“Ana akan beramal bila Ana dah sedia nanti, sekarang Ana rasa belum bersedia”
“Ana tak nak tajmik di medan tu, Ana nak tajmik dimedan lain...susah nak tajmik dimedan tu.”
“Ana boleh ikut usrah semula, cuma Ana tak mahu pegang apa-apa jawatan”
Tersentak rasanya hati, mendengar alasan demi alasan yang dikemukakan. Terdiam sendiri dalam hati mendengar kata-kata ini. Termangu....
BAGAIMANA MUNGKIN KITA BOLEH TAWAR MENAWAR DENGAN ALLAH?
Apabila berlakunya proses rundingan, jika dalam proses pembelian/muamalat...kedua-dua pihak ada kuasa. Pembeli ada kuasa wang, penjual ada kuasa memiliki barang...maka proses tawar menawar harga berlaku...sebab kedua-dua pihak ada kelebihan.
Apabila berlakunya proses rundingan antara dua organisasi, kedua-dua pihak ada memiliki kelebihan atau “equal partners”...maka masing-masing cuba untuk mempertahankan hak dan mendapat manfaat daripada rundingan tersebut
Malah jika dalam rundingan gencatan senjata, kedua-dua pihak ada sesuatu untuk ditawarkan...walaupun satu pihak telah kalah dalam peperangan. Pihak yang kalah akan cuba mempertahankan seberapa banyak apa yang masih dimiliki, dan pihak yang menang akan cuba mengaut seberapa banyak faedah daripada rundingan atas kemenangan tersebut.
Namun apabila seorang Daie cuba berunding dengan Allah dengan amalnya....
hati ini menjadi bingung.
Seorang hamba bukanlah equal partners kepada Allah
Seorang hamba, tidak memiliki apa-apa selain apa yang diberikan Allah.
Seorang hamba, bergerak dan bernafas hanya kerana kehendak Allah
Seorang hamba, boleh ditarik balik nikmat dunia dan dimatikan dengan kehendak Allah.
Daie yang ingin berunding dengan Allah, berkompromi dengan Allah...sebenarnya Daie yang sudah hilang akal, mendabik diri walaupun diri tidak memiliki apa-apa, merasakan diri besar dan berkuasa.

Allahhh!!...bertaubatlah.
BERTAUBATLAH sebelum Allah menarik nikmat TARBIYAH ini.
BERTAUBATLAH sebelum Allah menarik nikmat NYAWA ini
BERTAUBATLAH sebelum Allah menarik nikmat PELUANG PAHALA didunia ini.
Walaupun kita tidak layak untuk berunding dengan Allah, namun Allah offer juga kita dengan satu perniagaan.
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan ampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." [QS.A-shaff:10-13]
Tidak cukupkah dengan janji Syurga yang dijanjikan oleh Allah untuk kita?. Jika kita masih merasakan tidak cukup, sebenarnya bukan syurga itu tidak cukup, hati kita sebenarnya yang masih terpaut dengan dunia.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak –“ At-taubah : 38
Bertaubatlah wahai Daie!!
Bertaubatlah wahai Daie!!
Bertaubatlah wahai Daie!! Kerana
YOU are not in the position to negotiate!!