Minggu lepas, bapa mertua meninggal..memang terkejut jugakler sebab dia segar sebelum nie. Memang seminggu sebelum tu ada sakit tapi keadaan dia semakin pulih.Tak sangka pula dia meninggal pada pagi tu. Disebabkan itu, saya tinggalkan semua kerja dan terus ambik emergency leave selama 3 hari. Saya terus rush ke internet, nak cek airasia dan mas....rupa-rupanya, MAS je yg boleh tapi tak boleh beli online, kena ke tempat agen dia. Kalau naik airasia, gerenti tak sempat sampai sebelum Asar.....untuk pengetahuan, saya kena rush dari kuching ke Kota bharu.
Sampai kat agent, terus ambik je tiket...tapi kalau ikut, tak sempat sebab connecting flight di KLIA pkl 5 pm, so boleh gamble try tukar kat airport dan ambik flight pkl 3.20 pm....he!..ada lebih kurang 45 minit je di KLIA.....try je lah kata saya......dalam hati...akhirnya berjaya juga selepas berlari2 di KLIA dan dapat naik flilght sampai di KB just sebelum asar..sempatlah tengok wajah arwah.....semua saudara mara terkejut kami yg sampai dahulu sedangkan anak2 dia yg duduk di JB pun tak sempat.
Bukannya itu yg saya nak tegaskan disini, tapi kos yg berkaitan itulah yg penting. Apabila berlaku kes-kes emergeny seperti ini, saya terpaksa menggunakan kad kredit untuk membeli tiket dan terpaksa membeli tiket yg mahal (MHflex) kos semua sekali lebih kurang RM2500 untuk saya, isteri dan adik ipar saya...whewww!!!!...mmg banyak. bulan depan kenalah start bayar. Tu pun baru pergi je....nasib baik semua anak2 ditinggalkan. Terpaksa ler.......kalau campur dengan balik mahu sampai RM5K.
Sebab itulah saya anjurkan kepada semua untuk mempunyai emergency fund paling kurang 3 bulan gaji untuk kerja kerajaan dan 6 kali gaji untuk private. kita tak tahu bila kita akan menggunakan semua duit2 itu nanti. Itulah penting nya emergency fund. Apabila telah digunakan, cuba isi semula duti emergency fund itu semual. Manalah tahu ada emergeny lain lagi. antara keadaan emergecy yg boleh digunakan ialah kematian, diberhentikan kerja, keluarga sakit dll. Itulah perlunya emergency fund ini untuk memastikan perkara2 yg di luar jangka ini tidak mengganggu gugat kewangan kita. Tapi hati2, jgn gunakan untuk beli brg pulak.....
Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.
Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.
Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.
Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment