Orang kata, "We will see the worse/good in people during their sickness". Sebagai seorang doktor, banyak pengajaran boleh diperolehi semasa merawat pesakit. Semoga, pengalaman yang dikongsikan, mengubah persepsi kita dan peribadi kita menjadi Hamba yang bertakwa.

Anda dibenarkan untuk mengkopi entri di blog ini, tetapi rujukan hendaklah dibuat kepada penulis dan URL blog diletakkan supaya pembaca mendapat manfaat daripada entri blog yg akan datang. Sebelum itu, niatkan apa yg dilakukan hanya kerana Allah, Tuhan semesta Alam.

Sudi-sudilah jadi followers, untuk mengutip ilmu dari entri akan datang:

Friday, June 27, 2008

Islamic Overdraf ASB

Mungkin ramai yang sudah tahu, bahawa ASB telah difatwakan harus oleh majlis mufti kebangsaan. Pengumuman ini memang melegakan ramai orang. Sebelum inipun saya tak simpan melalui ASB tapi bila dah majlis mufti menghukumkannya harus, barulah saya mula menyimpan semula didalam ASB.



Begitu juga, saya mula mencari produl overdraf bersandarkan ASB atau lebih dikenali sebagai OD/ASB. daripada bank di Malaysia.



Dulu tak berani guna, sebab ASB belum harus lagi. Keputusannya

CIMB - tak ada

RHB - tak ada

Maybank - Murabahah OD, 90% financing, rate, BLR 6.75% + 0. Ceiling limit 10.75%.



Produk OD ini selalu digunakan oleh peniaga untuk menstabilkan perniagaan mereka dan mencantikkan cashflow mereka. Tapi sebenarnya, individupun bagus guna cara ini.



Sebab itulah saya guna, tapi kena ada ilmu dululah. Sesiapa yang nak filenya boleh beritahu email dia disudut comment, nanti saya hantar.



Tak sabar nak dapat Islamic OD.

Wednesday, June 25, 2008

Perkenalan

Salam perkenalam kepada semua pembaca blog saya ini. Diharap semmua akan mendapat faedah daripada blog saya in

Saya berminat dengan personal financing terutamanya pengendalian financing secara Islam. Sudah banyak website yang bercerita tentang personal finance dari sudut kaca mata yang konvensional

Kali ini, saya akan mengulas tentang sudut personal finance berdasarkan islam pulak. Ini adalah catatan orang -orang kebanyakan. Lagipun saya bukannya CFP atau sebagainya. Saya juga takkan menjual barang dan sebagainya. Website ini hana untuk kita berkongsi idea dan ilmu berkenaan pengurusan kewangan secara Islam terutamanya yang telah saya cuba lakukan

Disebabkan oleh kerjaya sebagai pegawai perubatan, saya juga akan bercakap tentang info kesihatan kita. Sesiapa ada pertanyaan tentang kesihatan, bolehlah beritahu saya.

Salam perkenalam dan semoga kekal selamanya.

Dr Mohd Khairol