semua keluarga, anak-anak dan terutamanya nenek tua untuk berterawih bersama-sama.

" Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya perlindungan daripada api neraka" Adakah offer yang lebih baik daripada itu.?

" Sesungguhnya Allah membeli daripada org-org mukmin diri dan harta mereka, dan bagi mereka syurga" - Ayat Quran. Inilah jual beli yang terbaik sekali.

Thursday, August 20, 2009

Perkara luar biasa menjadi biasa.

Hari nie, saya nak ceritakan tentang satu pengalaman consult patient. Hari tu, semasa kerja malam di klinik, ada seorang budak datang...sekitar 20 an camtu. Dia datang untuk check pregnancy test. Rasanya budak U kot.

Masa dia datang tu, dia bawak kawan perempuan dia. Sebab haid dia lambat datang bulan tu dan dia ada membuat hubungan bersama dengan rakan istimewanya. Jadi, kawannya itu datang naik kapal terbang pergi ke kuching dan menggalakkan rakannya nie membuat pregnancy test. Pregnancy test dia negative...maka legalah dia.

Pada mulanya saya ingin menasihatkan dia supaya jangan melakukan zina sebab itu adalah satu dosa. Rakannya nie ..biasalah budak dari KL memang bahasanya agak kasar sikit ler..macam bebudak KL le. Dia panggil saya bang je...bukannya DR. sengih saya.

Tapi niat saya terkedu bila rakannya nie tanya camna nak "selamat " semasa melakukan hubungan..maknanya tak mengandung ler...Serba salah saya dibuatnya...marahpun ada...macam mana saya nak beri advice merancang kandungan kalau dia tak berkahwin lagi?. Adakah saya nak menggalakkan dia melakukan kesalahan yang sama? Siap tanya lagi, kalau mengandung lain kali, bila boleh buat abortion dan ada tak pusat abortion tu kat Kuching nie....menggeleng kepala saya dibuatnya.

Bila zina telah menjadi perkara biasa, maka itulah jadinya. Teringat saya satu artikel, adakah kita terlalu mengambil langkah kaunseling ataupun berlembut bila menangani masalah zina.?
Dalam Islam telah diletakkan satu hukum yang jelas, mereka yang berzina perlu dihukum rejam bagi yang berkahwin dan sebat bagi yang belum berkahwin.

Tetapi, kita sekarang nie, kalau ada berlaku kes-kes zina, mesti kita suruh kaunseling, berikan perhatian, masuk rumah pemulihan akhlak. Bukan saya ingin katakan perkara- perkara itu salah, tetapi hukum undang-undang islam masih perlu dijalankan. Selepas itu kita tambahkanlah sesi kaunseling, pemulihan akhlak dan semuanya itu. Kita terlalu kasihankan mereka sampai kita mengabaikan atau membelakangkan hukum Allah.

Hukum Islam adalah tujuannya untuk menjaga keharmonian masyarakat, jadi bila seorang dah dihukum yang lain pasti berfikir dua kali/ takkan melakukan kesalahan yang sama. Itulah fungsinya hukum islam ataupun hukum hudud. Kalau hukum ini tidak dijalankan, mereka akan berfikir, paling terukpun masuk pusat pemulihan akhlak. Apalah teruk sangat. Keluarga masih boleh menerima mereka. bukan?

Sayapun bukan pakar didalam hukum hudud nie, tapi, kekadang mungkin masalah akhlak seperti zina nie begitu merebak sebabnya kita tidak tegas menanganinya. Kalau dirogol tu, lain ceritalah..Mungkin juga, hukum syariah serba sedikit dipengaruhi oleh hukum undang-undag sivil juga.

Apa-apapun , memberi kesedaran kepada remaja-remaja kita memang juga cukup penting dan juga mengawal pergaulan mereka. Tetapi kadang-kadang kita terlalu meraikan pelajar-pelajar atau anak2 kita sampai mereka tidak mengawal pintu-pintu ke arah zina nie menyebabkan mereka mudah terjebak ke kancah maksiat ini.

Contohnya, tidak melarang anak perempuan kita keluar dengan lelaki lain, malah merestui hubungan mereka, guru-guru membiarkan lelaki dan perempuan duduk bersebelahan walaupun didalam kelas, tidak bertegas bila anak menunjukkan aurat mereka (tidak memakai tudung dan memakai baju ketat) dan sebagainya. Sedangkan Islam telah berkata " Janganlah kamu mendekati zina" dan bukannya jangan membuat zina.

Islam memahami bahawa apabila dua jiwa lelaki dan perempuan sudah dihanyut cinta, ia akan membawa kepada sentuh-sentuhan dan ini boleh membawa kepada hanyutan jiwa dan nafsu yang akan membawa kepada zina. Sedangkan apabila dua lelaki dan perempuan berseorangan, org ketiganya pasti syaitan.

Sedih bila melihat remaja-remaja zaman sekarang, sedih lagi bila melihat ibubapa yang tidak memahami perkara ini dan membiarkan mereka terus hanyut dalam suasana seperti itu. Lagi sedih bila melihat guru-guru membiarkan pintu-pintu zina terus terbuka malah tidak sedar mereka yang membukanya. Sedih lagi bila anak-anak kita terus mendapat tarbiyah atau didikan yang tidak mengikut islam walaupun mereka bersekolah di sekolah agama.

P/s- apa nak jadi pada anak-anak saya nanti. Bimbang bila memikirkannya.

Wednesday, August 19, 2009

Ibu seorang boleh menjaga 10 anak, Anak 10 belum tentu dapat menjaga Ibu seorang

Sebenarnya dah tak ada idea sangat untuk menulis sebab itulah lama dah tak menulis, tapi last-last bila fikirkan baiklah saya ceritakan pengalaman sebagai seorang Doktor yang merawat pesakit dan ragam serta pengajaran yang boleh kita perolehi daripadanya selain daripada pemerhatian-pemerhatian yang lain.

Paling kurang boleh menyebarkan ilmu dalam mengharungi kehidupan kita.

Hari tu (ehem!!! tak ingat hari apa.) Ada 2 orang anak membawa ibu mereka berjumpa saya. Memanglah kalau fikir itu sudah tanggungjawab anak kan?. Ibunya sudah cukup tua hampir 70 an agaknya. So, kalau tanya tu, memang kurang dengar sikit dan memang lambat sikir menjawabnya.
Tapi, itu biasalah, memang lama dah dealing dengan pesakit tua nie....dah tahu camna..

Tapi, yang sedihnya bila tengok reaksi anak terhadap keadaan ibunya. Nampak macam..."menyampah" ataupun "terpaksa" membawa ibunya. Malah sampai satu peringkat macam membentak ibunya dihadapan saya. "Cepatlah mak, beritahu sakit apa?....apa sakit mak? Dengan mukanya macam...singa je...

Anak yang seorang tu pun serupa juga..macam nak cepat-cepat sahaja. Tapi, yang saya tengok, ibunya diam je, dan menjawab perlahan-lahan pertanyaan saya tentang sakitnya. Nampak diwajahnya terasa hati dengan kata -kata anak-anaknya.

Selepas pemeriksaan, akhirnya saya membuat keputusan, ibunya perlu di rujuk ke hospital kerana keadaannya memerlukan rawatan hospital. Bila saya memberitahu mereka perkara demikian, mereka macam melenting. (masa nie saya beristighfar sendiri dalam hati). Terasa hangat juga mata nie bercampur hairan.

Akhirnya kedua-dua anak nie hampir bertekak siapa yang perlu membawa ibu mereka ke hospital. Masing-masing mengatakan mereka sibuk dan ada kerja. Saya renung wajah ibu, ada tanda kesedihan pada wajahnya...saya sendiri merasa sedih melihat keadaan demikian.

Tapi akhirnya si tua yang perlu membawa ibu ke hospital, tu pun ditemani anaknya yang lain yang akan datang selepas itu.

Selepas konsultasi itu, teringat saya pada ibu saya sendiri. Pernahkah saya mengabaikan kesihatan ibu dan mementingkan kerja-kerja seharian sahaja?. Pernahkah saya melambatkan diri untuk bertemu dengan ibu yang sakit di rumah dengan alasan saya masih perlu menghabiskan kerja di pejabat? dan...pernahkah ibu terasa hati atau mengalirkan air mata dengan kata-kata dan tindakan saya.......

MAAFKAN SAYA IBU......!!!!

Rasulullah menyuruh anak lelaki mengutamakan ibu daripada isteri dan anak-anaknya..tapi, mungkin saya juga pernah mengutamakan keluarga daripada ibu yang memelihara kita....

MAAFKAN SAYA IBU....!!!!!

Jasa ibu terlalu banyak. Dialah yang mengelap najis kita, dialah menidurkan kita ketika kecil, dialah menenangkan kita ketika kita resah...tapi, ketika ibu kita resah di hari tuanya, kita hanya membentak dan membuat alasan.

Ibu menyayangi kita tanpa syarat, tanpa kompromi dan sepenuh jiwanya. Tapi, ketika ibu sakit, kita memberikan syarat untuk tidak segera membawa ibu mendapatkan rawatan...

Betullah firman nabi, Syurga itu dibawah tapak kaki ibu". Dengan pengorbanan tanpa berbelah bahagi, tanpa syarat, memang layak syurga anak itu dibawah tapak kakinya......

Semoga kita menjadi anak yang soleh yang selalu ingin menjaga ibunya dan semoga (bagi yang perempuan) menjadi ibu yang dapat mendidik anaknya ke syurga Allah...amin

Tuesday, August 18, 2009

Membentuk Visi

Hari ini, membuat ceramah motivasi kepada pelajar sekolah menengah iaitu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun nie. Tajuk yang dipilih ialah membentuk Visi. Biasalah kalau memberi ceramah kepada pelajar nie, memang bising giler dan memang ada yang duduk sebelah perempuan dan sebagainya...memang berterabur lah nampaknya.

Sebab itulah prepare sebaik yang mungkin dan lebih banyak menggunakan AV daripada bercakap. Menggunakan cerita Men of Honor sebagai kajian cerita, nampak ok sikit. Dapatlah mengawal audiens. Biasalah pelajar susah sikit nak berikan motivasi...

Hari ini kerja malam pula. Leyih betul Terutama bila kes H1N1 nie terlalu banyak. Sampaikan sakit tekakpun sanggup turun mala2 jumpa DR. Entahlah, semua org takut dengan H1N1. Tapi langkah pencegahan tetap longgar. Harap-harapnya ok ler....

Thursday, May 21, 2009

How to cut healthcare costs....

Baru dapat personal money today. It is very informative dan good for financial planning and action. Nak share an article with all, pasal bagaimana cara untuk menjimatkan duit disegi kesihatan (nie adalah pandangan doktor dan  input from personal money)

1. Buy generic pills.... - ubat ada banyak jenis ada yang patented dan generic. Generic name ini adalah bahannya sama, sama efektif dan sebagainya cuma namanya tidak dipaten. So, no extra charges.. Kalau jumpa doktor, cuba tanya...tapi biasanya doktor tak ingatpun mana generic dan mana patented name.
2. Elakkan kos ekstra.... - nie contohnya tidak bawa result penyiasatan sebelum ini. Biasanya apabila kita refer pesakit ke tempat lain, kadang-kadang ada penyiasatan darah/ x-ray dan lain-lain yang kita buat. Result penyiasatan ini mesti dibawa supaya the next center tak perlu mula dari kosong dan membuat ujian yang sama. So, mesti bawa semasa jumpa doktor. Rekod-rekod lama darah perlu disimpan dan difilekan supaya memudahkan doktor memilih ujian yang perlu dan yang tak perlu... baru ok sikit.
3. Opt for deductibles ...- biasanya ada insuran yang diprovide oleh majikan. Tapi, biasanya ada limit untuk jumlah yang dicover, so ambik insurans yang boleh cover the extra charges yang tak dicover oleh insurans...sila tanya agen insurans.
4. Mintak bil secara teliti .....- biasanya kesilapan jarang berlaku..tapi ia boleh berlaku juga..so mintak bil yang meletakkan semua benda..terutamanya apabila berada di private.
5. Gunakan pengecualian cukai...- medical check up boleh dibuat dan diberikan pemgecualian cukai...kalau perlu, sila tanya doktor anda  dan minta resit untuk setiap pemeriksaan kesihatan supaya boleh dibawa untuk pengecualian cukai.
6. Minta anggaran bayaran yang akan dikenakan...- ini untuk memudahkan anda bersedia dengan segala duit yang ada.
7. Pilih doktor dan masa yang sesuai...- kalau datang malam, cas lebih, kalau datang diluar waktu pejabat - cas lebih, kalau jumpa doktor pakar walaupun masalah boleh dirawat oleh doktor biasa - cas lebih. So, pilih waktu yang sesuai...my suggestion -=
a. Kalau sakit - jumpa doktor biasa dahulu, dia akan cek, if needed, specialist referral akan dibuat.
b. Jumpa masa office hour, - jangan demam dah sehari tetiba jumpa doktor pukul 12 malam, charge consultation can be double than usual.
c. If anak demam batuk dan selsema...- tapi masih aktif (lompat sana dan sini) , beli ubat batuk demam dan selsema dahulu, bila 3 hari tak hilang atau makin teruk dan anak tak aktif, baru jumpa doktor. Jangan simple fever tanpa batuk dan selsema terus nak jumpa doktor...kena cas tuh!!!!
8. Ambik duit majikan anda- ada majikan yang memberi pemeriksaan kesihatan percuma dan bukan insurans sahaja...gunakan kelebihan itu..
9. most importantly - jaga kesihatan anda, exercise 3x/week, proper diet. berhenti merokok, kawal stres anda, buat pemeriksaan berkala (terutama yang lebih 40 tahun), lawat doktor gigi anda, jangan mengambil alkohol, jaga mata anda....nie biasanya...kalau dapat dicegah awal, boleh menyelamatkan duit anda.

semoga berjaya
 

Thursday, May 14, 2009

ESQ Training in Kuching

Baru-baru nie, dapat tahu bahawa ESQ training ada dibuat di Kuching, Sarawak. Terus sahaja buat untuk mendaftar dengannya. tak tunggu-tunggu lagi. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu ESQ training.?

ESQ Leadership training is a 2 or 3 days training that uses a character development module, “The ESQ Way 165″. It was founded by Dr. Ary Ginanjar Agustian and it was proven useful since there is more than 600 000 alumni around the world....from their website.

nie some comment .
1. The best training that i ever join…
Membuka matahati, mendalami apa yg selama ini kita ambil ringan…..
Kebahagiaan yg tak terungkai dgn kata…selepas mnyerttai training ini…
Marilah bersama2 kami ‘Satria ESQ’…sertai pengalaman yg cukup indah.

2. ESQ 165 adalah satu proses untuk memancing nilai value dimana fitrahnya ianya adalah didalam diri manusia disebabkan buta mata hati (Ainul basirah) dan meletakkan cinta dunia (hubub dunia) didalm hati , dimata ini akan membentuk titk - titik hitam dalam hati (Rujuk kitab penawar bagi hati).
Keadah ESQ 165 mengunakan keadah tasawuf & Tarikat yang lembut dan dikomersial bagi sejajar untuk menarik minat semua peserta samaada muslim dan non muslim.
Semoga yang hadir mendapat hidaha daripada Allah
Sekian
Norsam
Angkatan ke 29 , Malaysia

ESQ bermakna emotional, spiritual quotient. Tak sabar- sabar nak mengikuti kursus ini. Kali ini bawa isteri dan adik ipar sekali. Mudah sikit. Lepas nie nak promotekan kepada rakan2 supaya menigkuti kursus ini lagi.

Rupa-rupanya ini adalah kursus kedua di Kuching. Yang pertama bulan april lepas. Terlepas peluang rupanya dan satu lagi, selalulah cek di website. Saya dah terlambat, so kena bayar extra 200. Biasanya kalau daftar awal kena RM1000 sahaja dan bukanya RM1200. Kalau lambat lagi kena RM1480. Tapi, ramai kawan2 kata berbaloi pergi ke situ.

JOM PERGI RAMAI-RAMAI!!!!

Wednesday, May 13, 2009

Duit Mania

Sudah baca manuskrip duit mania tadi dan dah khatam sekali. Ammar Zahar suruh khatam 5 kali. 4 kali lagi untuk baca. Selepas baca manuskripnya, baru faham apa yang terkandung didalam otak beliau. Memang canggih!!!He!!! baru tahu camna mereka buat website dan sebagainya. Akan cuba belajar sedikit-dikit. Sekarang nie tengah buat jadual untuk buat semua tu.

Pemilihan produk telah difikirkan. untuk pertama kali ini cuba iklankan sewa van dahulu. Memamng sebelum nie dah ada letak iklan di mudah.com dan 88db.com. Tapi, nie nak lebih laju lagi. |Kalau memang ramai org yg sewa. boleh consider untuk beli another van. Lagipun saya belum ada kenderaan lagi. Asyik guna motor kapcai je...he!!!!. Kalau tak ada org sewa, bolehlah guna untuk pakai sendiri.

Sebab itulah kena lancarkan pengiklanan yang lebih lancar lagi. cdgnnya nak buat website berbayar untuk percutian keluarga yang murah di Kuching. Semua org nak pergi bercuti di Kuching. Tapi, bayar tiketpun dah mahal gegiler. Bila dah sampai lak, keta takder nak berjalan, lepas tu hotel lak memahal giler. So, ingat nak providekan website percutian keluarga yang budget. Apa tajuk yang bagus? Nak cari yang pendek ler...mudah sikit. Nanti search web untuk nama yang baik.

Selain itu, plan jangka panjang nak beli satu apartment diarea berdekatan rumah untuk dijadikan guesthouse supaya mudah org nak bercuti. Kalau iklan dan marketing bagus..apa salahnya..he!!! mula-mulatransport dulu, lepas tu tempat tinggl lak...wish me luck.

Monday, May 11, 2009

DuitMania

Tengahari tadi terima copy manuskrip untuk duitmania daripada Ammar Zahar. Boleh dapat disini www.duitmania.com. Tak baca lagi, tapi dah terima semuanya, tak sempat lagi. Mesti tengah panas2 nie. InsyaAllah akan cuba baca sebanyak 5x (seperti yang ditunjuk ajarkan) Dan cuba praktikkan sebaik yang mungkin.

Excited giler nak cuba. Tapi, tengoklah dulu. InsyaAllah akan berjaya. Tapi sebelum start benda nie, kenalah pandai-pandai bahagikan masa kan?. Plan untuk buat kerja-kerja nie pada waktu petang selama paling kurang 2 jam setiap hari. Seperti kata puan lisa, kena tetapkan masa dengan sebaik yang mungkin. So, cara inilah yang paling baik. Petang je mesti cuba IM. Kena betul2 Istiqamah dalam perkara ini. Semoga berjaya dengan jayanya.. Doakan saya ye...

Saya punya plan nak habiskan khatam dalam 3 hari ini dan start hujung minggu nie. lepas tu by next week boleh maintain dan baiki apa-apa yang patut. Wish me luck!!!!.

Van disewa selama sebulan

Hari semalam sign perjanjian untuk penyewaan selama sebulan daripada sebuah kompeni atau staff dia yang sedang bekerja di Kuching nie. Sewa yang dipersetujui memang diskaun giler2. Maklumlah inilah pertama kali saya menyewa selama sebulan. Biasanya selama beberapa hari sahaja. Kompeni nie tengah memasang pump di salah sebuah tempat di Kuching nie, so mungkin bekerja selama 2-3 bulan tetapi mereka hanya menyewa untuk beberapa bulan sahaja dulu. Ini untuk memudahkan mereka beurlang-alik ke tempat kerja. Sewa dalam RM1250 sahaja. Biasanya org boleh bagi dalam RM1600-2000 sebulan. Kereta biasanya dalam RM1200 sebulan. Tetapi, bila memikirkan mereka hanya guna untuk ulang-alik ke tempat kerja terutamanya, ok je lah. Van pun susah nak rosak.
Mari kita kira, sebulan RM1250. kos lebih kurang bayar loan - sekitar 550, katalah road tax dan kos maintenance (dibhg 12 bulan) RM200. So kos lebih kurang RM750 sebulan. Disini sudah untung RM1250 -750 : RM500 sebulan. oklah tu, almost double. Nanti kalau ada yang nak sewa, kena letak paling koman RM1600 atau RM400/week.
Tu pun ada yang telefon semalam nak sewa van untuk hujung bulan nie selama 4 hari. Kenalah cari van kawan pula untuk perkara macam tu. Mungkin boleh dapat komisen sikit. he! he! .Berkesan juga iklan melalui internet nie.
Saya buat iklan melalui mudah.com dan kemudian buat satu blog percuma melalui blogspot. Tapi, memanglah murah dari org lain. Takkan kita nak charge sama dengan syarikat kereta sewa kot. he!!! anyway, alhamdulillah, rezeki Allah bagi.
So, rekod pasif income saya bulan nie RM1250 (sewa van) + RM500 sewa rumah): RM1750...almost 50% belanja bulanan. Kalau dapat lagi pasif income RM2500, boleh berhenti kerja dah saya he!!!!. Ingat nak beli satu lagi van secondhand dan sewakan juga.
So, plan jangka panjang untuk van nie ialah, setelkan hutang van nie - tinggal dalam RM15k lagi dan kemudian beli van baru, sewakan juga. Ingat nak ambik kia pregio pulak, yang 11 seater. van nie nissan vanette utk 8 seater je. he!!! So, org ada banyak sikit pilihan untuk pakai van nie. tengok kat mudah .com - dalam RM40-50k juga.

Sunday, May 10, 2009

Hati-hati dengan peluang di Internet

HARI INI DALAM SEJARAH!!!!

Itulah yang boleh saya katakan. Hari ini saya telah taklah ditipu, tapi telah tersalah langkah didalam perniagaan internet. Semata-mata kerana percayakan tugasan yang bakal diberikan, saya kehilangan RM50 ringgit. Entahlah, gitulah gamaknya.
Semuanya bermula bila saya menerima email untuk menjadi jurutaip sambilan secara percuma. Antara tugasannnya ialah menaip, menghantar email.etc. Tapi, untuk menerimanya, saya terpaksa membayar RM50 dengan alasan untuk memastikan saya benar-benar berminat. Last2 rupa-rupanya disuruh menghantar email yang sama kepada org ramai untuk menjadi jurutaip sambilan juga...so, lebih kurang macam pyramid jugak ler, kena rekrut org kat bawah. He!!! macam2 lah saya nie.
Takpelah, pengajaran buat saya. Kenapalah tak terfikir sebelum ini.? Nielah cabarannya internet marketing nie. Semuanya perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada.

Pengajaran : Dalam kita mencuba sesuatu yang baru, memang pasti akan ada kekalahan atau kerugian atau kegagalan. Semuanya itu adalah asam garam kehidupan. Cuma yang bezanya, org yang berjaya ialah org yang belajar daripada kegagalan itu dan terus mencuba. Org yang gagal pula ialah mereka yang terus menyerah kalah apabila telah menemui kegagalan/setback.

Seperti biasa lihatlah youtube-ini. Mengalir air mata bila mendengarnya...walaupun tak berapa faham bahasa Arab, terjemahannya sudah cukup menyusuk hati. Teringat masa sembahyang terawih di masjid Amru al As di bumi Mesir, ketika sampai ke ayat-ayat neraka, bertiup angin sejuk menusuk ke jiwa, menyentuh hati, dan terpacul seperti air mata keinsafan yang benar2. Tidak dapat tidur malam tu mengenangkan dosa-dosa yang lalu. Ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah.

Thursday, May 7, 2009

Permulaan kerjayaku sebagai IM - Youthsays

Mulai hari ini, saya cuba menceburi satu bidang secara sambilan, iaitu mencari pendapatan melalui intenet. Mula-mula, untuk memulakan sesuatu, mesti memerlukan wang dan modal..betul tak?....cari-punya cari, saya terjumpa satu web www.youthsays.com. Ini adalah laman web survey untuk mendapatkan opinion belia2.
OK jugaklah, kerja dalam setengah jam dah boleh selesai, cuma pendapatannya memang sedikit betullah. Tapi, harapnya cukup untuk membayar bil streamyxpun ok je. Untuk mendapat duit, kita perlu mengisi survey yg dianjurkan oleh syarikat2 dan badan2 tertentu. Satu survey ada yg 25 sen, ada yg 20 sen etc. Hari ini je, saya dah dapat 95 sen..sikit je. Pembayaran akan dibuat apabila jumlah terkumpul melebihi RM50. Harapnya dapat bulan ini. Maklumlah, saya nie dah dibuang kerja...terpaksalah cari kerja lain.
Bercerita tentang kena buang kerja nie, teringat saya kata -kata Dr Fadilah Kamsah : Apabila satu pintu tertutup, pintu-pintu lain akan terbuka". Mungkin betullah, cuma kita je yang perlu berani dan terjah ke sebelah pintu tu. Pertukaran daripada makan gaji kepada kerja sendiri nie, memang perit, terutama apabila dipaksa seperti saya yang dibuang kerja...tapi , satu perkara lainnya ialajh, saya bebas untuk bersama keluarga yang dah lama saya tak nikmati......best jugak...
Saya juga telah membeli pakej duitmania daripada blalang dan melanggan beberapa blod cari duit ikkut internet..memang susah dan memerlukan tumpuan sepertimana kita bekerja. Seperti kata puan Lisa (www.lisahilmi.com), kita kena setkan paling kurang 2 jam seperti kita kerja part time, untuk kita berjaya dalam internet ini....wish me luck...selepas nie akan ada labels baru iaitu internet Business

Akhir sekali, seperti biasa, untuk ayah-ayah yang ada disana sempena hari Ayah mei ini, dengarlah lagu Ayah daripada kumpulan Aeman - anak-anakku, engkaulah permata hatiku...segalanya hanyalah untukmu...

Monday, May 4, 2009

Kepentingan maklumat didalam meguruskan kewangan...

Hari sabtu lepas pergi bawak family jalan-jalan. Kebetulan cuti dan tak kerja weekend tu..so, bersemangatlah nak pergi bawak anak- jalan-jalan. Ingat nak bawak anak-anak pergi mandi kat kolam. Hari sebelumnya dan pergi, tapi tutup...mungkin sebab cuti Hari pekerja kot.
Memandulah hampir dekat nak sejam..anak2pun dah tidur.situ je yg ok sikit, sebab ramai org melayu dan tak ada kena pakai bikini ke....asal pakai seluar ok je kat kolam tu. Sampai-sampai, tutup pulak kolam tu..pesal pulak tutup....cek punya cek...rupanya kolam dah ditutup sejak april lepas kerana kerja-kerja membaiki kerosakan. Aduih!!!! semalam tak terbaca pulak notis dekat tepis pintu tu, semalam tengok jadual buka je....membazir je rasanya masa, tenaga, dan duit minyak..he!!!!

Begitulah pentingnya mendapat maklumat yang betul. Begitu juga dalam menguruskan kewangan kita. Perlu mendapat maklumat yang betul dan tepat. Misalnya, kalau kita nak beli rumah, perlu tanya bank, org sekitar rumah yg bakal dibeli, komitmen kewangan kita, berapa pulangan yang boleh dijangka, baca-buku-buku berkenaan pelaburan hartanah dan tak lupa juga, bincang dengan isteri juga. Sebab ini melibatkan kewanan keluarga juga.

Sebelum nak melabur didalam sesuatu, perlu tahu risiko, legal atau tak, kewangan camna dan sebagainya. Bukannya pakat hentam je...tu yang tak betul tu. Semuanya memerlukan maklumat yang betul. Iyelah, kita nak berpisah dengan duit penat lelah kita bekerja nie, bukannya senang.

Pengurusan kewangan peribadi juga penting, perlu ada ilmu dan info yang betul. Camna nak uruskan, Berapa pinjaman yang kita mampu etc. Mana nak dapat.?....semua info ini, berlambak boleh dapat. Boleh pergi ke forum bicarajutawan, letak je nama jutawan kat google, berlambak website dan blog berkaitan kewangan. Cuma kita je perlu pandai. So, melaburlah untuk ilmu dengan membeli ebook, buku, dsbnya...demi menjamin pelaburan yang terbaik.

Sempena hari ibu bulan mei ini, silalah layan videclip Aeman ini..sungguh menusuk hati..bayangkan ibu kita akan pergi selamanya esok..apa kita akan buat...?

Tuesday, April 28, 2009

Antara kesilapan sering dilakukan kebanyakan individu adalah terlalu banyak berhutang

Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my


MELANGKAH ke alam pekerjaan adalah titik permulaan bagi anda untuk mula mendalami aspek pengurusan kewangan. 

Ia juga tempoh bagi anda untuk memulakan aspek perancangan kewangan yang kelak akan memastikan anda dapat hidup dengan wang mencukupi ketika dewasa dan tidak terjebak dengan kancah hutang serta tidak menghadapi masalah perbelanjaan bulanan. 

Inilah juga masanya untuk anda mencari akaun perbankan yang sesuai untuk mendapatkan faedah sepenuhnya daripada akaun perbankan yang dipilih itu. 

Untuk mendapatkan manfaat daripada akaun berkenaan, anda perlu membandingkan kadar dan manfaat yang ditawarkan produk yang berbeza. 

Sebagai individu yang baru bekerja, anda tentunya ingin mengetahui apakah kaedah bayaran alternatif yang menyenangkan yang boleh digunakan untuk pembelian sebagai ganti kepada kaedah membayar secara tunai. 
Jika pendapatan tahunan anda melebihi RM18,000, anda bolen memohon kad bayaran termasuk kad kredit. 

Bandingkan kad yang ditawarkan, dan yang lebih penting, ketahui bagaimana untuk mengurus penggunaan kad itu kerana penggunaan yang tidak terkawal boleh membawa bebanan kewangan. 

Jika anda ingin membeli rumah atau kereta sendiri pula, terdapat pelbagai pinjaman perumahan dan sewa-beli kenderaan yang boleh membiaya pembelian itu yang ditawarkan oleh pelbagai institusi perbankan. 

Bagaimanapun, ada baiknya anda membuat perbandingan produk yang ditawarkan itu. Lihat perbezaan harga dan ciri-ciri pinjaman. 
Anda juga harus ingat, dengan pembelian rumah atau kenderaan, anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans untuk rumah, kenderaan atau pinjaman anda. 

Satu lagi aspek yang perlu diambil kira sebagai individu bekerja adalah untuk mengambil tahu perkara mengenai insurans perubatan dan kesihatan serta insurans berkaitan pelaburan supaya anda dilindungi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. 

Namun, langkah pertama yang perlu dilakukan sebaik mula melangkah ke alam pekerjaan adalah merancang perbelanjaan bulanan. 

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda bergaji besar atau kecil bagi tujuan mencapai matlamat kewangan iaitu sama ada bagi membeli kereta, rumah, pergi melancong, mendirikan rumah tangga atau bagi tujuan persaraan. 

Antara kesilapan yang sering dilakukan kebanyakan daripada kita adalah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. 

Namun, anda sebenarnya boleh mengelak daripada melakukan kesilapan sebegini dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. 

Selepas anda menentukan matlamat kewangan yang ingin dicapai, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik supaya matlamat itu mudah dicapai. 

Ingat bahawa matlamat anda dalam masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. 

Menerusi pemerhatian itu, anda dapat mengetahui: 


Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang? 


Berapa banyak hutang anda setiap bulan? 


Berapa baki wang yang masih ada di hujung bulan? 

Sekiranya wang anda tidak berbaki pada hujung bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja. 

Justeru, teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah dibeli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. 

Pelan perbelanjaan itu juga dapat membantu anda merancang kewangan. 

Anda boleh mengesan ke mana wang dibelanjakan dan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan itu serta mula merancang simpanan anda. 

Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut: 


Tentukan jumlah pendapatan bulanan anda. 


Tambah jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain. 


Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti membayar cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain. 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 

Thursday, March 5, 2009

My Passive Income

Mungkin ramai dah tahu apa itu passive income. Iaitu pendapatan yang memerlukan sedikit atau tanpa usaha daripada kita seperti simpanan, rumah sewa dsbnya. Ok, saya dah terangkan berpanjang jela sebelum ini...jadi sudah sampai masanya saya terangkan tentang pasif income saya..nie plan je...harap2nya menjadi.

Untuk memilih pasif income yang sesuai dgn anda, anda perlu tahu risk profile anda, personaliti anda dsbnya. Sebelum nie saya pernah mencuba berbagai cara MLM ada, jualan tepi-tepi jalan dsbnya...rupanya susah juga sebab ia tidak sesuai dengan jiwa saya. (Saya nie bukan jenis yang cakap banyak dan lambat sikit nak mesra dengan sesiapa). so, rasanya bidang2 seperti ini tidak sesuai dengan saya. Jadi, last-last saya pilih beberapa pasif income yg akan saya concentrate.

1. Hartanah - ini merupakan kekuatan saya. Saya jenis yang berfikir, mengambil calculated risk dan eager didalam pelaburan hartanah nie. Saya berminat dengan bagaimana untuk memanipulasi sistem kewangan dan pengurusan kewangan saya...rasanya ok jugak.

2. Internet marketeer - saya boleh duduk didepan komputer berjam2 tanpa rasa bosan seperti org lain. Saya memang dahagakan maklumat dan memang suka membaca. Memang susah untuk mempelajari teknik2 mencari duit di internet, tapi saya percaya, kita perlu fokus pada satu teknik je pada satu-satu masa. Cubalah satu teknik tu, sampai berjaya atau sampai kehabisan idea. he!!! Antara yang saya telah cuba ialah melalui clickbank.click junction dan etc. Setakat nie, tak begitu memberangsangkan, tapi saya percaya ia akan berjaya satu hari nanti.

3. Jualan Fizikal - setakat nie, saya telah meletakkan iklan untuk menyewa van saya...vanette 1.5 untuk digunakan semasa melancong di Kuching. Maklumat boleh didapati @ vandikuching@blogspot.com. Setakat nie, bayaran bulanan untuk van berkenaan dan sedikit maintenance telah mampu dibayar dengan wang sewa je...Syukurrrr...!!!!

Setelah difikir-fikir, mungkin pasif income jangka panjang saya ialah hartanah ler.Nie adalah untuk persaraan saya....ingat nak makan duit sewa je sebagai pencen nanti. Tapi, capital untuk melabur didalam hartanah memang agak tinggi. Sebab itu, saya plan untuk menggunakan pendapatan daripada pendapatan pasif yang lain sebagai modal untuk pelaburan hartanah nie. Wish me luck!!!!

Jadi, untuk mengawal selia plan saya nie, saya ada satu file excel yang merekod semua pendapatan, perbelanjaan dan pendapatan pasif/pendapatan aktif. Pendapatan pasif/perbelanjaan bulanan nie, apabila ia sampai kepada 100%, maka saya telah mendapat kebebasan kewangan. maknanya...boleh berhenti kerja bila2 masa. Nanti saya akan update dari semasa ke semasa. setakat nie Pendapatan pasif/belanja saya ialah 20%. Bulan lepas sampai 30% . Tak sabar nak jadi 100%

Jadi gitulah, carilah punca pasif income anda yang sesuai dan anda minati, manipulate it, change it to something yang provide pasif income seumur hidup anda. Good luck