Kerjaya sebagai seorang doctor, tidak selalunya membosankan walaupun kami berurusan dengan perkara yang cukup penting iaitu kesihatan atau nyawa seseorang. Kadang-kadang ada juga semasa konsultasi, ada perkara- perkara yang kadang-kadang menceriakan proses konsultasi. Apabila terkenang semua tu, kadang-kadang tersenyum sendiri.
Saya akan cuba mencatitkan semua perkara-perkara tu sebaik mungkin setakat ingatan saya. (P- patient, D-doktor)
Situasi 1.
D – Pakcik sakit apa pakcik? Demam ke?
P - Tak adalah doctor, Pakcik tak demam cuma panas-panas badan je.
D- Samalah tu Pakcik, demam dan panas-panas badan
P – (Pakcik tu tersengih je).
Akupun senyum je dalam hati .
* Kadang-kadang apa yang ditanya oleh doktor, sebenarnya sama, tapi mungkin disebabkan nervous ke/ stress ke nak jumpa, kadang-kadang akal patient boleh ‘keliru’ sikit. Antara perkataan yang selalu terjadi macam nie ialah cirit birit/najis cair, demam/panas badan,. Puncanya?....entahler, mungkin ada yang nak buat research? J
Situasi 2
D – sakit apa makcik?
P – demam, batuk sakit tekak doktor
D – berapa hari dah sakit makcik?
P – Sakit-sakit badan makcik doktor, susah rasa nak buat kerja.
D – berapa hari dah sakit makcik? (pelik makcik nie, tanya lain, jawab lain)
P – makan tak nak, tak ada seleralah doktor.
D- .berapa hari dah sakit makcik? (nie dah mula hilang sabar)
P – Ada juga makan ubat, tapi tak hilang demamnya doktor.
D – Makcik, berapa hari dah sakit? !!! (sedikit meninggi)
P – Entahlah doktor, makcik nie, banyaklah sakitnya.
D – (menggeleng kepala)
Anak patient – Doktor, mak nie, ada kurang sikit soundnya doktor.
D – patutler (dalam hati)
* Nie memang salah doktor, sebab tak tanya pengiringnya tentang keadaan makcik nie. Biasanya sebahagian history sakit pesakit yang berumur, perlu diambil daripada pengiringnya, kalau tak jadilah macam nie.
Situasi 3
D- awak sakit apa?
P – sakit-sakit badan doktor, demam , selsema
D- berapa lama dah?
P – lama dah doktor, sampai tak dapat buat kerja saya dibuatnya.
D – berapa hari dah?
P – Lama dah doktor.
D – Iye betul dah lama, tapi berapa hari dah? Lama awak tu tak sama dengan lama saya.
P – dah 5 hari dah. (kata patient sambil tersenyum.
D – ooo, ingatkan dah sebulan tadi (kata saya sambil tersenyum sendiri)
Duration atau tempoh masa berbeza bagi setiap orang. Mungkin 3 hari dah lama bagi pesakit, tapi bagi doktor/perubatan, ia masih pendek. Contohnya batuk dan demam berpanjangan melebihi 2 minggu baru dikira perlu penyiasatan lanjut seperti X-ray dada dan sebagainya. Jadi, bertanya tentang berapa hari itu penting, kerana istilah ‘lama’ itu, berbeza tempohnya bagi setiap orang.
p/s- lawak gini yang saya suka...sambil gelak, sambil memberi peringatan.