Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Sunday, January 11, 2009

Hujan Emas di negeri org, Hujan batu dinegeri kita, Hujan Bom dinegeri Palestin.











Hari ini hujan memanjang.....daripada malam sampai ke pagi..sampai ke petang...seharian. sudah dua hari hujan turun. Sekejap slow...sekejap lebat...memanjang je hujannya. Sampaikan kawasan rumah terkena banjir kilat jugak. Tak sangka pulak,biasanya sekejap je banjir kilat di sekitar rumah, tapi, kali nie dekat nak 3 kali sejak pagi tadi. Walaupun camtu....takderler sampai air masuk rumah, kalau rumah org lain tu ada yg sampai masuk air ke dalam rumah. Tak dapat ler nak keluar rumah....ingat nak tidur je.he!!! malas betul..
Walaupun begitu, teringat nasib bumi Palestin, kita nie hujan air, mereka dihujani bom daripada Yahudi Laknatullah Baru-baru nie, lepas sebahyang Jumaat....terdetik untuk mengikuti sekali sembahyang solat hajat untuk mereka2 yg berada di Palestin...setakat nie, sudah hampir 600 org yg terbunuh sejak 2 minggu lepas. Terjatuh air mata bila mengenangkan nasib mereka. Tergenang di kelopak mata. Hanya doa dan sedikit sumbangan dapat diberikan kepada mereka. Dari dulu lagi, kalau teringatkan Palestin, mesti hati rasa sayu je.....mungkin sebab, kita nie terasa sangat lemah untuk mempertahankan saudara kita sendiri.
Teringat satu hadis Rasulullah...siapa yg tidak berazam untuk berjihad dan memasang niat untuk berjihad, dia mati dalam keadaan sia-sia. ...Jadi pembaca sekalian, pasangkanlah niat untuk berjihad, kalau tak mampu berjihad untuk perang, berjihadlah dari segi ekonomi. Mari kita pulaukan produk2 yg menyokong yahudi...antaranya ialah - McDonalds, Coca Cola dll. Ada terima banyak mesej daripada rakan2 yg menyeru untuk memboikot barangan mereka ini. Harap, semua diantara kita ada menerima sms seperti ini.
Selepas ini, ingat nak menyumbang didalam tabung palestin melalui ISMA. Semoga sumbangan yg tak seberapa dapat diterima oleh Allah nanti. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Lihatlah gambar2 dibawah untuk keinsafan kita....









































No comments: