Beberapa minggu lepas, seorang ikhwah
minta tips bagaimana utk memimpin sebuah kelularga dakwah?..Beberapa kali juga
dia tanya, tapi entahlah…masa tu tak ada idea lagi. Jadi, hari ini, sebab agak
free Ana akan cuba tuliskan disini…utk manfaat sahabat itu dan juga mereka yang
lain
p/s
- Tulisan ini bukannya penulisan
ilmiah, tapi cuma perkongsian pengalaman yang jika dirasakan berguna, maka
ambillah, jika dirasakan tak berguna, maka boleh dijadikan sekadar penambah
pengalaman.
- Sila abaikan ayat yang
berterabur dan anggaplah ini macam perbualan sahaja dan pesanan dari ikhwah
lain ataupun murabbi anda
Rumahtangga dakwah saya - seorang lagi tak ada |
House-ladder dakwah VS house-ladder non-dakwah
Akhi, Ramai ikhwah yang diawal
perkahwinan, membayangkan bakal zaujah nanti akan menjadi isteri yang terbaik.
Digambarkan nanti zaujah akan menunggu di rumah, melayan suami, memasak untuk
suami dan lain-lain. Hujung minggunya boleh bawa family berjalan di taman bunga,
pergi shopping mall…dan macam-macam lagi.
Namun, realitinya akhi,
jika Anta mahukan rumahtangga yang
seperti itu, maka rumahtangga Anta akan menjadi rumahangga Non-dakwah, kerana
itulah sebenarnya ciri-ciri rumahtangga biasa. Adakah ini rumahtangga yang anta
mahu dan impikan diawal pertunangan dahulu?
Rumahtangga dakwah, seluruh
kehidupannya untuk dakwah. Hujung minggunya penuh dengan program dan aktiviti
tarbiyah. Jadi, bagaimanakah Anta nak impikan suasana rumahtangga yang begitu?
Jangan juga membebankan zaujah
anta untuk menjadi seperti isteri yang anta bayang-bayangkan didalam kisah
telemovie etc, kerana antapun tahu betapa penatnya selepas membawa usrah, apa
tanggungjawab dakwah yang dibawanya dan lain-lain lagi. Sudahlah letih kerana
dakwah ini, janganlah pula anta bebankannya dengan harapan-harapan Anta yang
seperti itu.
Ketika anak sikit, cabarannya berbeza ketika anak dah ramai |
TIPS House ladder dakwah 1(tukar persepsi anta)
- berhentilah dari mengimpikan rumahtangga seperti cerita telemovie,
kerana nanti anta akan kecewa sendiri
- Terimalah zaujah anta seadanya, kerana bebanan dakwahnya berat, tidak
seperti isteri jiran sebelah rumah
- jika ada masa lapang di hjg
minggu, maka ajaklah dia ke taman bunga dan lain-lain, namun pastikan tidaklah
sampai mengabaikan dan mengutamakan aktiviti begitu berbanding aktiviti dakwah.
Cukup sekadar dapat mengurangkan stress masing-masing.
- Tanamkan azam untuk menjadikan keluarga anta sebagai keluarga Qudwah dakwah yang hebat dakwahnya, hebat hubungannya dengan manusia dan hebat hubungannya dengan Allah.
- Tanamkan azam untuk menjadikan keluarga anta sebagai keluarga Qudwah dakwah yang hebat dakwahnya, hebat hubungannya dengan manusia dan hebat hubungannya dengan Allah.
Ketika keletihan dan taufan Kemarahan mungkin melanda.
Tak ada rumahtangga yang tak
pernah berselisih ataupun sentiasa tenang sahaja, kerana itulah adat
perkahwinan. Sedangkan lidah lagi
tergigit” – kata-kata yang biasa kita dengar.
Dalam membawa rumahtangga dakwah
ini, bebanan bukan sahaja pada kerjaya, rumahtangga, dakwah dan lain-lain lagi.
Kadang-kadang anta akan balik dalam keadaan keletihan pukul 1-2 pagi, maka jika
ada yang tak kena, Anta mungkin boleh melenting dan mengeluarkan kata-kata yang
tak sepatutnya dalam keadaaan keletihan dan stress.
Begitu juga,zaujah anta akan
balik kepenatan yang bila waktu-waktu kepenatan ini tak dikawal dengan baik,
maka berlakulah krisis rumahtangga dakwah. Jadi, carilah cara bagaimaan Anta
nak mengawal dan menghadapi suasana begitu
Ketika masa terluang, bawalah anak-anakmu berjalan-jalan |
Tips house ladder dakwah 2 (Sebelum syaitan kemarahan mencucuk
senjatanya)
- jika anta kepenatan dan banyak masalah, apabila sampai ke rumah,
janganlah terus keluar dari kereta. Tapi duduklah dahulu sebentar berehat dalam
kereta,( kalau ada Al-quran, bacalah seketika) dan betulkan niat Anta masuk ke rumah. Selepas
itu, melangkah masuk ke pintu rumah
dengan salam dan wajah yang lebih ceria
- jika anta nampak zaujah anta dalam kepenatan selepas program, biarlah
dia berehat dan ambillah anak-anak anta, bawalah mereka berjalan-jalan atau
jaga mereka sebentar sementara zaujah anta berehat.
- jika ada kelapangan masa, bantulah dia didapur ataupun tolonglah
menjaga anak-anak ketika dia menyiapkan kerja-kerja rumahnya.
- turunkan keegoanmu jika berlaku perselisihan, kerana ia tidak menguntungkan apa-apa
- turunkan keegoanmu jika berlaku perselisihan, kerana ia tidak menguntungkan apa-apa
“Masa” itu nyawa bagi house ladder dakwah.
Akhi, jika anta rasakan ketika
bujang masa untuk dakwah terlalu padat, maka bersedialah untuk menghadapi masa
yang “super-padat” selepas berumahtangga nanti. Jika, tidak disusun dengan
baik, maka ia akan menjadi satu perkara yang menjadi punca krisis dalam
rumahtangga anta.
Zaujah dan anak-anak anta akan
komplen dan meleter kepada anta tentang masa anta yang terlalu banyak untuk
dakwah (biasalah tu…jangan anta marah pula). Dan dia akan meminta masa yang
tidak dapat anta berikan.
Ana percaya, bukannya masa yang
tak cukup, tapi pengurusan masa kita yang belum lagi baik selepas
berumahtangga. Masa dberikan oleh Allah 24 jam setiap orang itu mencukupi untuk
semua tanggungjawab kita.
Gabungkan masa dakwah bersama masa bersama keluarga https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200593100417898&set=a.1007575517589.2000915.1470971227&type=3&theater |
Tips House ladder Dakwah 3 (Uruskan masa dengan baik)
- Jadilah seorang “pencuri masa”…yang mampu membuat dua kerja
sekaligus, contohnya memandu ke tempat kerja sambil membaca mathurat, menjaga
anak sambil mengulang hafazan usrah dan lain-lain lagi
- “curilah msa” – dengan mengupah orang lain membuat kerja-kerja yang
remeh seperti memotong rumput, mengurus rumah (pembantu rumah ) dan lain-lain
lagi
- Gabungkan aktiviti dakwah dengan aktiviti bersama keluarga –contohnya
anta perlu memberi daurah disatu tempat yang jauh, kenapa tidak combinekan
dengan percutian keluarga dan ajaklah keluarga anta sekali. Selepas daurah,
ajaklah mereka berjalan-jalan sebelum balik ke rumah. Mudahkan….?
- Lengkapkan kereta anta dengan gajet yang memudahkan anta menjaga dan meluangkan masa dengan anak-anak ketika anta terpaksa menjaga mereka didalam kereta.
- Kurangkan masa yang tidak perlu seperti menyembang-nyembang sampai larut malam dengan ikhwah lain atau rakan-rakan lain dan baliklah ke rumah awal.
- Janganlah memandu dengan diam sahaja didalam kereta ketika bersama keluarga tetapi gunakan peluang semua berada didalam kereta untuk bersembang, bergurau senda dan bertanya khabar.

Masa bersama anak-anak https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200335630421309&set=a.1007575517589.2000915.1470971227&type=3&theater |
Jangan jadi penghalang kepada dakwah pasanganmu
Berlalunya masa, Anta akan mempunyai anak-anak, kerjaya yang lebih sibuk dan tanggungjawab dakwah yang lebih berat. Masa untuk keluarga menjadi satu permata yang cukup bernilai dalam diri anta satu hari nanti yang sukar untuk anta perolehi. Pada mulanya, zaujah anta mampu memikul bebanan menjaga anak-anak dengan baik, namun apabila anak-anak telah ramai, maka kadang-kadang fokusnya perlu menumpukan kepada pendidikan mereka.
Ada yang memilih, untuk menjadikan zaujah fokus untuk memikul tangungjawab menjaga dan mendidik anak-anak dan hanya suami yang fokus pada dakwah dan urusan luar rumah. Akhirnya, dakwah ini kehilangan satu tenaga yang berpengalaman yang telah ditarbiyah bertahun-tahun yang bernama "zaujah anta"
Kadang-kadang tanpa sedar, Anta juga boleh menjadi penghalang atas jalan dakwah pasanganmu. Dengan menghalang dia pergi program-prgoram dakwah, menggunakan alasan tiada orang untuk menjaga anak-anak, tidak membantu dia untuk pergi program atau menyusun program dan lain-lain lagi disebabkan keegoanmu dan merasa tercabar dengan keaktifannya didalam dakwah.
Tips house ladder dakwah 4
- Latihlah dirimu untuk membantu dan menjadi pendukungnya sebagai seorang daie yang hebat walaupun Anta terpaksa duduk menjaga anak-anak didaam kereta.
- Lengkapkan kereta famili dengan pelbagai gajet untuk melihat TV, Video playe, peti ais dan lain-lain untuk memudahkan anta menjaga anak-anak jika keadaan memerlukan.
- Libatkan diri sebagai pembantu setia dalam aktiviti dan program keakhawatan jika diminta dan diperlukan.
- Buangkan keinginan untuk mendapat dan memperolehi masa yang lebih bersama keluarga.
- Selalulah mentajdid niat dalam memimpin keluarga dakwah ini.

Tips house ladder dakwah mega power!!!!
Dan ingatlah akhi, anta ingin
mendirikan sebuah rumahtangga dakwah, bersama seseorang yang juga memahami
dakwah ini. Malah diawal perkahwinan, antum berdua dah setia berjanji untuk
memastikan rumahtangga ini adalah rumahtangga yang asasnya kerana Allah dan
kerana dakwah ini.
Namun, bersama tribulasi dan
rintangan rumahtangga anta, kemungkinan niat itu akan hilang, dilupakan dimamah
usia dan dibawa angin. Pertelingkahan dan kata-kata menusuk jiwa akan berlaku.
Masa itu, syaitanpun mula mencucuk jarumnya dan jadilah perasaan dendam dan
menjauhkan diri. Akhirnya nanti, rumahtangga anta akan bergelora dan menjadi
fitnah kepada dakwah ini
Maka pada ketika itu,
Selamilah kembali kedalam jiwa
anta, tanylah hati anta? “Apa asas kepada rumahtangga dakwah yang anta dirikan?”
Adakah hanya sekadar didunia dan
akhirnya habis begitu sahaja?
Maka, ingatlah akhi,
Asas kepadanya rumahtangga dakwah
hanyalah kerana Allah dan dakwah ini.
Dan Ingatkan dan beritahulah pasangan
anta dengan ikhlas sambil tersenyum
“Biarlah kita lelah dan letih didunia ini
kerana Allah dan dakwah ini, kerana kebahagian sebenar rumahtangga kita ialah
apabila kita bersama-sama melangkah ke syurga Ilahi nanti”
P/s- Tips ini untuk ikhwah sahaja, kalau pembaca nak tips untuk
akhawat pula, kena tanya zaujah Ana..:-)
Ini tips tambahan, sesuai untuk semua ikhwah dan akhawat http://kerol2010.blogspot.com/2012/05/pernah-ada-orang-bertanya-padaku-doktor.html
Ini tips tambahan, sesuai untuk semua ikhwah dan akhawat http://kerol2010.blogspot.com/2012/05/pernah-ada-orang-bertanya-padaku-doktor.html